Saturday, September 1, 2012

keinginan~

teringin nak istiqamah menulis~
tapi aku selal memberi alasan x mampu~
 bila nak stop beri alasan shake...

clinical years menjengah....
di kala cuti tiada...
semoga ALLAH memberi ruang utk permudahkan urusan....
AMINN

Friday, May 11, 2012

9 perkara...

rutin harian berlaku seperti biasa~~

bersiap2...baju,buku dan beg tersedia...
7.20 selalunya sudah berada di dalam kereta...
sambil membelek nota lecture di tangan (membelek utk membaca)
engine dipanaskan...
radio ****** di pasang...

topic fanas..~~

mengenai seorang lelaki~ bernama J ingin mendapat peluang kedua dari kekasihnya~

mengapa???

kerana sikapya yg terlampau mesra dengan ramai wanita~ dan dia tidak mampu utk mengubah kerana itu sifatnya...

Sya hanya ketawa...wahh! sampai minta bantuan radio tu dapatkan kekasih semula~~
 wanita tu sudah tentu istimewa utknya~

mcm2 jenis respon Sya dengar dari orang yg menelefon~

ada yg suaminya pun berperangau kemudian..kemudian mereka bercerai kemudian rujuk semula~tobat suaminya sudah berubah~ x nak berpisah~ aduh kuasa cinta~~

tp Sya masih pelik..mengapa sampai ke radio mahu di minta tolong~

adakah J mahu menunjukkan kepada bekas kekasihnya yg dirinya sangat penting?? jadi mengapa sikapny ayg terlalu mesra tu masih tidak boleh diubah jika kekasih itu terlalu penting???

adakah sikap terlalu mesra ini dalah sikap atau tabiat??
apakah itu sikap???
apakah itu tabiat???

sikap adalah kelakuan yg ditonjolkan oleh seseorang kepada org sekeliling~

tabiat adalah sikap yg selalu ditonjolkan dan menjadi kebiasaan pada si pelaku~

tabiat mmg dtg dr sikap..tp sikap belum tentu lagi akan menjadi tabiat~

menurut buku yg Sya baca di dalam Act Like a Lady, Think Like A man.... lelaki mmg sukar utk menyukai hanya seorang wanita...benarkah??

fitrah mereka yg cenderung kepada perempuan mmg sukar untuk di nafikan...

setujukah wahai rakan2 di luar sana???

tapi adakah hal ini sama dengan lelaki melayu yg boleh dikatakan Semuanya (di dalam undang2 malaysia dan ciri2 Islam di Malaysia ada org yg Islam itu adalah melayu) Beragama Islam...

Sya rasa mereka pun tidak terkecuali~ tapi ada limit agama yg yg jelas dan dan nyata utk mengawal perasaan sendiri~

menjatuhkan pndangan... menajga prgaulan dan etc..dan wanita pun turut membantu dengan menutup aurat dan sbgnya...

tapi sepanjang SYa mendengar radio tiada pun disebut atau jaminan lelaki itu mahu mengubah sikapnya itu~ itu sangat berbahaya~

bukan sahaja kepada kekasihnya~ tapi juga kepada org yg tidak menjadi kekasihnya~

well,, see... women r so fragile~...lelaki bg ayat tgkp leleh sket..buat baik sket..dah terharu lebih2~
kadang2 terfiikir lelaki x fikir ke kalo diorang buat baik2 dengan perempuan mmg sgt bahaya~

bukan bermaksud x leh tolong langsung~tapi walaupun anda ingin menolong keadaan mesti perlu nampak formal~ tidak boleh berkasual~

kadang2 fikir mereka adalah kasanova ataupun bajet hensem bila perempuan terpikat...

sy ingin tekankan di sini~ wanita tidak (atau sy perlu ckp jarang yg ada) penah melihat pada rupa tau bentuk paras lelaki utk menjadi suami atau teman lelaki~

jadi senang je jika anda mahu mencari teman wanita sebenarnya...

tapi adakah itu penting???

mengapa anda mahu habeskan masa dengan kerja2 yg boleh menghabiskan duet ataupun air liur anda dengan perempuan yg belum tentu lg itu jodoh anda??

hidup di dunia yg sedia mencabar ini sangat susah utk tidak bergaul lelaki dan perempuan..

tp bukan itu alasan utk kita mudah utk mencairkan hati sesiapa...

samaada kita sengaja atau tidak sengaja~~

well, jika anda sudah ada commitment dengan seorang gadis maka tumpu la dengan comitment tersebut~ 

gurls yg x kawen lg...nak ada calon mmg no problem~selain ada agama cari lelaki yg btol2 yg...

1- berani berjumpa parents anda SEBELUM anda memberi hati kepadanya
2- berani memberitahu parents tentang isinya yg mahu berkahwin dengan kita
3- yg x hesitate utk berkahwin dah berusaha bersungguh utk berkahwin...
4- yang tidak akan terus memberi hint yg panjang lebar yg boleh menyakitkan~ tapi terus terang ingin melamar.. nak sweet2 lepas kawen boleh~
5- yang hormat anda sebagai seorang wanita~~ *nak anak dara org kena ingin pompuan tu anak orang~ nak jaga anak dara org bukan dengan kluar berdua2..cari la mahram jika ada apa2 yg mahu..berkenalan dengan keluarga dan kawan2nya adalah terbaik*
6- ada kaitan dengan yang no 5... berusaha untuk mengenali keluarga dan rakan2 kita...
7. sudah punyai plan yg baik selepas kahwin...
8. yang tidak merasa perkahwinan itu satu bebanan...- x guna kahwin tapi rasa nak sara kita ni menyusahkan dia~
9- berani nak telefon keluarga anda tanpa anda...

ada wanita nak tambah lg???=p

well,, nampak demanding kah??=))... ini nak menunjukkan betapa susahnya untuk menawan hati wanita sebenarnya~ bukan dengan kata2...

benar..kata2 boleh bt hati wanita cair~

tapi anda hanya akan dpt kepercayaan dan kesetiaan wanita 100% bila anda memberikan dia jaminan berbentuk tindakan....

p/s: kadang2 kita menggunakan alasan ITU ADALAH SAYA  utk tidak mengubah apa yg PATUT DIUBAH

Saturday, April 14, 2012

1001 rasa


sudah lama tangan tidak menari di atas papan kekunci...
menari untuk menceritakan kisah sendiri...
tapi terlalu byk perkara yang perlu dijadikan priority..
membuatkan Sya terpaksa memilih yg mana yg lebih penting~
Sya minta maaf kepada sesiapa yang menanti post daripada Sya
tapi Sya rasa x da..=p

alhamdulillah...blok 4 bakal menerjah...
tahun kedua medic penuh dengan suka duka~
kisah rakan..kisah sport..kisah luka...kisah cinta...
tahun yang penuh padat dengan rasa...

ada yg hepi...
ada yang stress...
ada yang rasa insaf~*hope semuanya*
ada yang rasa lupa diri,,,
macam-macam jenis rasa ada...

dalam masa kita tenggelam dengan dunia masing2...
kita terlupa...
dunia kita bukan sekadar diri kita..
tapi masih ada dunia lain...
jika kita lelaki kita ada wanita yg perlu dihormati..
jika kita ada kekasih kita ada sahabat yang sejati...
jika kita ada rumah yang indah kita ada jiran yg sentiasa menemani...
kenapa kita selalu rasa kita bersendirian...???

kadang2 bila kita bercinta~
kita terlupa utk bertyakan pendpt org lain..
kadang2 kita berbincang namun sebenarnya kita tidak berbincang..
tp hanya sekadar mendengar...
tidak berfikir...
adakah itu dunia cinta sebenar...???

sya bukanlah orang yg hebat untuk berkata tentang cinta...
cinta perlukan seseorang yg hebat untuk berckp tentangnya~
cinta terlampau hebat utk disebut oleh orang seperti Sya...

tapi cinta adalah sesuatu yang mudah untuk dirasa...
kasih ibu~
kasih ayah...
adik beradik...
sahabat....
dunia kita penuh dengan cinta~

Sya baru membaca buku novel cinta (setelah sekian lama)
kemudian Sya terpana sebenatar...
betapa penatnya nya membaca buku tipikal cinta remaja...
hanya sedih penuh drama dan konflik...
adakah semua kisah cinta begitu??
ataupun kita terikut2 dengan kisah cita begitu??

berapa orang yg sanggaup larikan diri dari keluarga kerana seorang lelaki dan hidup bahagia???
ada berapa orang yg sanggup tinggalkan rakan2 yg selama ini membantunya hanya semata2 mereka berkata *lelaki itu x sesuwai buat kau*?
ada berapa orang yg menyintai seorang wanita dan sanggup menunggu wanita itu walaupun wanita itu sudah berkahwin??

terlampau byk kisah cinta remaja di novel dan filem~

adakah anda mahu menjadikan kisah anda seperti itu???

atau anda mahu mencipta kisah hidup anda sendiri...??

lakukan dengan rasional~

p/s: lelaki yg membuatkan anda lupakan orang sekeliling anda..dan tidak menerima orang yang berada di sisi anda adalah lelaki yang anda perlu fikirkan...

adakah lelaki ini yang mahu berkongsi hidup dengan aku sedangkan dia telah menolak sebahagian daripada aku...???

Sunday, February 5, 2012

anak...

tak beberapa lama cuti bakal berakhir...
esok merupakan hari yang terakhir...
tapi sya rasa cuti kali ini yang terpanjang..
(hanya tambah satu hari dari cuti sebelum ni)
terasa terisi (bukan dengan buku2 yg sya penat bawak balik)

along selamat melahirkan anak buah sya yg ke 12
alhamdulillah..
lepas sudah rindu dekat maryam,luqman,amina, n etc...
rase puas cubit2 anak2 sedare lelaki yg nakal...
hahahah!!!
percayalah anak2 buah maksu..
maksu x suka pun...

terasa hidup terisi kan dengan budak2??
walaupun kadang2 marah...
penat marah ni..
tapi geram..eee~~
tapi dengan budak2 la kita blaja semuanya..
kesabaran terutamanya...
kelatah tiap sorang mencuit...

biar papa duet...
asalkan kaya anak~
anak yg boleh mendoakan kesejahteraan ibu bapanya dia alam sana...
ya ALLAH...jadikanlah aku anak yang solehah...
berikanlah aku anak2 yg soleh dan solehah

byk je ckp...
kawen pun x lagi...
well,gud luck shake...
in wut ever u do...

gud luckkk

Tuesday, January 3, 2012

SABAR~~

tetiba teringat blog yang sudah lama dibiar usang...
bukan kerana masa tiada...
tp priority telah bercambah~
adakah itu alasan?mungkin juga...

jika hari ini ramai orang mengaduh...
bagai2 emosi melanda jiwa kita...
ada bersebab...
adakala nya TIDAK BERSEBAB...
selalunya tidak bersebab ni terjadi pada golongan wanita..
stuju?

bila ada masalah..
kita rasa diri kita ditekan..
padahal kita yang menekan diri kita~
mulalah pelbagai alasan kepada PERKARA SEPATUTNYA DILAKUKAN dulu terungkit...
apabila dinasihat kita akan mudah untuk melatah...
kadang bukan kita mahu~
tapi tidak sepatutnya kita diberitahu 'statement' "tu la..nape x buat awal2" PADA MASA YANG TIDAK BETUL...
cuma keadaan yg sedang tidak stabil buat diri kita susah untuk dikawal...
stuju???

kadang2 kadang kita boleh mengingatkan diri kita..
INI ADALAH UJIAN ALLAH...
SENYUM SAJE LAH~=)

tapi kadang2...kita manusia..INSAN...
pelupa...mudah lupa...
TERLUPA UNTUK TERSENYUM dengan UJIAN yang ALLAH BERIKAN...
di situlah patut ada manusia yang harus memberi peringat~
bukan manusia itu tidak sehebat rasulullah~
tapi mereka boleh CUBA UNTUK MENJADI SEPERTI RASUL MEREKA...
memperingati orang sahabat2 mereka..
ATAS DASAR CINTA....

jika difikirkan dengan masalah yang kita hadapi..
tidaklah sehebat tekanan yang dihadapi oleh kanak2 palestine..
yang membolehkan mereka menjadi sangat matang...
dimana tangisan itu bukti kekuatan..bukan kelemahan...

tidaklah sehebat dugaan emosi gadis2 yang dilarang untuk memakai hijab di negara perancis
jadi mengapa perlu mengeluh~
mengapa perlu dilaung masalah yang ada?
sedangkan masalah kita lebih kepada berbentuk individualistik...

sahabat handai mungkin boleh membantu meminjamkan hati untuk memahami..
telinga untuk mendengar
lidah untuk memujuk~
tapi kadang2 mereka jugak tidak mampu memberikan apa yg kita harapkan..
hanya ALLAH sebaik2 pemujuk...
dengan menghantar ayat2 cinta dari Al-Quran...

semoga kita sentiasa bersabar

Friday, December 2, 2011

info sihat- ulser perut

pernahkah anda mengalami muntah darah sebelum ini? atau mengalami sakit perut seperti sakit yang membakar?? sakit tu boleh dihilangkan dengan makanan atau mungkin sakut itu boleh menerukan lagi keadaan anda...hurmmm~satu persoalan di situ..=)

apabila anda mengalami muntah darah atau pun sakit perut, janganlah segan silu untuk datang ke klinik untuk berjumpa dengan doktor.

sistem yang bertanggung jawap untuk penghadaman kita kita ialah gastrointestinal tract.
( gastro= perut ; intestinal = usus). ia bermula daripada salur esofagus,perut,usus kecil (yang boleh dibahagikan kepada 3 iaitu : duodenum, jejunum dan ileum), usus besar dan rektum.
salur dinding penghadaman kita mengandungi 4 lapisan:

di antara pembukaan perut dan usus kecil ada satu 'pintu' dimana diakan mengecut dan memngembang untuk menghalang atau membenarkan makanan untuk masuk ke usus kecil

1) lapisan paling dalam = mukosa,merembes enzim pepsin untuk penghadaman dan asid untuk membantuk proses penghadaman (pepsin sangat aktif di tempat berasid)
2)kedua= mengandung otot membaluti mukosa
3)ketiga = muskularis externa (muskularis = penuh dengan otot; externa = berada di luar)
4) keempat= adventitia ataupun serosa. tisu badan untuk membalut.


salur yang selalu menjadi 'mangsa' serangan ulser ini ialah di dinding perut (gastric ulcer) dan juga di dinding duodenum (duodenal ulcer). Dalam 5 pesakit yang datang seorang akan datang dengan gastric ulcer dan 4 orang akan datang dengan duodenal ulcer.

epidemiologi (analisis tentang corak sesuatu penyakit, punca d
an sebab yang membantu pembiakan)

ulser perut ini selalu berulang dan selalu dialami oleh pesakit yang berumur pertengahan dan berumur tidak mustahil untuk dilihat pada pesakit muda.

ulser perut boleh disebabkan oleh jangkitan Helicobacter Pylori.

lelaki lebih mudah mendapat duodenal ulser daripada wanita.

penyebab:
- duodenal ulser lebih kerap berlaku kepada pesakit yang mengalami sirosis hati (liver cirrchosis), penyakit peparu yang kronik (chronic obstructive pulmonary disease), sakit buah pinggang yang kronik, lebihan thyroid di dalam badan (hyperthyroidism).

Pathogenesis (patho = penyakit ; genesis= proses utk berlaku)

penyakit boleh berlaku kerana 2 faktor:
1) sistem untuk melawan oleh mukosa lemah. mukosa akan merembeskan satu cairan mukus untuk melindungi dinding perut daripada asid. selalunya kes ini akan membawa kepada gastric ulcer. ini selalu disebabkan oleh bakteria Helicobacter Pylori dan ubat jenis NSAID (non-steroidal anti inflammatory drug) seperti ubat tahan sakit, aspirin unt
uk nipiskan darah, ataupun ubat untuk tahan sakit sendi.



2) terlebih enzim pepsin dan asid hydrocloride kepada dinding mukosa.

kes ini selalu terjadi kepada pesakit duodenal ulcer. bagaimana ini terjadi tidak dapat dijelaskan tetapi sel yang bertanggungjawap untuk merembes asid meningkat. ini telah menyebabkan sel yang bertanggungjawap untuk merembes pepsin jugak bertindak.

apabila asid dan pepsin bertindak dengan sangan aktif. perut mahu segera untuk mengosongkan ruangnya dan menghantarkan makanan yang telah dihadam di perut tadi ke duodenum (ruangan pertama usus kecil)

duodenum yang akan mengeluarkan alkali untuk meneutralkan asid dari perut tidak dapat memberikan jumlah yang cukup.
H pylori juga menjadi jenayah utama dalam kes ini.=p


helicobacter pylori

tanda2 dan simptom:
selalunya pesakit akan datang dengan pendarahan seperti muntah darah, ataupun membuang sisa ketika membuang air besar yang berwarna hitam (hitam kerana darah yang sudah kehilangan besi). sakit perut yang membakar. sakit perut dapat dihilangkan dengan makanan ialah simptom untuk duodenal ulcer namum simptom sakit perut yang teruk akibat selepas makanan adalah simptom untuk gastric ulser.

____________________________________________
ada faktor lain yang boleh mengundang kepada ulser perut ini:

1)ROKOK - saya x faham sebenarnya mengapa ramai orang suka merokok...
2)stres
3)genetik
4)diet seperti alkohol, dan minuman berkaffein

ulser perut mungkin nampak seperti tidak teruk, tetapi kurang pengetahuan tentang ulser dan juga kurang sikap tidak endah sesetengah orang tentang perubahan kesihatan sendiri membuatkan sakit yg dianggap 'remeh' ini menjadi besar. pendarahan yang sedikit boleh melarat sehingga darah semakin kurang dalam badan. apabila hal ini berlaku, pesakit boleh pengsan atau lebih terus boleh kehilangan nyawa. lebih-lebih lagi ulser perut ini selalu berlaku dalam keadaan bawah sedar. dan selalu tidak menunjukkan apa-apa simptom.

jadi sentiasalah mengambil perhatian tentang diri masing2.kita ada tanggungjawap kepada keluarga dan juga diri sendiri.

ulser perut
helicobacter pylori di dalam tisu perut

reference: mama robin dan davidson

*ini hanya sekadar menghilangkan mengantuk di waktu pagi* saja nak praktis medical term in malay. feel free to comment or ask..any of my friends. x kira bukan medik or medik.

Thursday, December 1, 2011

Medical life....






tiba2 blog ni sudah tidak mencapai matlamat...
tajuk besarnya SEGALA TENTANGKU ADA DI SINI tidak memberi apa makna sudah...
kini Sya sedang berada di blok yang kedua...
blog Gastrointestinal Tract (GIT)

ada yang kata blok kedua ni sangat 'leisure'...
leisure ke???
ntah lah..bg sya semua sama...mahu atau tidak banyak perkara harus di'cover'
yang penting hidup mesti mau enjoy sama (dengan cara yang lebih baik)

Alhamdulillah...
keputusan final blok lepas sudah diumumkan...
bayangkan wahai orang di luar sana..
pelajar medik harus berdepan dengan keputusan peperiksaan akhir sebyk 4 kali setahun
4 peperiksaan kecil antara mereka...
dahulu dirasakan betapa gerunnya untuk menghadapi setiap keputusan..
kali pertama menunggu serasa seperti menunggu hari SPM...
itu baru keputusan...
bukan lagi peperiksaan..
yg kadang2 bisa membuatkan pelajar medik
gelak dengan kuat
sedih teresak2...
kadang...tiada perasaaan...

lama kelamaan..alah bisa tegal biasa...
namun usaha harus diteruskan...

"medik is art of science...it is always updating...by right now i'm talking there is something has been invented..so, we should not stop learning..."

"medic is a science of variation...u are dealing with ppl life!!"

byk kata2 dr saad jadi pemangkin semangat~

bukan senang NAK jadi dr...

bukan senang bila dah jadi dr...

satu title yang penuh penghormatan...
tapi penuh dengan amanah...

ada sebab kita berada di sini wahai budak2 medik~

insya-ALLAH..we can do it...

"sebenarnya nak check skill typing Sya, Sya dah lama x menaip ayat yang panjang..jadi x tau skill menaip dengan cepat dan jadi tumpul ke x..."

btw,selamat pulang ALong dari tanah suci mekah..selamat pulang juga kepada abg long PBL asaad...selamat pengantin baru kepada sepu yang berkahwin pada 2 muharram hari tu...

tahniah kepada members of zenith pada setiap kejayaan yang telah anda lakukan pada tahun islam yang lepas~semoga segalanya lebih baik pada tahun ini...

Sya jugak ini minta maaf kepada semua jika sya ada buat salah dan silap~ setiap kali menulis di blog ini~yang melukakan hati sesiapa..=)....

oh sya!!tolonglah rajin updatekan blog ni lepas ni pls!!!