Saturday, July 31, 2010

ikatan~

minggu ini minggu yang penat bagi m syakirah..
tapi masih m syakirah tidak penat seperti dahulu~
mungkin dah biasa?
^_^
kutipan wang~
semakin lama keperluan wang semakin meruncing
nota berlungguk2 mahu difotostat~
tapi apakan daya...
diriku hanyalah bendahari~
yg terpaksa meminta wang untuk kebaikan rakan2 juga~
bersabarlah kawan2 ku~
harap2 sistem insurans yang diketengah dapat diselenggarakan dengan segera oleh welfare..
sistem pinjaman boleh diadakan...

pertandingan basket MSC bakal diadakan hari isnin ini~
dipelawa oleh aina untuk bermain bersama..
redah je lah~
namun satu perkara yg m syakirah sedar tatkala bermain~
m syakirah tidak akan mengantuk pada malamnya~
dan menceriakan hidup m syakirah~

"shake!!asal aku tgk kau main kau sgt ceria~"najwa izzati~

diri ini makin seronok~
tapi mungkin diri ini akan cuba dari basket kepada netball kemudian kepada volley dan kepada tenis pula~
cuba semua benda!selagi masa masih muda~
tapi jgn lupa tanggungjawap yg ada~
kesian juga pada gya yg mahu mencari ahli untuk bermain~
faham perasaan menjadi headcomm snr~^_^
sebenarnya diri ini berbelah bagi~
diri ini mahu bersama snr...tapid iri ini suka mengambil gambar
tapi tanggungjawap diri ini sekrang menjaga wang!
jadi~ketepikan semua itu..
tumpulah pada wang~=p...blajar perkara baru bukan satu benda yang menegangkan~

pg ini usrah di teluk chempedak~
asalnya tidak mahu memandu~
namun atas masalah kereta
diri ini memandu viva putih kepunyaan jibah ke TC
abah dan mak dah terkejut~
dlm fikiran mereka diriku masih kanak2..^_^
biasalah tuh~
tajuk usrahnya ialah ikatan~
simbolik kepada akidah~
tiba2 kak jihah memberi satu soalan cepucemas~
"kita selalu berfikir bagaimana mahu kukuhkan ibadah,akhlak..tapi bagaimana mahu kukuh akidah?"
semua tersenyap~
diri ini hanya diam~ melihat semuanya berfikir...
tapi masih tidak punyai jawapan~
kak jihah melihat seroang demi seorang~
tiba2 diri melihat sekumpulan lelaki bermain bola
dan tiba2 gambaran court basket ball terpampang dimata~
diri ini menjawap soalan kak jihah...

"akidah bukan seperti ibadah dan akhlak yg objektif untuk ditentukan...tapi akidah datang daripada hati~dan hati tu datang atas kehendak kita..kadang bila kita shoot bila basketball~teknik kita sudah tepat..namun bola masih belum termasuk dlm jaring..kita tanya mengapa?walhal teknik sudah tepat!namun ada yg tekniknya salah..namun bola mampu masuk dlm jaring..itu atas dasar kehendak~ALLAH boleh pilih..tp kita juga kena berusaha~apa2 pun atas dasar pemikiran kita dan jati kita yang perlu bersih dan berkata ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA KITA~posotif thinking"

kak jihah senyum dan mengangguk...
dan menyampai 1 hadis khudsi "AKU adalah sangkaan hamba2KU"
bermakna Allah ada apa yg kita fikir~
kadang kita beribadah dengan byk..tp untuk apa?
semata2 tanggungjawap..ataupun kita mahu kasih dan belaianNYA?
kita hanya dpt apa yg kita pinta
jadi kuatkanlah hati~sentiasa yakin ALLAH bersama kita~^_^
positif thinking akan hadir dengan senang~
tak sabar menanti usrah seterusnya!^_^

maaf~diri sgt sebuk untuk upload gambar2 semua~jika sempat nanti~
insya-ALLAH...^_^

Saturday, July 24, 2010

^_^




tamat lagi seminggu berada di bumi kuantan~
alhamdulillah~
semakin lama semakin sibuk m syakirah di sini
bukan dengan study sahaja..
bahkan dengan aktiviti2 luar yang m syakirah suka lakukan...
tapi m syakirah tidak mahu benda yang menjadi kesayangan m syakirah ini
yakni medik
menjadi penghalang m syakirah lakukan apa yang selalu dilakukan~~
blogging,photography,dan aktiviti...
insya-ALLAH
oh!x sangka jibah bace blog ni~=p...
ingtkan x bace..=p

pada hari isnin lepas..
m syakirah,nabilah dan amalina zaharani merapatkan ukhuwah dengan
kakak2 tahun kedua dan keempat~
di restoran ana ikan bakar petai
tanjung lumpur
tempat itu boleh dikatakan sgt terkenal di kuantan
m syakirah juga mahu mempromosi restoran santai yg x jauh dari situ...
dua2 tmpt ini menjadi kegemaran m syakirah di sini...
tapi duit kena sedia lebih..=p

kerja PBL dan kumpulan sudah diumumkan
bakal sibuklah kami minggu depan...
jadual depan mmg sgtlah padat~
harap m syakirah dapat tempuhi~
mmg kena tumpukan 100% dalam kelas~

medcy reunion juga telah diadakan~
makan besar betul m syakirah...
bertemu dengan kakak2 dan abg2 yang dahulunya seperjuangan~
maaf kepada kakak fara yang mengajak keluar..
tapi m syakirah mmg berterus terang tidak mahu
x perlu alasan tambahan~
bukan atas sebab segan atau takut
namun kurang berminat untuk keluar waktu itu...maaf..^_^

meeting batch sudah dibuat..
perbagai aktiviti telah diutarakan
m syakirah kena uruskan duit dengan lebih cermat..
bendaharilag katakan..=p
pertama kali pegang post ini walaupun agak biasa dengan akaun~
setelah bersepakat...
14th zenith menjadi nama pilih...
macam ZOK cfs pulak..=p
yang penting bagaimana ahlinya membawa nama ini...^_^
aktiviti pun sudah tersenarai~
agak lain bila x sertai biro snr...
namun, tanggungjawap itulah tanggungjawap~
kita yg tentukan seronok atau tidak bekerja dengan jawatan kita ini~
amanah ALLAH kita cuba lakukan dengan baik~
semua mengusik mengenai isu buddy network...
nasib baik presiden back up!
kakak dan buddy r 2 diff things~
jibah n me mmg sgt rapat~
but i wont say such things to other ppl~^_^
bajet hebat kata orang zaman skrg

usrah kak hans sgt menarik~permulaan yg terbaik~
analogi garam dan air~
3 persoalan dalam hidup
sharing moment bersama julia..=p
bertambah menarik bila ada buah pulasan,rambutan di depan mata~
tambah2 lg menarik~DURIAN!!!
kembang hidung m sykirah tahan bau~
percubaan beribu kali untuk makan durian...
bolehlah sikit2!!~~sayur pun sudah boleh dimakan~
m syakirah jika mahu melakukan sesuatu~
diri ini akan cuba sedaya upaya untuk lakukan~
julia ada memohon topik menarik untuk usrah depan..=p
apakah ia?RAHSIA~
bagaimana halaqah UIA ya?

satu perkara m syakirah perasan bila di kuantan~
semua pakat memandang baju,kasut,payung,beg m syakirah...
jika semua berfikiran m syakirah bergaya..
tidak...diri ini hanya mahu menjadi kemas dan selesa sahaja~
untuk perhatian itu jauh sama sekali~

semua melihat m syakirah punyai respon yg melebih2...
huhuhu...m syakirah perasan~
tapi m syakirah rasa itu yg membuatkan ramai kawan2 m syakirah suka bercerita pada diri ini~
dengan suka melayan dan fokus tatkala mereka bercerita~^_^
aduh~julia~i'm waiting for ur next stories k..=p...bilik ni menunggu julia datang~
m syakirah bukan jenis stick pada satu kumpulan untuk berkawan~
m syakirah masuk dengan semua org~
bergantung bagaimana org mahu dirinya dilayan~
bercampur dengan mana sahaja sister berjumpa~
x pernah rasa keseorangan
rase sentiasa berteman walaupun tatkala duduk seorang~

rasa syukur untuk itu~
mcm gula~sentiasa dihurung!=p

namun perasaan x pernah keseorangan itu membuat ada yang tersalah tafsir~
m syakirah berpunya??
oh tidak..
sms m syakirah bertimbun2 untuk sister sahaja~
lelaki buleh dikira dengan jari~
diri ini cuba tidak memulakan penghantaran sms dulu melainkan perlu~
cuma m syakirah suka menyambut sms dengan senyuman~
respon m syakirah kan melebih?=p
kadang2 m syakirah heran segala status fb m syakirah semua org kaitkan dengan kahwin..
inysa-ALLAH..diri ini hanya mahu seorang sahja dlm hati ini~
diri ini cuba pastikan tiada dua lelaki pada masa yg sama~
tiada bertukar ganti...insya-ALLAH~
namun jgn bertanya siapa...
jodoh itu di tangan ALLAH...
m syakirah pun tidak tahu~
tiada lelaki di dlm hati melainkan abah~
buat masa ini...^_^

p/s:maaf post panjang~kulit semakin sihat~alhamdulillah!!~
teh ais cafe kak ana..buat aku teringat teh ais kak ida kat cfs!

Friday, July 16, 2010

Celebrtion Talentime~

14 july 2010...kali ini m syakirah sambut dengan ala kadar
tapi masih dianggap meriah~~
prank x jadi oleh amina sano,gya,sibah n farhana...
maaflah..saya mmg senang nak detect org yg berlakon ni~~^_^
semua hadiah dlm bentuk makanan dan suapan...
sgt indah sebenarnya~~m syakirah sangat suka
nyanyian lagu selamat hari jadi dari rakan2 1 dewan kuliyyah~
seolah memahami hari itu sgt indah..
kelas berakhir pukul 12!
dan jibah mengajak irfan dan diri ini ke SR...
rezeki irfan hari itu~
pulang dari situ..teurs mula pencarian lagu2 lama dan bar untuk talentime~
kagum dengan semua kakak2 2nd year dan 4th year...
semuanya tau tugas masing2
dan pastikan kerja mereka dilakukan dengan baik~!!
sgtttt baik~~~~~!!sebelum mereka mencari kerja yg lain~
di situ diri ini mngenali kak chunda,kak ili,kak wani,kak sarina yg cumel~~ i wonder kak sarina dah ada ke blum..?=p

mmg buat lagu2 tuh sampai ke saat akhir...
jalan cerita tuh direka leh semua org..
gaya byk m syakirah sumbangkan idea
dek terlampau exposekan diri mereka meletakkan watak yg semua org x nak ambil
watak SUPERSTAR!!
ala2 justin bieber...
x pasal2~ kan??
tidak menafikan...
mmg memenatkan
tapi sngt seronok!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!^_^
m syakirah sebenarnya x beberapa suka bidang lakonan~
tapi bila org memilih~
kita cuba dahulu~semuanya boleh dilakukan jika kita mahu~
byk aksi superstar yg m syakirah x lakukan~
sengaja memakai spek hitam yg kononnya gaya superstar
tapi sebenarnya mahu memejam mata~
ada gaya yang terlepas buat~
malu tuh ALLAH sahaja yang tahu~huhuhu~tapi enjoy!
kena menghayati watak bak kate professional
dek kerana sejarah m syakirah yg ske menari~
selalu buat persembahan...
cuma tidak pernah di depan lelaki~
jadi kena kawal2
sila ke fb m syakirah jika mahu lihat vid tersebut~
segalanya berbaloi~
dengan dptnya tempat pertama~
tapi sebenarnya m syakirah kagum dengan semua persembahan~
semuanya menarik!!
x sangka pelajar medik boleh lakukan semua ini!!
alhamdulillah~segalanya berakhir dengan baik~

24 julai kenduri kahwin kawan...
tapi x dpt hadir..
sedihnya~~semoga berbahagia~^_^

ini sebahagian drpd gambar waktu talentime~




Friday, July 9, 2010

IIUM

sementara diri ini masih tidak diberi nikmat tugasan tahun pertama medik
biarlah diri ini rajinkan diri menulis sesuatu untuk sahabat
alhamdulillah~
diri ini telah selamat berada selama 4 hari di IIUM Kuantan ini...
diberi satu 'compartment' dengan satu panorama indah dengan bangunan masjid yg masih dibina dan dewan2 kuliyyah~
diri ini bersyukur berada di sini~
masih belum memulakan pembelajaran lg...
hari isnin ni hanya menggunakan konsep REDAH JE!!~~
diri ini masih menghabiskan masa bersama kawan2 dan kakak terchenta
bukan bertindak mahu manja...
namun sememangnya kami mmg rapat bersama...
walaupun berbeza umur 3 tahun~
segalanya sejak dulu mmg bersama...
sebab itulah semasa dirinya mahu bertunang
diri ini seperti mahu menangis~~
rasa kehilangan~*malu pula bila teringat*
perasaan rindu kepada keluarga di rumah menjadi lebih mendalam
kerana status perjalanan yg lebih jauh berbanding dulu
dan perasaannya sgt indah~~
diri ini tida mahu rindu yang tidak aman
hanya buat rasa gundah yg x sudah
alhamdulillah~
uyun semakin sihat
cuma penat dan lenguh sedikit selepas pembedahan

diri ini cuba untuk aktifkan diri semula
setelah 3 bulan mempasifkan diri
5 tahun diri ini akan berada di sini~
dan biarlah tahun yg ditambah selepas itu sebg pelajar sarjana
bukan sarjana muda~
amin~
tercengang tatkala meliht ada lagi rakan2 yg masih belum dikenali~
rasa macam diri ini bukan rakan yang baik~
perkenalan harus dibuat dengan cepat!^_^

rumet diri ini hanyalah 3
tidak seperti bilik yang lain
ahli bilik 3.3 ini terdiri daripada wanita yg bermula pada huruf MS
Maryam Sakinah
Masitah Salihah
Munirah Syakirah
buat masa ini diri ini sgt selesa bersama mereka

maryam yg mempunyai pendirian sendiri dan kadang2 pendapat kami sgt2 berbeza~
namun itu lebih membuka diri kami untuk mengenali dunia lebih luas~
tentang pelbagai jenis worldview~
masing2 tidak menganggap apabila kami berckp tentang pendirian berbeza itu adalah satu debat~
kami hanya menerima pendapat masing2
dan kadang2 kami tidak menerima
tapi itu bukan satu masalah
cuma untuk memahmi pendirian masing2 dengn soalan2
dan tidak merasa itu satu bentuk debat tapi hanya berkongsi~^_^

masitah saliha pula mmg sudah biasa bersama~
dirinya yang suka mengusik menjadi kebiasaan~
sejak dari dulu diri ini mmg biasa ke biliknya~

diri ini bersama dengan bekas penolong presiden medcy dan presiden KC
siapalah pula diri ini berbanding mereka..=p~

jiran2 pula mmg jiran yg sudah biasa bersama
julia,iman,kak najihah,nabilah,shahida,lina...
jiran yang baik~^_^...

bersyukr berada di dalam kampus..
namun kepada sahabat yg berada di luar kampus
jgnlah rasa sedih~
di dalam ada kekurangannya juga~
kucing penuh..anjing garang dan ade monyet
masih tertya2 siapakah bekas tuan empunya compartment diri ini~
kucingnya yg selalu datang ke compartment m syakirah...
rindu agaknya~~

semoga KOM14 mnjadi satu keluarga besar yang harmoni~
bekerjasama bersama2 menjadi doktor yg cemerlang
bukan belajar bersaing~
namun seiring~

*kenapa tibe2 rase diri ini bakal dapat satu yang mengejutkan nanti..apakah ya??hurmmm~~*

Thursday, July 8, 2010

taaruf week berakhir

alhamdulillah segalanya telah selesai
segalanya berjalan dengan baik~
taaruf terakhir di IIUM
abg2 dan kakak2 committe menjalankan tugas dengan baik
makanan pun sedap
^_^
perasmian yg cantik!!~~
gambar2 yg menarik esp yg gambar tidur~
so far so gud~~
ada bebrapa gambar mahallah dan sewaktu registration yg diri ini tangkap~





Monday, July 5, 2010

selamat dtg~

dunia baru bakal bermula...
adakah aku akan berhenti menulis..??
tidak~^_^...
insya-ALLAH
semoga esok berjalan lancar semuanya~
cuak..
ada sket2...
semua sepupu sepapat mengusik bila diri ini berulang alik ke tandas
mmg sakit perut
berdebar mmg ada..
tp kurang drpd pegi ke cfs dulu~~
selamat berkenalan dunia medik~~
harap kita dpt get along dengan cepat..^^

Thursday, July 1, 2010


1st july~permulaan bulan yg baik~^_^...
tanpa dirancang diri ini telah melawat sekolah bersama munirah dan farah izzah~
maaf kepada syahrul aka caun..merangkat presiden oxsika..
atas keasalahan tidak melaporkan diri untuk melawat sekolah..=.='
mmg tidak dirancang~
hanya meneman rakan untuk mengambil sijil~
cikgu husni sendiri terkejut adiknya melawat..=p
moon dan izzah segan2 nampaknya~^_^
trima kasih kepada moon kerana sudi membelanja~..
murah rezeki m syakirah kali ini~
terkejut selepas pulang~rumah banjir~
munculnya pelbagai 'haiwan ternakan' di rumah~
terus bersiap ke airport penang untuk mengambil kakak (uyun) dan keluarga
doakan keselamatan kakak m syakirah ini
kerana dirinya bakal menjalani pembedahan...
aminn~~


hilangkan busan menunggu moon sampai
wajah terkejut cg husni~