Friday, August 20, 2010

tiba2...

tiba2 mahu bermanja dengan blog...
tatkala sedang menadah lagu2 indah dari dr zamzila dan dr imad..=)
sebenarnya m syakirah mahu berkongsi banyak cerita dengan rakan2..
tapi tidak tahu mana yg mahu dimula...
diri ini sedang mencuba membuat dua kerja pada satu masa yang sama...
m syakirah agak 'jakun' dengan suasana musim tengkujuh...
bukan x pernah merasa..
cuma sebelum ini diri ini jika singgah ke kuantan pada musim tengkujuh hanyalah selama seminggu paling lama..
tapi kali ini diri ini akan berada di sini selama 5 tahun...

"ohhh..i love my life!!"
"u r lucky to be blessed~"maryam sakinah...

diri ini hanya tersenyum...
ya..diri ini sangat bersyukur atas hidup ini...
alhamdulillah~
teringat suara usik2 dlm kereta.
gara melepaskan tension dek kesesakan lalu lintas di kawasan bazar ramadan...
"kau sgt appreciatte diri kau kan shake?"yani...
jika bukan kita..siapa lagi..???
kadang diri ini terfikir...
masalah mmg sentiasa bersama kita...
mental yang kuat sangat diperlukan
untuk menjadi lebih tabah...
MENTAL YANG KUAT sekali lagi saya ulang~
untuka da mental yang bukan bukannya boleh ke Gym...
bukan dengan jogging keliling KOM...
Mental perlu diubah setting terlebih dahulu...
perbetulkan konsep yang telah ada...
menjadi lebih tepat...
di situ hati memainkan peranan untuk mengubah mind setting yang ada...
susah untuk mendapat MENTAL YANG KUAT...
namun usaha perlu ada..

sedikit perkongsi dari usrahyang lepas...
tajuknya..???
Cinta...
ohhh cinta!!~~topik menarik...
tapi susah untuk dihuraikan...
berbelit setiap ahli usrah menerangkan erti cinta bagi mereka...
tapi dari perbincangan...
konklusinya...
cinta itu nature...
satu perasaan (secara tidak sedar) yang muncul..yang membuatkan kita rasa tenang dan malu...
tenang= gembira= bahagia...
ketenangan akan membawa diri kita kepada tuhan yang satu...
cinta itu cinta yang suci~
cinta yang membawa kita kepada cinta yang hakiki~
kita sering rasa takut apabila membaca ayat2 tentang azab2 dlm al quran...
tapi kita tahu itu adalah ayat2 cinta ALLAH pada kita...
ayat itu unutk memperingati..bukan untuk menakutkan~
sama seperti ibu bapa..yang memarahi anak...bukankah itu sayang?
kita x kesah pun kan??
jadi jgnlah suami marah kita tarik muka masam...(setakat nak bermanja x salah rasanya..=))
perlu ada keyakinan (believe) dan kepercayaan (trust)..apa bezanya?
fikir2kan ya?

diri ini terfikir dengan sunia yang ada di sekeliling m syakirah...
dunia medik...
meletihkan kan???
walaupun kelas awal..
namun kebykkan proses pembelajaran adalah Self-study...
namun...diri ini tertanya...
adakah penat itu menjadi alasan utk kita tidak memenuhi hak2 lain?
berukhuwah bersama senior...
tarawih di bulan 'valentine' islam..
bolehkah penat menjadi alasan untuk memanjakan diri..??
"diriku mahu menjadi dr untuk membantu golongan yang memerlukan"
"hello~~dr...ini ada pesakit collapse"
"alaahhhh!~~penatlah (bzz lahh..n etc)."
bolehkah??
*isu ini bukan ada kaitan dengan mana2 batch...jadi rakan2 jgn tersalah anggap..ini hanya general semata2*

apabila maaf selalu diberikan...
jalan penyelesaian selalu diberikan
kesalahan selalu dilupakan...
namun dibalas dengan penipuan...
kemudan maaf diberi lagi
sekali lagi penipuan berlaku...
kesabaran di tahan~
api dihati cuba dipadam...
namun penipu berleluasa sehinggakan api menjadi sekam...
boleh disimpan namun boleh terbakar jika dicucuh di tempat yang sama...
namun pabila maaf mahu dipinta lagi...
mahu jalan penyelesaian
di saat itu hati akan berkata
"CUKUPLAH MAAFMU UNTUK ITU...AKAN AKU MEMAAFKAN MU UNTUK YANG LAIN..TAPI KEMAAFAN YANG INI HANYA MASA BOLEH MENENTUKAN..pintu penyelesaian sudah tiada untuk itu"


p/s:jgn lakukan kesalahan yang sama~namun kita manusia..pohonlah maaf~

No comments: