Friday, May 27, 2011

Rindu...

agak berapa lama sya tidak menulis...
kerinduan sentiasa menerjah..
namun masa masih tidak menyebelahi...
jika mahu diceritakan apa yg telah terjadi
semasa tangan berhenti menulis di sini...
mmg agak panjang mahu diceritakan
boleh dikatakan sepanjang perjalanan blok keempat tahun pertama sya di sini...
setiap hujung minggu mesti ada aktiviti akan dijalankan..
lawatan ke rumah anak yatim,
kerja amal di masjid saidina uthman,permatang badak...
melayan kerenah anak2 sedara...
bermain basketball,netball,pingpong di waktu petang...
singga hujung minggu ini...
tiada aktivti amal..mahupun aktiviti sukan di waktu petang
oh rindunya~

kesibukan menjelangnya minggu terakhir untuk menyiapkan kerja 'miniresearc' tidak menghalang diri ini untuk menerjah aktiviti luar..
diri ini mengakui..
sangat penat...
namun kerja2 ini buat sya tersenyum...
agak lama sya tidak begini sejaktidak memegang jawatan di medcy dahulu...
ada sehari sya kalah dengan kelemahan fizikal sendiri...
demam melanda...
namun pengalaman dahulu buat sya sedar...
untuk lakukan ibadat...keperluan diri jugak harus diutamakan
maka diri ini harus berehat...

kadang kala hidup ini penuh dengan sakit pahit...
secara tidak sedar pahit itu sebenarnya bertindak sebagai ubat...
penawar campur peringatan untuk masa hadapan..
cukuplah apa yg pernah berlaku dahulu...

namun blok keempat bakal melabuhkan tirainya pada minggu hadapan...
minggu rivisi dan peperiksaan bakal tiba...
minggu ini bakal sibuk dengan pembentangan research..

revolusi committee zenith telah berlaku...
kini semuanya dirombak semula..
sya agak bersyukur sebenarnya...
diri ini tidak memegang lagi jawatan bendahari...
bukan benci..namun diri tidak merasa diri ini sesuai untuk jawatan tersebut..

tahniah kepada barisan committee baru...
ketaatan dah kepatuhan saya adalah milik anda...selagi perjalanan kita ke arahan yg satu

kini sya dalam lujnah pub n info...
"Sya..nape PnI?nape x SnR?"
Sya hanya tersenyum dengan soalan tersebut...
hanya semata2 sya punya dslr?
dslr abahbelikan untuk sya blajar bagaimana mahu menggunakannya~
sya mmg tidak langsung menahu bagaimana mahu menggunakanna dahulu
tidak pernah terasa mahu memiliki~
tapi setelah punyai kelengkapan basic, mengapa tidak mahu belajar?
SnR...
mengurus pasukan...mengadakan aktiviti sukan...memahami bagaimana bekerja dengan ahli sukan sehingga menjadi sebahagian daripada pasukan itu sendiri...
merupakan peristiwa yg takkan sya lupa~=)
tidak kira dimana pun sya diletakkan..
SnR sentiasa menjadi sebahagian dalam diri Sya...
jiwang kan bunyi?itulah hakikat...tiada niat untuk romantik..=p

sebelum Sya mengundur diri..
Sya ingin sarankan semua tgk citer Flipped..
bagi sesiapa yg ada alahan dengan cerita jiwang...
kisah ini tidak beberapa jiwang...
cuma sya suka dengan cara budak perempuan dalam kisah itu berfikir...

"not many girls like that live around the neighborhood"

betapa sepanjang bulan lelaki itu menyukai perempuan tu ..dia x boleh fikirkan benda lain selain perempuan tu...
namun sepanjang 5 tahun perempuan itu menyukai lelaki itu...perempuan itu masih lagi boleh memikirkan tentang indahnya hidup dan matang utk memikiran tentang hidup...

bagaimana kecantikan menguasai...
kekaguman pada kecantikan bakal pudar...
yg tinggal apa yg ada di dalam hati...
hanya itu yg bakal diingati
walaupun hayat sudah tiada lagi...

cinta bakal hadir~
ketika kecantikan tidak lagi dipandang..
dirinya menjadi bahagian yg penting dalam hidup seseorang...
dalam mengharungi matlamat utama hidup di dunia ciptaan tuhan


lawatan ke rumah anak yatim

pertandingan netball piala perdana,SUKPA
perjumpaan untuk presentor2 miniresearch
penat...
akhinya...senior 5th year sudah bergelar dr!!!tahniah kak tim,kak AJ,Kak rody,kak fatin,kak asmaa,kak yuyu..n yg baru kawen kak cep!!^_^
akhir kata..assalamualaikum