Sunday, May 30, 2010

Hari Bapa??Hari Ibu?

Adli: mak su tgk apa tuh maksu?

Maksu: tgk cita Hindustan ar~

Adli: huih!!seksinya!!depa x sejuk ka maksu?nanti badan terbakaq kena matahari nangeh pulak

Tersenyum di kala mendengar celoteh anak-anak saudara sendiri.Kita sendiri sebenarnya dilahirkan dengan fitrah yang mereka sekrang ada.tapi mengapa perlu berubah sekarang?Bila difikirkan dialog di atas.ya.mengapa manusia mahu cantik walaupun itu boleh memudaratkan diri sendiri?biar sakit asalkan cantik?

Loqman berusia 2 tahun setengah

Maksu: loqman!ni x boleh buat ni..rosak la

Loqman: haa..??(muka comel)

Maksu: haha!hadoih~x boleh buat ni..haa..tgk dah rosak dah kereta control ni

Mak tok: haa!awat ni?ruchak dah (maktok cuba ikut pelat loqman)

Loqman: dakkk!!cat cat!ti bek ni.baq cat na.su ngah ngok ni.( dakkk!!sat sat!nanti baik la ni.sabaq sat na.maksu ngah tgk ni)

Loqman duduk dengan gaya sila rasulullah tatkala makan.macam budak besar budak ni

Loqman: tok!!tolong mik cu cat!(maktok!!tolong amik susu sat!)

Ahh!!memang tak tahan tgk keletah anak2 kecil…ngan bahasa yang kurang difahami..tapi ibu bapa mampu untuk faham.tapi mengapa sekarang anak2 menggunakan bahasa yang sama dengan kita,namun kita ssah untuk memahami atau menerima satu patah perkataannya?apa yang silap?wah!M syakirah berckp seolah2 sudah punyai anak 10..=)..tidak..ini daripada hasil pembaca munirah syakirah ya

Ada yang tidak mahu membebankan anak2 mereka dengan tanggungjawap besar.membantu kerja2 di rumah atau membiarkan anak menonton filem2 yang hanya menghiburkan tapi tidak berfaedah.sekarang agak susah untuk mencari ibu bapa yang inginkan anak-anak merkamatang lebih awal.mereka mahu namun tiada usaha ke arah itu.

Ada tarbiyyah anak2 sehingga anak takut untuk mengeluarkan suara hatinya sendiri.Terlampau sayang sehinggakan hendak memegang takdir anak2 sendiri tanpa menghirauan kemampuan anaknya. Anak bukan sahaja penyeri hidup tapi jugak tatkala mati.Susah mahu menerima keputusan anak sendiri mahupun siapa atau bilakah jodoh anak sendiri.Walhal itu adalah takdir (mubram=sudah ditetapkan,tidak boleh diubah) oleh ALLAH.Menggunakan istilah Anak derhaka jika anak melawan dan sebagainya.

Terlampau sibuk dengan dunia pekerjaan sehinggakan untuk menarik perhatian anak2 adalah rancangan2 di televisyen, video games di computer, dan rakaman2 filem yang menghiburkan tapi melalaikan.Kemudian kita akan salahkan mereka,tgk televisyen sgt,gila game sgt, dan terikut2 dengan artis sgt,cube buat benda yang berfaedah sikit.alahai!bukankah ini yang ditarbiyyah dari kecil? Jgn kelirukan anak2.Ajar anak2 perkara yang benar.Mereka hanya kan mengikut jejak kita,jadi kita perlu untuk mengatakan pada mereka.kadang kita juga silap.

Rasulullah tidak pernah menidakan hak kanak2 di dalam apa2 perbincangan orang dewasa.malah dialu2kan penyertaan mereka supaya dapat berfikir bersama.Ini Proses tarbiyyah anak2 untuk menjadi matang.Penglibatan dalam perbincangan keluarga.
Ini yang M Syakirah dapat lihat sebenarnya.Diri ini tidak punyai pengalaman dlm mendidik anak2.namun diharapkan diri ini dpt mendidik ulamak (anak2) sendiri.Amin ya ALLAH…

“anak2 bukan tempat untuk kita beri arahan je adik…anak2 ini saham…time kecik kita pukui dia buat salah..kita marah dia bila dia wat silap…supaya dia tau mana yg btol mana yang salah…bila dah remaja susah untuk depa akui kesilapan walaupun depa tau benda tu salah…time tuh kita ajaq dia untuk betulkan kesilapan sendiri…dan saat bila anak2 dah dewasa…kita dah x boleh nak halang depa wat apa2…depa dah boleh buat keputusan sendiri dan betulkan kesilapan..apa yg kita ibu bapa boleh buat…tgk dari jauh…bangunkan ampa bila ampa jatuh,tolong ampa apa yang termampu..tapi bukan ubah keputusan ampa..sebab ampa dah blajar…kami x berkuasa untuk tentukan masa depan ampa…tapi kami berhak untuk mengatakan apa yang terbaik dan terserah ampa mahu ikut atau tidak…kami pikul amanah kami untuk besarkan ampa untuk menjadi khalifah yang baik..mentadbir dan beribdat dengan baik..harap kami buat kerja dengan baik…beri tunjuk ajar,nasihat, dan pantauan…yang lain kami serahkan pada ALLAH” abah….

Bilakah Hari bapa??Bila Hari Ibu??Tiap2 hari!!!!!! Allahu Akbar!!

No comments: