kadang semua org mempunyai cara sendiri utk rasa bahagia...terima sahaja apa yang diterima...
kadang rasa bahagia setiap org berbeda ngan org yang lain..
jadi terima sahaja la apa yg org berikan pada kita...
hargailah apa yg ada di depan kita...
kerana kebahagiaan kita menjadi keutamaan mereka
kerana sangkaan mereka kita bahagia sebegitu
sedangkan kita x impikan intan,tp hanya sekadar batu...
kadang2 rasa nak menjerit meronta...
kadang2 rasa seperti hendak menangis semahu-mahunya...
tapi perlu dibatasi semua itu...
kerana hati ini perlu dijaga untukNYA...
kata2 mengadu diubah dengan gurauan..
cebikkan sedih diubah dengan senyuman,
air mata mengalir hanya mengikut kadar...
supaya dpt didekatkan kepada YANG PALING LAYAK UTK DIDEKATKAN
semua dilakukan bukan mahu lari pada masalah...
bukan mau lari pada kenyataan...
itu sudah jauh pada hakikat kehidupan....
cuma ingin menghayati setelah...
kemanisan madu selepas disengat lebah...
begitulah keindahan ciptaan Kekasihku ALLAH...
dalam kerja yg bersahaja...
jgn mengharapkan apa2..
walaupun diri seorang yg berkata apa sahaja...
namun ada kata2 yg tersekat untuk dibicara...
bukan tidak mahu dikongsi bersama...
tp anda harus menerima
SAYA SEORANG YANG MEMENDAM RASA...
kumampu pendamkan api menjadi bara...
sehinggakan orang sekeliling tak dpt merasa bahangnya...
tp hati2 org di mana2...
tuangkan minyak biar berpada2...
diubah kata tersurat menjadi tersirat...
walaupun mengetahui kurang penerimaan...
cukuplah sekadar aku sudah meluahkan kata...
daripada mengurung segala yg dirasa...
kadang2 cuba menyendiri...
bukan untuk mengenang nasib diri...
tp menenangkan diri...
ramai insan yang mengasihi diri ini!!!!=)
aku akan ubahkan kesedihan menjadi bahagia...
itu semngt kurniaan yg esa..
tidak akan kerana nila setitik...
yang merosakkan susu sebelanga...
susu x akan aku buang...
akanku guna utk kain yang putih...
menjadi biru nila yang lembut kerana susu...
kepada insan bernama sahabat...
terima kasih hamba ucapkan...
kukatakan ini dgn penuh semngt...SETIAP KESEDIHAN ADA KEINDAHAN!!!!
hehehehehehe...indah betul hidup ni...
Friday, June 5, 2009
TeRiMa ApA Yg Ada....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
salam, ouh wah bagus ya, bahasa kamu..jurusan apa ya? Kamu sihat? Saya baik baik sahaja..
fhii...
terima kasih...
saya jurusan kedoktoran di sini...saya baik2 saja...
berpada-pada, itu qana'ah
supaya rasa taksub hilang
berserah lepas usaha, itu tawakal
supaya hati bebas dari kerisauan
terima seadanya, itu redha
supaya diri ini ingat dia hamba
dan takdir di tanganNYA
mud...
tn hamba sgt pandai bermain dengan kata2...tp kata2 tuan hamba mmg benar!huhuh
Post a Comment