Wednesday, January 5, 2011

ceritera si syakirah...

diriku mengambil nota terakhir hasil pembentangan rakan2 kumpulan 'problem based learning'(PBL)ku...
dihabiskan nota terakhir untuk kes yang ketiga~
berhenti sejenak~melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 6.30 petang..
hujan masih belum menunjukkan tanda berhenti..walhal diriku menjangkakan hujan akan berhenti pada pukul 4.30 daripada kelajuan angin dan ketebalan awan...
tersenyum sendiri memikirkan betapa ramalam manusia hanya tinggal ramalan...
melihat kepingan nota2 hasil nukilan rakan2 pbl..
teringat gelak ketawa kami siang tadi yang membincangkan 4 kes 'pesakit'2 kami untuk dijawap dalam peperiksaan akhir nanti...

"Borderline Personality DIsorder is not about siapakah aku..tapi Siapakah aku dihatimu"terkesima kami mendengar penjelasan dari julia~

tak sangka dirinya boleh bermadah...tersenyum diriku memikirkan
bakal diingati syakirah...
agak2 apakah kes yang bakal keluar di PBQ nanti?
tentang personality disorderkah?spleenic rupture kah?Systemic Lupus Erythematosus kah?atau Acquired Immunodeficiency Syndrome?

tersenyum dan terasa sayang pada group PBL 11...
betapa kami sangat bekerjasama..usik mengusik memang menjadi kebiasaan...
kumpulan yang bakal bertahan insyaALLAH selama 2 tahun...
apabila datang tentang kumpulan PBL bukan hanya diskusi semata2..
namun kerjasama dalam membuat kerja..
dan bagaimana pembawaan perbincangan tersebut...

PBL punyai 2 sesi...
sati sesi perbincangan untuk mengenal pasti penyakit melalui simptom2 yg diberikan oleh doktor...
sesi keduanya adalah pembentangan selanjutnya tentang penyakit yg telah diberikan...
dlm pembentangan inilah kerjasama diperlukan~

nota PBL ditutup~mata menjeling ke tingkap...
hujan masih turun~maknanya tiada latihan bola jaring hari ini~
tersenyum mengenangkan kak nady semalam yang membatalkan latihan dek kerana takut kami mahu ulang kaji~
sekurang2 latihan memberikan kami alasan untuk melihat dunia dari terperuk di dalam bilik dan hanya keluar semata2 untuk mengambil makanan di cafetaria
teringat semalam berjogging bersama eda dan gya...eda dan gyasudah x dapat dikenalpasti setelah dirku khusyuk berlari...
tiba2 diriku disapa..

"ehh..mcm biase kenal...ade kakak x?"
rupanya2 anak prof nasa,haidar
"ade...ade ayah x??"
"ehh..ayah semua org ade"diriku tersenyum mendengar jawapannya
diriku berlari dibelakangnya..tidak mahu memotong..tidak beberapa selesa berlari dihadapan lelaki
"ehh..kau nak potong kau potonglah"
"emm..x pe2..silakan"
"kau nampak x ape dlm tasik tuh"
"eh!!biawak!!!"
"ehhh!!bukan!kelkatu tuh"ya ALLAH sempat lagi mengarut mamat ni~
"ye x ye jugak kan??musim hujan kan sekarang"
dcuba untuk selesakan diri daripada rasa janggal..bukan penah sembang pun kami...
"hahahah!tau x pe..jibah mane?"
diriku berfikir.dia nak sembang2 ke?ramah jugak..takkan semua tempat nak nampak aku ngan jibah sekali kot..oh,naseb baik dia kat depan~
"dia duk bilik kot..keta dia kat mahallah td nampak"
"ohh..lame x nampak dia"
"ohh..jangan rindu bini org..."muke penuh seyes n slumber je ckp walaupun niat nak berlawak~syakirah!!!ape kes!bukan kenal sngt pun dia ni
"hahahahahah!!adoiii!!betul2..ehh.silap2..betui2~(ckp kedah lah pulak)..aku x rindu bini org..aku rindu laki org..sumi ape kabar??"
"ohh~sehatt!!sentiasa sehat"
"ehh!!kau nak racing ngan aku ke ni??kau dah bape round??"
"eh..x de lah..2 round dah"
diriku berhenti dan membiarkan dia berlalu~

tersentak daripada lamunan..teringat jibah
sms diberikan kepada jibah
"jibah...jibah nak beli makanan x?"
sms tidak disahut...mungkin sibuk di HTAA

diriku memandang gambar2 sewaktu pulang di cuti krismas dahulu...
di kenduri sepupu~
siapa sangka dari kawan menjadi keluarga...
bekas rakan sekelas sahabat kakak menjadi isteri kepada sepupu sendiri...
kecil betul dunia~
melihat gambar anak2 sedara yang comel2~rindu menerpa...
terpacak mata merenung gambar abah bersama pak su~
huhu~serupanya!!...betapa abah sangat sayang abang2nya...
walaupun tidak ditunjuk~ namun terserlah...
itulah lelaki...berbeza dengan cara wanita memberi kasih sayang...
lelaki mahukan kepercayaan...wanita perlukan perhatian...huhu~
jadi memahami org yg berlainan jantina tidak serupa seperti memahami diri sendiri...






tiba telefon bimbit berbunyi,sms masuk
"xlah..akak oncol sayang..huhu...dah nak exam..eleh,malas beli makananlah tu"

diriku tersenyum lagi...
sungguh betuah mempunyai org yg memahami di sekeliling kita bukan?
betapa diriku sangat menghargai kewujudan mereka dalam hidup...
terutama ahli keluarga...
rakan2 juga~yg perempuan sudah tentu mengenali diriku ini...
keadaan keluarga yang begini buat diriku mahu menjadi pendengar yg terbaik untuk rakan2...
apabila masalah muncul dan cuba memberi motivasi yang baik~
memberikan mimik muka yang bakal buat rakan2 ketawa...
seperti mak...
memahami keadaan kawan seperti abah...

diriku berfikir semula tentang makanan~
tiba bayang muncul
"sayang..i'm going to ECM or TC anything u want just sms me ok?"
"perfect timing lah sayang...can u buy some food for me??"
"sure!"
"yeayy!ok wait..i'll go get my purse"
"no!!!no need!u owed u some money remmber??i'll pay..ok?"
"ohh!alhamdulillah..ok..^_^"

tersenyum memikir semula~semalam pun secara tiba2 dpt wang dari julia...
katanya dirinya pernah berhutang dahulu...
nasi pada tengah hari td...bersama rakan pbl
"kak ana..^_^"
"hai nirahh"
"kak ani!!macam biase ye..??huhuhuh"
"iya dik..mcm biasa.."kak ani dengan slanga jawanya yg pekat
kawan2 pbl sudah pelik apakah yang ;macam biasa' tu?
rupanya air kegemaran diriku...TEH AIS...!
"bape kak ana??"
nasi putih dengan ayam goreng,kuah gulai dan sotong kecik 5
"ok..yang ni dengan MACAM BIASE tuh...rm 3.70"
diriku terkejut...
melihat kak ana yang muka serius mengira...
semalam nasi putih dengan ayam goreng dan lempung masak pedas yg bersama AIR MACAM BIASE hanya rm 4.50
dirinye senyum semula..
rezeki tuhan~...alhamdulillah...

kadang diriku memikirkan...
rezeki tuhan berada di mana2...
antara kita sedar atauipun tidak...
kadang2 kita tidak dpt sesuatu...
tapi kita x sedar kita dapat sesuatu yang lain~
susah mahu menjadi manusia yg selalu beringat~

sms masuk...
"shake..eda jadi main..kak nady kate main 2-3 hari je..hehe..main lah shake...mainlahhhhhh"

diriku ketawa...istikarah terjawap...
interkuliyyah menjadi pilihan

No comments: