Saturday, July 9, 2011

BERSIH utk Menang~=)

Alhamdulillah...
Gegar SBPIKP telah pun berakhir~
tahniah kepada adik2 junior UIA (yang juga junior sbpikp) yang telah berusaha bertungkus lumus untuk memperkenalkan UIA kepada adik2 sbpikp tingkatan 5...=)
naik kering anak tekak ye dik??huhuhu
Sya juga begitu~ramai yang berminat mahu mengambi jurusan perubatan apabila tamat SPM..
akak doakan yang terbaik..
tapi ingat adik2...
gelaran doktor bukan satu keagungan...tapi satu tanggungjawap dengan gaji yang BOLEH TAHAN tp x kaya~=)
ada adik tu duduk mendengar Sya berceloteh tentang Medik dari awal hingga habis~
sampai kena ejek dengan abg2 senior yg dah 'lepas' ni...
baru dia beralih tempat duduk ke tapak Universiti lain...
kesian budak tu~ahaks!Sya pun suka bercerita~
Semoga dia dpt apa yg dia mahu~ALLAH lebih mengetahui...
ramai yang telah datang untuk memperkenalkan university masing
UTP,UIA,UMT,U of Surrey, blaja IB dan macam2 lagi...
bertuah betul adik2 sekarang..
zaman kami x pernah didedahkan dengan perkara2 begini...
tapi melihat adik2 mendengar ceramah pada waktu malam tentang destinasi selepas SPM...
mmg Sya dpt lihat mereka sangat tekun mendengar...
ini adalah masa depan..bukan perkara main2~bukan?=)

Tahniah kepada adik junior SBPIKP yang telah menggondol gelaran juara Karnival Nasyid Kebangsaan 2011~
Ustazah Jailah mesti menangis penuh syukur..
setelah beberapa lama...
kemenangan penu isu dan konspirasi...
Khairan kini menang BERSIH tanpa tentangan..=)
sila lihat vid di bawah sekali...





______________________________________________
apabila disebut tentang Menang Bersih ni...
terdetik semula untuk membicarakan tentang isu BERSIH sekali lagi...
terima kasih kepada saudara Anonymous kerana sudi memberikan video tersebut utk memahami apakah bersih itu sebenarnya...
Sya lebih faham sekarang...
sungguh Media televisyen memang tidak dapat melawan..
kehebatan Media2 dari youtube,blog dan sebagainya~
Sya mmg menyokong Bersih...
Sya mahukan pilihan raya yang Bersih...
Sya pasti ramai yang pergi ke perarakan bersih itu bukan atas nama Ambiga ataupun pakatan rakyat...
tapi hanya atas dasar mahukan pilihan raya yang bersih~
cuma jika mahu Ambiga pelopornya~
Sya agak kurang~tapi jika anda mahu berarak utk diri anda sendiri...
silakan~=)..itu maksud Sya...
bagi Sya perarakan ini satu perkara yang biasa menjelang pilihanraya...
untuk memperingati orang ramai utk..
MEMILIH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM YANG ADIL DAN LAYAK...
dan memperingati calom pemimpin untuk..
MEMIMPIN DAN BERLAWAN SECARA SAKSAMA...
tiada unsur 3 M...money,media dan machinery...
poin yang tepat oleh setiausaha PAS...

betul kata Mat Sabu UNTUK STATEMENTNYA..
apabila keadaan seperti parti bertemu parti...
dan salah satu parti itu adalah pihak kerajaan..
ia seperti kita melawan kerajaan~

ada pihak mengatakan BERSIH semalam mmg berlaku kekecohan...
ada yang mengayakan Polis belasah perempuan dan kanak2~
bagi Sya dua2 betul..
mahu dikatakan kerajaan tu betul sangat pun xboleh...
mahu katakan pihak Bersih x ada yang buat huru hara..
ada yang segelintir yg extremis...
ada yang tidak buat apa2 lagi...
baru pakai baju kning..
dah kena tangkap~Sya hanya ketawa...
macam Sya penah katakan..
They are Harmless Until Proven Otherwise...
kelakar btol~

sama ada Bersih ini berjaya atau tidak...
sama2 kita nantikan PRU 13 ini...

apabila berbincang dengan rakan2 semalam..
Sya baru teringat...
APa yang adab2 ketika berbincang,berdebat??
tiba sya jumpa artikel ini ---->adab berbicara,mendegar dan berdebat(sila klik)
dah juga adab berdebat dan berdialog

Semalam Sya dapat melihat apa kurangnya cara Sya berbincang~
jadi maafkanlah diri ini~=)...
tapi Sya harap perbincangan harus tidak dihentikan..
untuk melatih kita menjadi insan yang lebih matang...
berbeza pendapat bukan bermakna pecah...
mengikut idea org lain tidak bermakna bersatu

segala yang baik itu datang dari ALLAH...
yang kurang itu datang dari kekhilafan Sya sendiri..
wallahuaalam..

Enjoy the vid..=)

11 comments:

Amirah Lotpi said...

http://thechukaiinsider.blogspot.com


http://thechukaiinsider.blogspot.com/2011/07/being-clean.html


this is a neutral link based on FACTS which are not one-sided :)

Boleh berpolitik but pls be harmless~
'mengutamakan kepentingan umum itu lebih utama dari yang khusus' MB kelantan.

sorry if it causes discomfort, cuma rasa perlu berkongsi (rasa macam imperfect juga bila berbicara, tq awk)

sayang kawan~ heh ;)

Amirah Lotpi said...

lupa nak cakap, kalau rasa link tu one-sided, abaikanlah yg x suka n take good things only ;). till then~

M Syakirah said...

haha...tq mira~

Anonymous said...

http://nikabduh.wordpress.com/

penjelasan mengapa ambiga..

M Syakirah said...

tq mr anonymous~=)

Anonymous said...

kalau pilihan raya tak bersih pihak pembangkang tak akan menang lima buah negeri.

M Syakirah said...

iye~betul jugak tu mr anonymous~dan x perlu nak bertindak marah2 bila bersih nak dijalankan...just tunjuk je pilihanraya mmg dah bersih kan?

Anonymous said...

adik dah mengundi?dah daftar untuk untuk mengundi kalau layak?bukan apa..selalunya yang beria-ria "berjuang" di jalanan ni ramai yang tak pernah mengundi pon!

even, pegang kertas undi pon tak pernah.tp terpaksa jadi KELDAI tunggangan di jalanan~

kalau betul2 nak rasa bersih atau kotornya pilihanraya, nnt bukan sekadar mengundi saja, try jadi org yg jaga undi atau nak lagi tahu kebersihan pilihan raya tu, jadi org yg kira-kira undi..sama-sama kita tau...

kita jgn jadi mengokok kerana ada ayam lain pun dah mengokok tanda subuh dah masuk.tp sama2 gunakan apa yang patut digunakan.

demokrasi bukan reformasi, apa lagi revolusi. jauh sekali demonstrasi! kita ada saluran yang betul, gunakanlah sebaiknya.

kita rugi berjuta2 bila ada kes macam ni.(mungkin ramai akan persoalkan kes rasuah pulak nanti), tp cukuplah..cukup2lah.. jgn kerana seorang yang nampak kepentingan peribadinya, kita yang lain menggelupur.

sekarang ramai yang kata media tv.cetak semua tak benar..tapi berapa peratus pula yg benar dari media alternatif? benarkah tiada bahan propaganda? bersihkah dari fitnah dah caci murka? bacalah kesemua, dengarlah bersama..fikir dan renungkang sebaiknya...

jgn sampai kita hilang negeri sendiri kerana terikut amarah hati!

-abg am-

M Syakirah said...

iye~tq abg am..huhu

Anonymous said...

abg am ni nampak cam konfius je...mmg le rugi sebab kerajaan buat donno, kalu kerajaan approve kan senang je...media tv x betul ea? mmg le dah kerajaan control semua media, angka n fakta pon lari la der..aduhai, semua org dah tawu psl tu abg am

Anonymous said...

sedap nasyid tue! coongrate..

-KHAIRAN-