Saturday, February 26, 2011

vaso vagal reflex...weekends!!!





sudah berapa lama masa yang padat tanpa rehat dengan aktiviti2 luar..
jadi kali ini diri ini secara x sedar Sya telah 'memilih' utk berehat
pada mulanya aktiviti minggu ini dengan keluarga..
namn ada masalah saat akhir~
apabila septtnye ada interbatch dan keluarga...
rumah ehsan terpaksa ditarik diri~maaf sangat2
ada beberapa gambar anat workshop dan zen fam day di atas...
______________________________________

Sya mula berhenti menaip untuk kerja pbl yang harus disiapkan malam ini
juga short notes prof pakeer yang juga harus disiapkan hari ini juga~
dirinya memandang sekeliling sambil tersenyum
hari ahad byk dihabiskan di dalam bilik
dimana 4 minggu berturut2 Sya habiskan diluar dek aktiviti2 yang padat
baguz jugak bila diri sibuk...
bila ada masa sediki tuntuk diri sendiri
cuba untuk hargai sebaik mungkin...
tapi bukan dengan bermalasan di bilik...
itu pun masih belum sempat melipat kain yg dibasuh baru2 ini...
rancang mahu lipat semalam...
tersenyum terkenang hari semalam...

Sya tidak mahu berada di bilik...
bukan x suka~tapi x tau bagaimana hendak berhadapan dengan beday girl
maryam sakinah~
orang yg sya anggap sbg adik tp tidak treat dia seperti budak kecik...=)
tidak mahu wish tanpa sebarang preparation yang cukup...
fikiran Sya melayang kepada kak diana~
bagaimanalah kakak tu sorang2 dlm bilik
semua kakak2 2nd year ada aktiviti batch~
mcm mana lah kakak tu makan..?

kalut bila dikenangkan hari kak diana pengsan..
baru sahaja melompat dengan baju blaus sementara menunggu abg yg mahu datang bersama jibah
sesampai sahaja di tg lumpur,msg masuk

"shake!kak diana pengsan...skrg pegi hosp.."

muka dah terkejut memandang jibah yang jugak terkejut~
mahu ditelefon org disana untuk mengetahui keadaan lanjut
bertambah cuak bila dengar kak diana dimasukkan di red zon
tanpa breathing dan pulse!!haii!!!btol2 cuak~
tiba2 bateri pulak kong!~eeeee~~

tp alhamdulillah kak diana sedar semula pada pukul 8 lebih malam...
fokus kami kepada keluiarga yang mahu berjalan ke teluk cempedak dan tg lumpur...
abg hantar semual ke uia pada pukul 9 lebih...

"adik..lekas..amik kunci!gi hosp!"
bergegaslah kami ke hosp~
jibah masuk ke red zone..
kami tgu diluar..mendengar mcm mana kak diana jatuh...
bengkak yg rapid~x leh nak dibayangkan bagaimana~
tunggu hingga pukul 12 lebih...
barulah kak diana dikeluarkan~

"ni vaso-vagal reflex...sprain dia terlampau sakit sampai bt dia pengsan.."jibah

aduh!jadi,kak diana..no main2 for a few months (or less..bukan leh tahan kakak tu nk main) plsss~

tersentak semula~jauh btul diri ini melayang~
msg dihntar kepada kak diana

"salam,kak diana..katne tu?"
"wslm,kat KOM..nape shake??"
"eh!dah boleh jalan ke???"
"pakai Topang la sayang...kena jaga meeting alumni"
"pulak dah!!haishh~ingtkan ada dlm bilik elok2..nak antar makanan ke hape ke.."
"haa..shake datang la sini..makan free..;-)"
"hahahah!!sedap ke??=p...ok2..japg shake datang"berfikir yg diri ini harus elakkan diri pada maryam
"sedapp..kari ayam ade,jom lah"
"hehe..jap gi shake dtg"

sesudah sampai,makanan free yg sedap dimakan...huhuh
diri ini melihat meeting AIDOC...Alumni bekas2 pelajar medik di UIA...
betapa mereka concern dengan adik2 di uia...
ada yang bertanya dengan kaki kak diana~baguznye~
nampak semnagt ingin menolong sangat tinggi~
senyuman Sya semakin melebar...

kemudian diri ini pulang semula ke bilik...
terus ke bilik gya
bincang apalah mahu dibuat dengan budak maryam ni~hehehe
ada yg nak curi barang lah..ad ayg mahu kidnap lah~
last2 kami prank dia ke tg lumpur
tipu daya sangat menjadi~
sya hanya diam dalam proses tipu helah ni...
x pandai!!!

susah betul nak layan innocent maryam ni~
bila maryam ke atas...
kami nyanyikan lagu hepi bday...
x sampai 1 kerat habes...

"korang!!!Kita dah janji ngan kakak kita nak makan malam ni.!!!"

hilang segala mood nak wish!!hahahahha
jadi kami menjempur kakak2 maryam sekali ke situ...
berkenalan denga keluarga Jefferey~
kak iman,k.solehah,hanisah dan mardhiyah...
disebabkan makanan bukan kami yang bayar
kami layan lagi maryam yg baru nak masuk18 tahun ni ke fun fair~heheh~
bukan main la seronok pusing2...hehe..
bukan funfair tu yg buat jadi fun...
tapi disebabkan kita datang bersama kawan...
jadi seronoklah!!!ini kali pertama Sya bermain di Funfair sebenarnye~
x larat nak ketawa~~

habes bermain kereta langgar...
semua masuk ke dalam kereta...

"okok..semua..istighfar byk2~~selawat2...jom kta balik..kena hati2 bwk keta..this is PJu no bumper car..hehehe"Sya cuba berseloroh

begitulah semalam aktiviti Sya...
mengucapkan rasa syukur kerana dirinya lulus...
tapi pelbagai harus diperbaiki sebenarnya untuk blok kli ini~

pelbagai aktiviti buat Sy sedar...
betapa kita harus tau peranan diri masing2
setiap peranan ada tanggungjawap masing2...
kena ada relation antara satu sama lain...
sifat "bagaimana jika diriku tiada" harus ada dalam benak...
setiap event dan setiap kali muhasabah diri...

diri ini hanya tersenyum...
apabila sesetgh marah jika kehadiran di dalam kelas kurang memuaskan
kerana kita MENDAFTAR ke sini sebagai pelajar...
ada jugak mengejek sesetgh pihak kerana kurang aktif dalam aktiviti2 luar sama ada sukan ataupun kokurikulum lain...
kadang2 Sya terfikir...
x rasa ke dua2 ni sama dengan je...??
hmmmmmmmmmmmm~~~~~~~~~

apa2 pun..selamat hari lahir pada maryam sakinah
semga cepat sembuh cik nurdiana baharuddin...

Saturday, February 19, 2011

dunno How to Say~

rase sudah lama Sya tidak menulis di halaman blog sendiri~
kerinduan menerjah di pelusuk minda (bukan hati sebab hati macam susah sket nak kawal)
tapi diri menahan kerana byk perkara harus diselesaikan dahulu...
blok 3 bukan sahaja sibuk dengan kelas yang padat~
dari 8 hingga 4 kelas tiada yang kosong~
tapi itu cabaran berada di dunia medik...
tidak perlu bising~
tidak perlu mengeluh~
dunia baru bermula~

anat workshop baru melabuhkan tirainya~
berlangsung dengan jayanya~
walaupun bilangan ahli yang kurang dari confirmation
banyak yang menarik diri saat akhir~
namun masih seronok untuk belajar perkara baru~
maaf gambar x dpt diupload..
punyai masalah dengan USB laptop sendiri~
tapi agak kelakar melihat gambar2 yang ada~
dan video2 juga!!!hahahahahhaha~~
aduh!

minggu depan sepatutnya Sya menjadi comittee untuk rumah ehsan~
namun Sya mendpt tahu abg terchenta mahu datang ke kuantan~
jadi dibatalkan hasrat untuk 'join venture'

masa yang padat
membuat kepa;la agak tensi~
namun Sya dapat lepaskan rasa tensi dengan bermain netball
itu adalah cara yang lebih baik~
menyehatkan badan~

"adik~sayang badan tuh~jangan umur 30 dah jalan terbongkok maca umur 50...bukan pikir stamina kena kuar..tp kena latih mind set kita suapaya jangan mood berubah walaupun letih..bila dah lenguh2 badan~manjakan la diri tu juga~rehat~urut2 sket2~yg penting jangan layan penat~"

terngiang2 kata2 jibah di telinga~

ya~latihan minda harus dimulakan dari sekrang~
Sya dapat lihat secara rawak bagaiman hidup Sya nanti~

sayang badan bukan beerti badan harus direhatkan sahaja~
latihan harus ada~
latihan untuk pikul tanggungjawap tanpa rungut dilidah~
penat yg melelahkan~namun senyuman harus sentiasa ada dimuka~
keceriaan harus terserlah~walaupun baru ditengking dengan dr2 clinical~
ego harus direndahkan. dengan balajar untuk mengambul pandpt mana harus diterima mana yang tidak~
itu stakat ini SYa belajar dari event2 yang berlaku~

mungkin ada yg tertya2 mengapa Sya masih la bermain walaupun interbatch games masi lagi tertunda~
Sya hanya tersenyum~
diri ini bermain bukan untuk interbatch~
interbatch adalah medium untuk kita mengenal siapa senior kita~
ukhuwah akan terjalin~
dan dengan bermain pada waktu ptg~
itu juga yang Sya dpt...
jadi mengapa harus lepaskan peluang???
x perlu tunggu event atau program bukan?
selepas itu segala perkenalan akan jadi mudah!=)

hormatlah ketua kamu seperti makmum berjemaah kepada satu imam~
perbetulkan bacaan apabila salah~aminkan bersama apabila bacaannya sudah betul...
layanlah anak2 buahmu seperti bangunan bersama bata2 yang byk...
satu bata yang rapuh..bisa buat satu bangunan retak...
dengarlah bicara pembantu/penasihatmu seperti kawan yang mendengar pendpt sahabtnya~
leteran yang mungkin merimaskan namun cukup membantu~
besepakatlah kamu dalam satu organisasi ibarat bumi,paksi dan orbit~
dapat berpusing bersama paksi untuk siang dan malam~dapat mengelilingan bersama orbit untuk 1 tahun~
bersatu padulah kamu ibarat pokok yang perlukan akar~
pasti tumbang tanpa akar yang kuat~
cubalah memahami dari meminta untuk difahami...kerana memberi adalah lebih baik dari menerima

cukuplah tentang event~
sekarang kita ke ukhuwah terapi...
kali ini kami diminta untuk meneka kami anak ke berapa dalam family~
dan org yg memberi kertas kali ini,miss defender, dapat memberikan jawapan yg betul
tapi kata2nya sangat sweet~=)
miss defender ni sangat manje dengan Sya...
jeles kalo layan adik2 lain jugak~
tapi x lah jeles membuat tuli~=p
kakaknye baru fly~gitulah carenye...
kami main netball sama2~
bila dia sebut gud attacker tu...dah dapat agak dah sape~hahahaha...
iman safruddin~=)


akak mmg sentiasa hepi~n mr right?huhuh~ameenn~sapelah tu ek?=p

n lastly,
bawah ini ada gambar PJU yg dikaco oleh budak2 zenith yg nakal~
habes cuak dibuatnye~
tapi saye x buat untuk kembara ye?ini buktinya~=)


sekian dari Sya..=)

Sunday, February 6, 2011

kelantan siri 1


uyun,jibah,adik, along


Sya duduk di seat 3B bas Nice...
tempat duduknya yang selesa buat Sya senang untuk berehat~
sambil berehat dirinya menerawang kisah2 indah terjadi di kelantan
siapa tak gembira jika dapat berjumpa dengan satu keluarga~
cuma Una yg sarat mengandung je x dpt datang~
yang lain~semuanya berkunjung di sini~
Una..moga cepAT baby kuar~heheheh
dirinya sudah tidak sabar untuk mendapat anak sedara yang ke sepuluh itu~

sempena kenduri kahwin sepupu di kelantan...
kami pergi meraian bersama2 dengan ahli keluarga lain~
boleh dikatakan 14 buah kereta dari kedah datang ke kelantan...
agak lewat pengantin lelaki atang~
almaklumlah...
hari jumaat~
kenalah solat jumaat dulu kan?huhuhu~
setelah pengantin datang~
kami berundur pulang ke rumah angah~
timbul dibenak untuk pergi ke PCB dan wakaf Che Yeh hari itu...
Sya hanya tersenyum mengenangkan dirinya terserempak dengan kakak senior UIa di PCB~
cume dirinya agak kurang selesa dengan 1 perkara~
keadaan trafik di waktu cuti!!!
ohhh!itu telah membuatkan SYa dan Jibah hilang mood untuk bberapa ketika~

Sya berhenti mengelamun~
senyumannya menguntum kembang~
diceritakan kisah kepada afzan yg duduk disebelah~
tiba soalan muncul...

"shake..kalo shake nak keja,shake nak keja kat ne?"
soalan itu Sya tinggalkan dengan renungan yang dalam dan kemudian hanya ketawa...
persoalan yg jauh untuk ditentukan~
dimana dirinya kurang pasti di mana mahu bekerja~
dirinya seperti tidak kisah~
di mana asalkan bersama orang yg tersayang~
jika itu,mungkin kedah...
tiba2 Sya teringatkan mak
sewaktu angah bertanya jibah mahu posting di mana selepas graduasi

"hangpa ni nak perah otak pa~pi ikut suamilah nak keja mana"
oh!sesungguhnya 4 hari yg diberikan mmg tidak cukup~
tapi semoleknya dirinya harus bersyukur diberikan kesempatan itu~
tidak puas melepas dengan satu keluarga
bukan senang mahu berjumpa abgnya (angah) sorang tu~
Sya behentikan lamunan dan meninggalkan afzan dengan jawapan
"shake x kesah kot~tgklah dulu cane~hehehe"

kemudian dirinya terus teringatkan peristiwa dirinya ke Wakaf Che Yeh...
bertolak dari jam 10.30 dari Panji ke Wakaf Che Yeh...
perjalanannya agak dekat
tapi mengambil masa selama 1 jam!!!
ulang suara 1 JAM...
aduh!kelantan ohh kelantan~

dilihat kain2 dan barang2 yang ada di Wakaf Che Yeh~
jam mengijak ke pukul 12 tgh malam~
kami mengambil keputusan untuk makan sebentar di satu gerai char kuey teow~
tiba2...
sekumpulan remaja lepak di sebelah meja kami~
sambil rokok dihisap,membuatkan org yg sekeliling disebalah rasa tidak selesa~
uyun hanya memandang dengan kerlingan kurang senang~
melihat anaknya yg punyai asthma~
kemudian bersuara...

"jibah..umur jibah bape?
"23.."
"adik..??"
"ehem~~~21?"terbatuk2 bila menyebut 21...=p

'hurmm...kadang akak pelik budak2 kuar tgh malam family x de"
"rumahnye x de pagar kot"jibah dengan muke serius
Sya dan Uyun ketawa terbahak2
"eh!seyeslah!!mmg byk kes sosial jadi sebab umah x de pagar~jadi anak pikir leh kuar suke hati..byk kot kes kat HTAA n Temerloh gitu...ade rumah felda,flat..x de pagar~"
"hurm~btol gak tu...mind set kuar umah memalam mcm biase"
"kalo kat hosp tu nak dr malas nak bising pape~yg byk nasehat nurse lah~time nak bersalin tu diorang bukan jerit benda lain~ diorang pgl MAKKKK!!!MAKKKK!!!mak jugak diorang pikir...x tau lah ape yg diorang pikir time buat tuh~kesian kadang2~"
"nazubillah"ungakapan itu hanya mampu dilahirkan dari hati Sya sahaja~
memikir dunia skrg...
tkt dirinya juga menjadi mangsa desakan hati~

kami meneruskan lagi berbincang tentang kes dalam akhbar metro mengenai remaja adik beradik perempuan berusia 17 dan 15 membawa pulang teman lelaki mereka masih di dalam bilik...
17 dan 15 tahun~masih ada 6-7 tahun untuk usia yg sesuai untuk berkahwin~

jika bersedia kenapa tidak memilih perkahwinan~?
jika tidak bersedia kenapa berani mengungkap kata CINTA?
berani dengan hubungan tanpa pengetahuan keluarga itu lagi satu hal~
seolah2 terlupa restu tuhan bersama restu ibu bapa~
seolah2 cinta tu ibarat dadah yg boleh membuat diri kita khayal untuk melupakan masalah
sedangkan tuhan jadikan perasan itu murni sebagai ganjaran hambaNYA yang mengikut sunnah yang penuh tanggungjawapan~
bukan kawen awal soalnya~tpbagaimana kita membawa hubungan itu..?
soalan yg sampai sekrang Sya x mampu untuk jawap n Sya kurang faham~
siapa2 ade jawapan..silalah beri ya?=)

lamunan Sya melayang sehingga Sya tertido~
hanya tersedar apabila bas berhenti untuk solat~
Sya membeli burger...
"emm..burger ayam satu"
"berger ayam kali ni x sedaplah adik.."
"nknape x sedap?"
"sebab pakai jenama lain..x sedap mcm selalu..."
Sya sudah pelik sangat...
"x pelah cik..bukannye saye penah rase sebelum ni~jadi saye takkan compare.burger ayam special satu"
"x pe..untuk adik abg buat special punye..sedap2.."
Sya memandang dengan kening terangkat sebelah
"adik duduklah dulu kat situ..."
Sya memeandang ke arah kawannya yg sedang merokok di satumeja
Gile ke hape..??!!
dirinya hanya senyum dan memandang burger yg dimasak
"sekolah lagi ke dik??
Sya mengangguk sambil memandang lg berger yg dimasak
"lagi bape tahun?
"hurmmm 5 lagi..?"(ohh!diriku berbohong!!~)
"jadi abg kena tgu lagi 5 tahun lah?"penjual berhger hanya mahu berlawak~
diriku hanya tersenyum campur mahu ketawa
"maaflah~saye x ske perokok"kali ini hatinya sahaja bersuara~heheh

p/s:agaknye kalo semua pompuan mmg reject lelaki merokok mmg semua lelaki bakal tinggalkan rokok tu~heheheh