Saturday, October 30, 2010

ohh kawan2

pukul 7 sudah turun ke taman tasik bandar untuk berjogging
baju sudah berbasuh
namun susah untuk mulakan aktiviti penting dlm uia ini~
iaitu....
STUDY...
shake study shake!!!study untuk lengkapkan diri dengan ilmu
bukan untuk exam~
ohh shake~~tolonglah jadi manusia yg hebat~
susah kan mahu menjadi manusia yang hebat~
hebat ni sgt subjektif
kadang2 apa bila kita lihat sirah2 rasulullah saw
kadang2 kita tertanya
bagaimana dia menjadi seorang ayah yg hebat?
bagaimanadia menjadi pemimpin yang hebat?
bagaimana dia menjadi pendakwah yang terulung
bagaimana dia menjadi manusia yang paling berpengaruh di dunia?
bagaimana....bagaimana..??
mesti dia x pernah berhenti menjadi yg terbaik~
dan hidupnya sentiasa yg baik~
macam mana kita mahu menjadi seperti itu..??
di mana kebaikan sentiasa bersama kita...
kebaikan tidak pernah asing dalam hidup kita~

_________________________________________

satu benda yang m syakirah mahu sampaikan kepada kawan2 skalian....
JGN TINGGAL USRAH...
kalo x punyai usrah
SILA CARI USRAH!!
ada sahabat pernah berkata...
"aku x suka buku motivasi...aku lebih suka baca hidup org atau blog"
ya...ikut usrahlah anda boleh merasa pengalaman melalui kaca mata org lain~
dahulu di rasakan usrah ni hanyalah satu keperluan biasa di sekolah...
namun apabila tiba di universiti..
usrah adalah satu perkara yang penting
terutama apabila subjek agama islam tidak lagi menjadi subjek penting U
ohh itu berbahaya~
mungkin kita ingat,..
namun kita lupa untuk applikasi~
dan usrah lah memainkan peranan utama untuk mengingati~
perbetulkan akhlak yang salah
merungkaikan benang yang serabut (bermaksud untuk menyelesaikan satu perkara yang complicated)

apabila melihat keadaan diri ini pada 5-6 tahun akan datang...
diri ini harus cepat bertindak~
diri ini harus membiasakan diri untuk berjalan pantas
berdiri lama...
perkara2 ini harus menjadi kebiasaan~
pandai membedakkan masa
dan flexible utk merubah plan saat akhir...
ohhh!!
semoga ALLAH bersama diri ini~~

kini diri ini sudah menjangkau 20 tahun...
berada dalam dunia yang penuh terdedah dengan fitnah...
macam2 diri ini berfikir
kadang2 kita tidak terfikir apa yang kita lakukan itu adalah perkara mungkar...
kerana ia dah terlampau sebati dalam diri kita
semoga ALLAH ampunkan
POSTMODERNISM sangat berleluasa
sudah ramai di luar sana terpesong secara x sedar dek ideology postmodernism...
diri ini sudah berkira2
jika skrg sudah begini ramai..
bagaimana waktu anak2 cucu kita nanti...
oh!!!risawnya~~
kawan2...
planlah untuk diri anda~~
untuk masa depan anak2 anda
mungkin tatkala ini bau bermula apa dalam benak anda...
berapa byk duet harus aku simpan untuk kawen?
org mcm mana aku nak pilih untuk kawen??
atau pun ada yg berfikir~
awek macam mana aku nak cari ni???
itupun penting
kerana pemilihan itu memberi kesan kepada anak2 anda~
bagaimana anda mahu memilih ibu/ayah kepada anak2 anda~
namun jgn lupa
kehidupan yg lebih penting ada dunia selepas perkahwinan~
bagaimana caranya...???
sama2 kita fikirkan~
bagaimanakan diri kita untuk menjadi model insan kepada anak2 di masa depan~
mari berfikir~~~

Saturday, October 23, 2010

JPA...???

bismillah...

pada mulanya m syakirah tidak berfikir untuk menulis...
namun ntah mengapa...
sejak kebelakangan ini kerinduan menjalar pada diri ini...
namun kerinduan yang ada bukanlah kerinduan yang memudaratkan
dan diri ini sangat suka pada kerinduan ini~
kerinduan yang tidak membawa kepada sebarang penyakit hati~

1- rindu kepada keluarga...
caranya- telefon abah n skype mak

dan ada lagi kerinduan lain pada m syakirah...
mmg gejala kerinduan sedang menular!!
jangan risau...
ini antigen baik bersifat hapten...
jika ada protein untuk menjadi carier dia menjadi semakin immunogenic!!

ok kepada pembaca yang tidak mengambil immunology
badan kita ada antigen...
ada antigen baik dan ada antigen buruk
antigen ini apabila bergabung dengan sel b lymphocyte boleh merembeskan antibody...
dan hapten pula adalah antigen yang kecil saiznya...
sehinggakan susah untuk dikenalpasti oleh sel b ini...
tapi! diakan dpt dikenal pasti bila ada carier (yang kebykkannya dlm bentuk protein)
fakta menrik untuk kali ini ya..??
sekian penerangan ringkas~

apakah kerinduan yang berbentuk hapten ini..??
kerinduan kepada society...
ah!betapa m syakirah sgt rindu untuk berkecimpung untuk membina idea2 yg kadang agak gila2
untuk aktiviti baru...
*tersenyum sebentar*
namun segila mana idea itu...
kita cuba untuk realisasikan supaya terjadi~
teringat family day 2nd year...
teringat AGM
teringat HnF
teringat post morterm!!
ohhh!!sport and rec...
pernah diri ini tertanya2
mengapa dahulu tatkala sibuk boleh m syakirah lakukan macam2
namun tidak ksrg yang masanya senggang tanpa aktiviti luar..???hmmmm

apabila berfikir tentang masa lepas~
tidak berguna kalau kita tidak berfikir tentang masa depan
buat masa depan jangka masa pendek...
tentang apa ya...???
mestilah JPA!!!
mcam2 khabar angin datang melayang
ada yang masuk separuh...
ada yang kata masuk 2 minggu lagi...
apa yang boleh dibuat adalah tunggu~
assabarul minal iman~=)

bila difikirkan...
apa yang diri ini mahu buat dengan duet JPA..??
pertama adalah bayar hutang~
hutang buku sudah ditangguh2
buat m syakirah rasa x sedap hati jika tidak dilangsaikan dengan cepat

kemudian..??
apabila dah dpt duit mungkin dapat dikongsikan dengan sahbat2 lain
makan2 mungkin di luar mana~
blanja anak2 sedara?ohh!beli mainan mmg suka ni...

namun jangan lupa untuk simpanan masa depan~
kita tidak tahu apa bakal jadi nanti...
bukan mahu jadi kaya~
namun mahu berpada2...

m syakirah sedar...
m syakirah bukan baguz dalam menyimpan duet
namun diri tahu perkara itu sangat penting
namun susah untuk diubah~
tapi tetap perlu diubah!!!
jd penegasan diri itu harus!!!
sepatutnya bajet untuk 1 blok harus tidak diusik
dan tiada alasan yang munasabah untuk digunakan apabila JPA keluar nanti...
bukan...???
harap2 m syakirah dpt simpan~
untuk apa simpanan itu..
m syakirah sudah ada plan sendiri untuk 10 tahun akan datang~
lama x...???=p
_____________________________________________________

kata2:
pendpat yang berlainan bukan bermakna salah..........

melainkan............

sudah bertentangan dengan akidah~

Wednesday, October 13, 2010

antara nota2 untuk 2 bulan ini dan laptop~ohhh
bismilllah...
alhamdulillah exam sudah tamat...
bagaimana??diri ini x mampu untuk komen...
sungguh2 tidak mampu...
kali pertama menjalani peperiksaan...
dan diri ini tahu byk kesalahan yang telah dilakukan..
meskipun ada masalah yang berlaku
insa-ALLAH tidak mengganggu m syakirah
di dalam bas bersama afifah,kak una dan kak aflah...
bersembang seperti bas mara liner itu kepunyaan kami..
mana taknya..
dlm bus tersebut hanya memuatkan 7 org untuk ke utara!!
di balkang belakang 2 org...sorang di depan
dan kami memuatkan bahagian tengah..
awalnya yang duduk sebaris 4 org..mula mencari tempat dua seats seorang!
sedap btol tidur!=p
namun sebelum tidur sempat m syakirah menganalisis sepanjang 1st blok berlaku
satu perkara yang diri ini rasa kehilang dan buat diri ini x mampu study...
KESIBUKAN...
kesibukan yang membuatkan diri ini mengenal erti menghargai masa
mengenal erti berharganya satu ilmu...
diri ini mengharapkan untuk lulus..
itu sudah cukup bermakna~
2nd blok menanti pula...
m syakirah perasan ramai yg mengalami sindrom kali pertama end blok exam..
wajah2 tension jelas terpampang~

ada yg dekat menjadi renggang...
ada yg senyum menjadi masam...
ada yg rajen menjadi malas...
dan kita semua manusia biasa..
perkara2 ini mmg biasa berlaku...

namun diri ini tertanya2~
adakah perkara ini akan berlaku setiap 2 bulan..??
SETIAP 2 BULAN...???!
dua bulan untuk membaca NOTA(BUKAN BUKU) yang tebal2
huhuh..
dan setiap 2 bulan itu kita jadikan alasan untuk kerenggangan,kemasaman,kemalasan itu berlaku...
*mencermin diri sendiri*

ada rakan yang menefon mengucapkan selamat berjaya
rakan:dah habis study??
shake:(hanya senykm dan ketawa dlm hati) TAK ADE ISTILAH HABIS STUDY DLM MEDIK
rakan hanya ketawa..

peperiksaan sudah berakhir...
nantikan lagu sebulan untuk minitest 2nd blok pula..
jibah skrg sgt bz/.
tp masih boleh menghantar diri ini ke terminal...
lepak2 sebentar di bilik m syakirah...
julia yg awalnya dpt rasakan dtg untuk bersembang mcm segan x segan untuk keluar semua
tapi terlekat di situ dek keramahan jibah yg melampau..=p

jibah:hai julia~balik bila..???

julia:heh..hai~balik esok~

jibah:alaa..asal balik esok..?nape x balik malam ni..x busan ke?gi la keluar.,..

julia: x nak rushing2 sgt...x de kereta nak kuar..

jibah:hish~x puas hati lah korang x keluar..hahah!gi la kuar..tgk wayang ke ape ke??

shake:haaa..bak kate julia "i org kl...i tgk wayang"hahahah

julia:yup!!hahaha..i tgk wayang..org kl..hahah..x de pape yang menarik pun..shake x tgk wayang

jibah:haah!shake x tgk wayang...dia tgu suami dia bawak~hehe~sampai abg kitorg pakse bawak dia tgk wayang~comel je julia ni...hari tu time leadership tuh..akak tgk julia n shake ckp "tuh la julia"..shake byk citer sal julia..bezalah julia x jauhara

julia:ohhh..heheeh ye ker??yup2... i beza ngan dia byk~huhuh

shake:jgn risaw julia..shake x kutuk2 julia

jibah:hehe..nirah x penah kutuk pun...cuba dia rajen citer sal kawan2 dia

datanglah pula lina dan kawan2 yang lain...
jibah tegur bagaikan lama kenal...
nampak sgtlah m syakirah rajin bercerita...
JGN RISAW...shake tak kutuk korang..=p
kami banyak bercerita..

tercemarlah CINTA yang suci apabila seseorang itu melakukan maksiat atas nama cinta,bukan kerana nafsu~

Friday, October 8, 2010

talk menarik~

cinta sahabat yang abadi~
m syakirah sgt marah...
dpt dpt menghadirkan diri ke talk yg menarik
tp alhamdulillah...
satu talk m syakirah boleh hadirkan diri...
EMOTINAL MANAGEMENT IN CAREER...
m syakirah agak geram pada awalnya
talk ini wajib untuk gp halaqah satu
kemudian berterima kasih kerana diri ini dipilih untuk menghadiri talk tersebut
ceramah yang memberi motivasi~
emotional in career??
m syakirah lebih rasa dia byk berckp tentang cinta~
cinta di zaman balajar~
itu psychology atok mat untuk menarik pelajar sebenarnya
esp yang mengungjung itu adalah sister...
cara penyampaian beliau sgt tak direct
mungkin dia mahu remaja lebih kritis berfikir~

"y we have to suffer in order to change??when we noe we have to suffer,y dun we enjoy doing that??kita sgt suka sengsara sebenarnya...kalo kita sengsara(terutama dalam bercinta)...kita biarkan diri kita sengsara...PENGORBANANLAH KATAKAN...tapi kita x buat diri kita jauh dari kesedihan tu..??kenapa???"
m syakirah hanya tersenyum~ itu mmg ada dalam benak diri ini selama 4 tahun...
diri ini tidak punyai jawapan itu untuk org lain~
tapi m syakirah tidak suka keadaan itu...
sengsara bukanlah satu perkara seharian...
m syakirah agak membuat mimik muka pelik apabila penceramah itu bertanya...

"siapa yang demam lepas putus cinta..???"

ada ke yang demam..??aduh!
mungkin itu satu kesedihan...
tapi kenapa perlu bersedih seolah2 itu adalah kegembiraan kita YANG SATU!!!
padahal tanpa cinta (bersama lelaki itu) masih boleh buat kita teruskan kegembiraan hidup..?
tambahan lg..??
hebat sgtkah lelaki itu untuk meratap peninggallannya???
rugikah kita apabila cintanya tiada lg??
sedangkan masih byk lg perlu dikejar~jadi m syakirah agak x suka dengan soalan itu...
jawapan untuk soalan itu adalah x perlu!
kemudian tersenyum apabila setgh jam kemudian penceramah menjawap soalan td melalui topik lain...
"perlu ke korang rase sedih sampai x nak kawen lain bila awek korang jatuh cinta ngan laki lain..??mcm korang x penah hepi selain daripada pompuan tuh...y u have to retain urself to be heppi coz a gurl that didnt seriously in love with u"
m syakirah hanya tersenyum~~
dalam hati diri ini berkata...
ah!bukan mudah nak cari perempuan yg boleh memaafkan dan melupakan...
dan diri ini tersenyum lagi apabila penceramah itu mengatakan hal yang sama dengan lebih panjang lebar~

dan diri ini sangat setuju dengan penceramah...
mengapa semakin kita tua..
semakin kita susah untuk bergembira..??
sedang waktu kanak2..kita senang mahu enjoy dengan apa yang kita ada...
walaupun hanya dengan sebatang pen~
kita mampu bergembira...
tapi mengapa kita susah untuk ketawa dan ceria dengan kehidupan kita..??
kerana tanggungjawap???
padahal itu adalah hidup kita
kenapa kita tidak blajar mahu MENERIMA...??
kenapa kita susah untuk PUAS DENGAN APA YANG KITA ADA...???
susahkah untuk kita bergelak ketawa apabila tua???

bykkan soalan harus dijawap...
jawaplah sendiri...
untuk m syakirah..???
m syakirah punyai jawapannya...
=) =) =) =) =)...
diriku tidak punyai sebab untuk sedih~
melainkan untuk memnghitung beranya dosaku setiap hari~

Thursday, October 7, 2010

lagi 3 hari...exam end block pertama bakal tiba
semua pelajar medic batch 14 sudah mula mengeluarkan sindrom2 yg x dpt ditafsirkan..
walaupun dlm ecg,ct scan mahupun spirometer...
walaupun sudah dilakukan percussion,vocal fremitus dan ausculation..
IKOD sudah menjelma..tapi rasanya utk mengikuti perkembangan tidak...
tiba2 mak buat status yang x dpt diri ini menahan haru~
"baru habes kena pantau...alhamdulillah...akhirnya.."
diri ini tersenyum...
mesti pantauan untuk pangkat JUSA
harap2 mak dpt apa yg terbaik utknya...
komen2 di situ bersama abg ipar...
ayat yg keluar sgt mengharukan..
"td mak beli air milo...air teh,radix,milo semua dah habes..jibah balik lah...mak rindu adik..mak rindu jibah"
ya ALLAH..tabahkanlah hati ini untuk arang seminggu...
diri ini bakal pulang...
sabar ye mak~~
mmg kebiasaan untuk mengumumkan kehabisan stok di rumah adalah diri ini...
yang mengecohkan tmpt shopping adalah jibah~hahahah!!lawak je jibah..minta maaf...
adik nak exam ni~=p...
selalunya ibu hanya menanti milo ais dari diri ini~
kalo buat milo ais..bukan semut yg hurung...
mak tok dengan cucu2 dia yg minum~
diri ini minum awal2 je..
mak tok minum air...
cucu amik ais~huhuhu..
Along dah mula telefon tye kabar adik2...
sms diaberikan
"adik2 along ape khabar"
sengih aje~..bila x dibalas...mulalah telefon..
along akan telefon ngan adik yg paling kecik dulu...
ahaks!!

ahhh!!rindu sgt lah rindu~
manje kan??huhuhuhu...
ini hanyalah perbulan..
jika anda lihat di luar..
mesti anda x dpt bayangkan kemanjaan yg ada...
kadang2 org x dpt melihat diri ini marah~
menganggapkan diri ini akan sentiasa cool~
tapi itu bukan alasan diri ini sentiasa akan cool~
diri ini manusia biasa...
ada masa yang boleh tahan ada masanya tidak..
cuma jenis diri ini tiadak mengeluarkan kata tatkala diri ini marah
huhuh...dan itu bukanlah alasan utk org lain tidak menjaga lidahnya tatkala bersama dengan org yg pandai menjaga marah...
kawal marah dan menjaga hati ada dua benda yg harus dijaga oleh induvidu yg sama~
perempuan marah senang btol nak hilang marah...
tp jangan biarkan marah itui reda sendiri...
pohon la maaf kepada golongan ini~
jika dibiar...
senang btol nak berlaku ledakkan kedua~
jika lelaki marah boleh dibiarkan sendiri..
perempuan marah jgn dibiarkan seorang!!lagi dilayan perasaan~
ehhh!!dah melalut pulak~=p

semoga diri ini dpt melakukan yang terbaik untuk exam kali ini dan seterusnya
menjadi doktor yang baik
dpt membuat pilihan yang baik....
aminn~~~

Saturday, September 25, 2010

raya...love...n frenship~

setelah melayan kawan2 berjjogging di taman rekreasi berdekatan dengan uia
diri ini sepatutnya mempunyai mood untuk study..
tapi nampaknya..
perkara berfaedah lain harus dilakukan..
berblogging~
byk perkara yang m syakirah mahu ceritakan...
tapi semakin la mana..semakin byk topik yang kumpul
sampai tidak tahu mana satu harus dimulakan~

raya-
alhamdulillah...raya sudah berakhir
ada duit lebih utk diri ini beli untuk memenuhi kekurangan di bilik~
rak buku!!
m syakirah mencari rak yang boleh dipakai untuk 5 tahun..
alhamdulillah m syakirah dpt rak yang murah tapi sgt besar~
ramai org terkejut dengan kebesaran rak tersebut tapi...
terkejut sebab rak tu muat dalam bilik yg kecik~alhamdulillah!!
cukup rak buku untuk 5 tahun!*semua boleh bayangkan betapa besarnya rak tu*
diri ini terasa kasih sayang rumet dan kawan yang x study malam tu sebab tolong pasangkan rak tu
terima kasih pada mas,maryam dan abby~
open house merata2 pada minggu ini~
diri ini dpt jemputan ke rumah sepupu~
dan sepupu memberikan makanan yang sangat byk~

yg paling kelakar ada rakan nursing yg panik tertinggal bas~
jadi diri ini bantu menghantarkan ke rumah dekan mereka utk open house
malam tu pula menjemput kawan2 ke bilik utk makanan yang byk tu~
bajet makanan tersebut kira utk 4 buah bilik...
namun diri ini terkejut bila makanan itu masih boleh diagihkan kepada lagi 4 bilik...!!
rezeki kawan2 nampaknya..=)...keberkatan
sampai kak engku yg dtg beraya pun masih x dpt habiskan *kak engku bace mesti senyum*
begitu lah..open house dan open roon utk semalam

cinta dan persahabatan~

diri ini tersenyum tatkala membaca blog saudara bunyamin
cinta dan perasaan~
semakin berceloteh sahabat2 diri ini berkata tentang cinta dan perkahwinan
perkara biasa sebenarnya~=)..persediaan juga
diri ini stuju dengan kata2nya~
'manusia memang suka bagi alasan dan tipu diri sendiri. manusia juga terlalu senang serahkan hati kpd makhluk '(bunyamin khair mahmood,2010)

'contoh nya la kan, manusia ni kan ada intrinsic need utk buang air. cuba bayangkan klu tiba2 kita dah tak boleh buang air...haa..kan payah tu. sama lah macam cinta. cinta itu ibarat buang air. sekian dimaklumkan.'
agak kelakar la disamakan buang air dengan cinta kan?huhu~taopi kebenaran masih ada

benar,...
manusia yang tidak bercinta,perasaan curiousnya terhadap cinta sangatlah tinggi~
sehingga mereja terlupa..mereka bercinta kerana ALLAH
bukan kerana kekosongan~
apabila sudah mendpt cinta,jiwa sudah penuh
hasrat sudah tercapai...busan kian menular
neurotrancmitter cinta merembes untuk bind ke receptor perasaan
namun apabila ada syndrome break down~
neurotransmitter mulai berhenti merembes...
perasaan mulai kosong~
mulalai mencari ganti yang byk supaya neurostansmitter boleh merembes
addiction berlaku!!!~~begitulah pathophysiology cinta yang matlamatnya kecil~

ALLAH sudah meberikan amanah pada kita dengan perkahwinan
utk meluaskan zuriat
sebagai ganjaran ALLAH menjadikan perkahwinan itu satu benda yang indah~
melalui CINTA~
kerana itu terjadinya cinta tanpa komitmen iaitu kapel~kerana ada yang mahukan cinta namun tidak tanggungjawapnya
kerana tidak bersedia??jadi mengapa mahu bercinta??
sama macam punyai kereta...
byk perkara harus difikir,jaganya,minyaknya dan bermaacam lg..byk tanggungjawap
tapi masih punyai kereta ada satu perkara yang menyenangkan!~
waktu sekrang wajah,rupa,gaya menjadi satu tarikan pada muda mudi~
hensemnya dia,comelnya dia,
namun satu hari nanti~isu tersebut sudah tidak dipertikaikan namun hati budi pula menjadi soal
baikkah dia?mampukah di utk memahami aku?mampukan dia utk membantu aku dlm urusan?bolehkah dia mengingatkan aku tentang syurga dan neraka?
kerana semakin tua,semakin kita mengingatkan mati..bukan keseronokan~
dan sepatutnya dari skrg kita harus mengingati mati~

jika kita menyayangi seseorang,...
kita takut untuk membiarkan dirnya melakukan dosa kerana kita
kita takut untuk membiarkan diri kita terus dlm ikatan bayang2
kita tidak akan membiarkan dirinya setiasa bergantung kepada kita
kerana memikirkan bagaimana hidupnya tanpa kita jika maut menjelma tanpa khabar berita~
kita tidak akan menjadikan dirinya dan keluarga kita sbg alasan utk perkara yang negatif kita lakukan~
kerana cinta itu terlampau suci utk dikotori~

diri ini sedar,ramai yang sudah terlajak bercinta~
kemudian putus~
namun mencari ganti bukanlah solusi yang baik~
bak kata mr bunyamin ALLAH jadikan kita berpasangan
namun bukan untuk 58-59 kali~
cinta terlampau suci untuk itu~
cinta ibarat ubat~apabila dose menjadi byk~bila2 masa boleh jadi dadah~addiction~
namun masih boleh dirawat~=)

mahu mencari pasangan?carilah!=)
tiada siapa menghalang
ada ibu bapa yang tidak mahu mencarikan calon~
jadi carilah sediri..
kapel??kapel lah tapi bukan dengan mengusung awek ke sana kemari~
nak dating?boleh..gi lah umah bakal mak mentua..
pakwe/awek x de pun x pe..mak ayah diorang mesti tau perangai anak diorang camne kan?=)
kat situ pun kita masih boleh mengenali pasangan kita

anda tidak mahu tanggungjawap perkahwinan...
tapi tak rase tanggungjawap ke bila kapel?apa beza kapel ngan kawen??hurmm~~

diri ini dalam hal cinta biasa sahaja...
hati sgt kosong~betul2 kosong...namun tidak rasa sunyi~
kerana cinta tuhan masih ada~dan akan sentiasa ada~
akan datang seseorang bakal hadir untuk menyayangi
diriini akan menyayangi dirinya juga~wallahualam~

dalam persahabatan~
kadang kita terfikir
bila sahabat menegur kita akan berkata "hmmphh~dia ckp tuh dia bukannye buat"
diri ini terfikir..bilakah adanya seorang yang sempurna untuk menegur?sedangkan rasulullah mewajibkan utk setiap org berdakwah?
*hasil perbincang tatkala habes berjogging*

Saturday, September 18, 2010

raya dan kerja~

bismillah...
kali ini post mungkin pendek
16 sept 2010...
sehari selepas hari lahir angah~
dan hari arwah tok meninggal~16 sept 1995
mak dan rindu bebenor ngan tok kembar...
jadi kami pegilah melawat...
tok kembar sgt bersemangat bercerita~
walaupun sakit~
well,ada adalam darah daging agaknya..=)sembang2 dengan tok kembar~
ingtn tok kembar sgt tip top lah!!~~
leh amik medik nieh..hehe
then abah terus pulang..
anak lelakinya sudah sampai ke kuantan!^_^
angah dah sampai!!2 anak sedara dah menanti~
tapi diri ini pohon izin utk ke uia utk ambil baju2~
dan membawa kek indulgence(kegemaran diri ini) utk menyambut hari lahir angah~
jalan2 ngan kakti n angah di ecm~*blur~*
kemudian kami bersiap2 untuk berbeku~
mak bukan main seronok...ye la..jumpe semua adik2...
bukan senang~
masing2 sudah ada cucu2 sendiri~

esoknya semua pualng ke terengganu..
tinggalah diri ini di sini~
masing risaw meninggalkan m syakirah..
anak bongsu agaknya~
risaw itu ada tapi percaya tetap ada..biasalah!^_^
meluangkan masa dengan kak fara~
tolong project NUSS utk convest~*tolong lah sgt..merapu*
beraya rumah kak fara~berkenalan2
kemudian kenduri kesyukuran sempena abrar mahu ke mesir~
tahniah abrar..semoga jadi imam muda termuda..=p
menolong menyusun atur semula selepas kenduri
mencuci pinggan~mengemas~*jibah terkejut..??=P it happened when we feels that we r the eldest!the respinsibilties was there!!=p*
kemudian dah x ingt pape dah~
seharian keluar~dari memerah otak sampailah mengerah tenaga badan~
penat tapi senyuman masih melebar
jumpa keluarga mmg seronok~

kini m syakirah sudah ada di uia~
semua kawan2 pun sudah ada~
perlu kembali untuk serius semula~
tanggungjawap menanti dalam 5 tahun akan datang~
meluangkan masa dengan maryam sakinah ~
tiba

"eh!shake ni cerita nampak sgt shake sayang ayah shake lebih"
"eh..?ye ke?huhuh~rapat tuh mungkin ngan abah~tp sayang dua2~"
"ohooo..nampaklah sgt~"
"huhuh..bukan senang nak dpt org yang dpt faham kita~n abah adalah org yg paham shake the most~mane shake x sayang~shake sayang org yang faham shake~mak pun paham shake gak~jibah~shake kalo sayang shake sayang sungguh lah~"senyum dah melebar~
diam~masing2 malayan diri masing~

saya sayang org yg faham saya~

gambar candid~
angah baru sampai..n hepi bday~^_^
hot day~
hppy beday angah...kakak tolong potongkan yek?

mak ngan kembar arwah tok (tok kembar)
persamaan dan perbezaan~

senyuman~=)..maksu n tokki chu

mak yang busan tgu makanan~