Wednesday, July 27, 2011

=)

setelah sekian lama...
lama sangat ke?
ok!it seems that the last post had brought so many ideas to be shared..
it is gud ppl nowadays are really alert bout malaysian politics nowadays
it is rite wut u have said abg am~

baik!kita mulakan dengan ceritera lain..
agak lama fb diletakkan di tepi..
khabar kawan2 sudah lama tidak diambil tahu~
sya cube untuk mengalihkan perhatiandengan aktiviti lain...

"adik..x bawak laptop ke?una ade je broadband"
"x pe una...malas nak pakai"

diri ini cuba melihat keadaan diri ini utk 4-5 thn akan datang~
apabila melihat sendiri aktiviti HO dan MO di hospital
lihat bagaimana mereka berlajar..
kena marah time seminar..
kena soal time ward round..
mcm2~
sya hanya melihat dari jauh~
betapa mereka cuba untuk enjoy untuk walaupun berada dalam keadaan yang stress...

mcm mana kalo awk dah kawen nanti..
dengan anak...
suami...
on calls..
hahahhaha!mcm hari biru je~
untuk doktor mcm penat...tp fun!
tp suami yg bukan dr n anak2 kena byk berkorban~
fuh!!huhuhuh...

ini beberapa perkara yang sya blaja ketika seminar

reperfusion syndrome:

Reperfusion injury is the paradoxical and complex phenomenon of exacerbation of cellular dysfunction and increase in cell death after the restoration of blood flow to previously ischemic tissues. It involves biochemical and cellular changes causing oxidant production and complement activation, which culminates in an inflammatory response, mediated by neutrophil and platelet cell interactions with the endothelium and among the cells themselves. The mounted inflammatory response has both local and systemic manifestations. Despite improvements in imaging, interventional techniques, and pharmacological agents, morbidity from reperfusion remains high. Extensive research has furthered the understanding of the various pathophysiological mechanisms involved and the development of potential therapeutic strategies. Preconditioning has emerged as a powerful method of ameliorating ischemia reperfusion injury to the myocardium and in transplant surgery. More recently, postconditioning has been shown to provide a therapeutic counter to vasoocclusive emergencies. More research and well-designed trials are needed to bridge the gap between experimental evidence and clinical implementation.

Saturday, July 9, 2011

BERSIH utk Menang~=)

Alhamdulillah...
Gegar SBPIKP telah pun berakhir~
tahniah kepada adik2 junior UIA (yang juga junior sbpikp) yang telah berusaha bertungkus lumus untuk memperkenalkan UIA kepada adik2 sbpikp tingkatan 5...=)
naik kering anak tekak ye dik??huhuhu
Sya juga begitu~ramai yang berminat mahu mengambi jurusan perubatan apabila tamat SPM..
akak doakan yang terbaik..
tapi ingat adik2...
gelaran doktor bukan satu keagungan...tapi satu tanggungjawap dengan gaji yang BOLEH TAHAN tp x kaya~=)
ada adik tu duduk mendengar Sya berceloteh tentang Medik dari awal hingga habis~
sampai kena ejek dengan abg2 senior yg dah 'lepas' ni...
baru dia beralih tempat duduk ke tapak Universiti lain...
kesian budak tu~ahaks!Sya pun suka bercerita~
Semoga dia dpt apa yg dia mahu~ALLAH lebih mengetahui...
ramai yang telah datang untuk memperkenalkan university masing
UTP,UIA,UMT,U of Surrey, blaja IB dan macam2 lagi...
bertuah betul adik2 sekarang..
zaman kami x pernah didedahkan dengan perkara2 begini...
tapi melihat adik2 mendengar ceramah pada waktu malam tentang destinasi selepas SPM...
mmg Sya dpt lihat mereka sangat tekun mendengar...
ini adalah masa depan..bukan perkara main2~bukan?=)

Tahniah kepada adik junior SBPIKP yang telah menggondol gelaran juara Karnival Nasyid Kebangsaan 2011~
Ustazah Jailah mesti menangis penuh syukur..
setelah beberapa lama...
kemenangan penu isu dan konspirasi...
Khairan kini menang BERSIH tanpa tentangan..=)
sila lihat vid di bawah sekali...





______________________________________________
apabila disebut tentang Menang Bersih ni...
terdetik semula untuk membicarakan tentang isu BERSIH sekali lagi...
terima kasih kepada saudara Anonymous kerana sudi memberikan video tersebut utk memahami apakah bersih itu sebenarnya...
Sya lebih faham sekarang...
sungguh Media televisyen memang tidak dapat melawan..
kehebatan Media2 dari youtube,blog dan sebagainya~
Sya mmg menyokong Bersih...
Sya mahukan pilihan raya yang Bersih...
Sya pasti ramai yang pergi ke perarakan bersih itu bukan atas nama Ambiga ataupun pakatan rakyat...
tapi hanya atas dasar mahukan pilihan raya yang bersih~
cuma jika mahu Ambiga pelopornya~
Sya agak kurang~tapi jika anda mahu berarak utk diri anda sendiri...
silakan~=)..itu maksud Sya...
bagi Sya perarakan ini satu perkara yang biasa menjelang pilihanraya...
untuk memperingati orang ramai utk..
MEMILIH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM YANG ADIL DAN LAYAK...
dan memperingati calom pemimpin untuk..
MEMIMPIN DAN BERLAWAN SECARA SAKSAMA...
tiada unsur 3 M...money,media dan machinery...
poin yang tepat oleh setiausaha PAS...

betul kata Mat Sabu UNTUK STATEMENTNYA..
apabila keadaan seperti parti bertemu parti...
dan salah satu parti itu adalah pihak kerajaan..
ia seperti kita melawan kerajaan~

ada pihak mengatakan BERSIH semalam mmg berlaku kekecohan...
ada yang mengayakan Polis belasah perempuan dan kanak2~
bagi Sya dua2 betul..
mahu dikatakan kerajaan tu betul sangat pun xboleh...
mahu katakan pihak Bersih x ada yang buat huru hara..
ada yang segelintir yg extremis...
ada yang tidak buat apa2 lagi...
baru pakai baju kning..
dah kena tangkap~Sya hanya ketawa...
macam Sya penah katakan..
They are Harmless Until Proven Otherwise...
kelakar btol~

sama ada Bersih ini berjaya atau tidak...
sama2 kita nantikan PRU 13 ini...

apabila berbincang dengan rakan2 semalam..
Sya baru teringat...
APa yang adab2 ketika berbincang,berdebat??
tiba sya jumpa artikel ini ---->adab berbicara,mendegar dan berdebat(sila klik)
dah juga adab berdebat dan berdialog

Semalam Sya dapat melihat apa kurangnya cara Sya berbincang~
jadi maafkanlah diri ini~=)...
tapi Sya harap perbincangan harus tidak dihentikan..
untuk melatih kita menjadi insan yang lebih matang...
berbeza pendapat bukan bermakna pecah...
mengikut idea org lain tidak bermakna bersatu

segala yang baik itu datang dari ALLAH...
yang kurang itu datang dari kekhilafan Sya sendiri..
wallahuaalam..

Enjoy the vid..=)

Sunday, July 3, 2011

Sejarah mungkin berulang~

ALhamdulillah...
akhirnya Sya berpeluang untuk menulis semula..
sibuk sangatkah?
tidak juga~
cuma byk menghabiskan masa dengan family dan gambar~

"nii...9 hb ni toksah lah nak kluaq sangat nawh kat kl ni...bahaya~hari tu boleh jadi apa2 ja.."nasihat abah kepada uyun dan suami...

Sya teringat peristiwa13 Mei...
adakah peristiwa menjadi sedemikian..??
sesungguhnya walaupun kita berusaha untuk mengubah sejarah
namun sejrah sentiasa mengejar...
jadi jangan takut utk berdepan dengan apa yang bakal berlaku
sentiasalah beringat!

semasa di batu bersurat

"mak cik..dulu masa zaman nabi Musa AS...firaun nak bunuh anak ape??"pengawal keselamatan
"anak lelaki"mak
"zaman nabi muhammad SAW anak ape?"pengawal itu berkata lagi
"perempuan"mak menjawap
"zaman skrg dua2 ade kan makcik..??"
"HMMM"mak hanya mengeluh
"zaman luth ade gay dan lesbian"
"skrg pun dah biase jugak..."...
"sejarah sedang berulang tanpa kita sedar"Sya jawap sendirian

apa respond kalian tentang isu perhimpunan Bersih 9 July ni..
alaa~~knape nak bt bulan Julai...
bulan Julai sepatutnye jadi Bulan yg hepi2~huhuh

okok...kembali kepada topik...
maaf!~saya warga melayu...
sya berbangga jadi melayu...

Sya tidak mahu jadi racist...
Sya org malaysia...
Sya orang Islam...
pemimpin Sya org Islam...
dan itu adalah salah satu ciri yg ptt ada dalam menjadi pemimpin sebuah negara ISlam...
tiada siapa boleh menidakkan soal itu...
walaupun org bukan islam lain...
mereka harus akur....
itu adalah undang2 negara islam sendiri....

Umayyah bergduh berdngin dengan Saidina Ali sewaktu zaman pemerintahan Saidina Ali...
perang saudara dan bermacam2 lagi...
ada sebuah negara bukan Islam memberi satu peluang yg sangat terbuka kepada Umayyah...
utk memberikan tawaran yg berbaloi kepadanya jika mahu bekerjasama utk menentang Saidina Ali...
tahukah apa Umayyah jawap..???
"ketika kamu menentang kaum Muslimin...Jangan kamu terkejut jika orang yang berada di barisan hadapan sekali adalah aku..."beliau menolak tawaran tersebut...
biarlah dia ada perselisihan faham dengan pemerintah sendiri...
namun itu tidak bermakna dirinya harus menggadaikan nagaranya kepada orang lain...

Sya harap semua orang faham ceritera di atas..
dan cuba bandingkan dengan isu politik bersih sekarang...
lihat siapa pemimpin kita....
dan lihat siapa yang kita sokong...
fikir sedalam2nya...
adakah pilihan kita tepat...??

Sya kurang pasti sama ada pilihanraya yg pernah berlaku sepanjang Sya hidup adil atau tidak...
Sya tidak berani kata ya...
namun...
jika difikirkan semua...
jika pilihanraya nagara kita tidak adil LANGSUNG
mcmmana Pas boleh memerintah Kelantan selama 20 tahun...?
bagaimana Kedah boleh jatuh ke tangan Pas?
Bagaimana Selangor boleh ada di tangan PKR?
fikir semula...

Bersih ada satu niat yang murni~
namun untuk tentang sehingga bergaduh2 pada hari2 sebelum kejadian...
adakah itu adalah usaha yang bagus?
menyerahkan memorandum adalah perkara yang bagus...
tapi perarakan tunjuk perasaan..???
tapi Jika Bersih hanya sekadar mahu pilihanraya yang bersih
Sya sokong~

Fikirlah~apabila 'perarakkan' tersebut berlaku...
apakah kesan positif yang anda rasa akan berlaku...?
Sya tidak mahu mengubah apa yang anda fikir...
tapi Sya harap dengan apa yang Sya sampaikan..
dpt buat anda untuk berfikir semula....