Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya...






Assalamualaikum buat rakan-rakan pembaca...
sudah lama Sya tidak menulis titipan untuk blog ini....
bukan tiada benda mahu diceritakan~
namun banyak perkara harus diselesaikan~
beberapa komitmen telah Sya beratkan di bahu ini...
dan perkara ini bakal kekal untuk beberapa lama...
bukan untuk cuti ini sahaja...

hanya satu entri post sahaja Sya berikan untuk Bulan Ramadan...
Mesti anda semua cuba memeriahkan Ramadan seberapa byk ibadah bukan?
keasyikan bersama keluarga adalah bayaran paling indah oleh ALLAH kepada kita semua....

Sya semakin malas menulis agaknya...=)
tidak jugak..
tapi memberi komitmen penulisan dengan cara yang lain...

cuti sudah hendak ke penghujung....
tapi perancangan yang baik masih melum ada...
tapi semestinya sebelum 5 hb..=))
ada yang sibuk bertanyakan jpa,cuti, resipi kuih raya( itu paling ramai orang tanya)
namun mintak maaf kerana Sya agak kurang gam dengan telefon bimbit sepanjang cuti ini...
cukup la Sya melekat dengan telefon bimbit di UIA...
di Rumah...semuanya letak ke tepi...~

seperti biasa...
bila datang bulan ramadan...
telefon akan berbunyi dari kakak2 dan abg...
"adik...nak buat kueh choc chip ke?nak satu balang besar ek..."
hahah~nasib la ada family busy...
nanti bila kita dah bz...
siapa nak buat??hurmmm....

Alhamdulillah...
29 hb Ogos 2011...
semua ahli keluarga Ab Rahman Mustafa sudah lengkap...
riuh dengan hiru pikuk anak-anak..
dan hilai tawa kakak-kakak dan abang...
namun sekarang semuanya sedang senyap...
penat merantau!=))

Raya kali ini membawa kelainan....
jika dulu mak bangun awal pagi menyiapkan nasi dagang...
kini tidak lagi...
setiap anak perempuan akan masak untuk jamuan raya esok...
semuanya sudah diberi tugas...
insya-ALLAH...
malam ni akan bermula...
seronoknya apabila semua berkumpul semula...

juga Sya ingin mengambil kesempatan kepada Kak Aisyah Jemain yang bakal menamatkan zaman bujangnya beberapa hari lagi...
semoga berbahagia kak!^_^..amboi!

terkenang saat Sya baru naik usia 20...
apabila sahabat sendiri menjemput kita ke majlis kahwin mereka sendiri...
melihat tangannya berslman dengan tok kadi...
terasa seperti semalam kami baru sahaja bergurau-gurau tentang kartun jepun lah...
hakikatnya harus diterima...masa ini akan tiba...
saat kita berkata KITA MASIH BELUM BERSEDIA atau SEGALANYA MASIH TERLAMPAU AWAL....
kita tidak sedar...orang sekeliling sudah meninggalkan kita untuk pergi ke dunia baru...
namun setiap manusia punyai aturan hidup dari luh mahfuz...berusaha dan berserah!

melihat gambar-gambar berbulan Madu sahabat yang baru berkahwin julai lepas..
insya-ALLAH shabat-sahabat SYa bahagia...
Sya doakan...

oh!Selamat melayari bahtera perkawinan juga kepada sahabat SBPIKP, ketua rumah Saidina Ali..
Hilmi Husman...pada 17 Sept ini...
maaf x dpt pergi...
sudah di UIA...even kenduri kahwin anak sedara sendiri pun Sya tidak pergi..huhu
Selamat berjuang di alam perkahwinan wahai anak sedara Saifud bin Jamal...
wah!kawen dengan org jitra~baguz2~senang tok abah..=p

kepada rakan-rakan lain...
Sya mengucapkan Selamat Hari Raya...
maaf Zahir dan Batin...
Semoga semua bahagia di samping ibu bapa,ibu bapa mentua,kakak ( dan ipar), abbg (dan ipar), adik (dan ipar),Suami dan juga anak-anak masing-masing...

Insya-ALLAH lain hari kita ketemu lagi...
Ramadan....ilalliqa'...

Friday, August 5, 2011

mari berSOSIAL

ramadan kareem i bid to everyone..:)
Sya sudah tidak post sekerap selalu...
mungkin kerana terlampau sibuk dengan perkara2 lain...
terutama di bulan ramadan~

ramadan sudah tiba~
alhamdulillah~anak2 saudara Sya 4 org yg paling atas sudah berpuasa~
walaupun byk ragamnya~
yang lelaki yg dulunya aktif skrg sudah lemah longlai di waktu petang~
yang perempuan di menangis2 5 minit sebelum berbuka minta air~
begitulah budak2~
mahu baru dengan aktiviti berpuasa~

bagaimana dengan rakan2 lain..??
terutama pelajar UIA medik...
seronok berpuasa PENUH di rumah???
seronok kan!
tiap hari merasa makanan ibu~
tarawih bersama kawan2 lama,mak ayah~
ahhhh!!!seronoknya~~

tapi aktiviti Sya agak berbeza...
setakat ini Sya tidak pernah berbuka di rumah~
tarawih Sya tidak bersama kawan2...

Sya berbuka di surau!!
ahhh...x seronoknya~
ye ke x seronok??huhuhuh
Sya berbuka menemani mak dan abah yang suka berbuka di surau Al-Hidayah
sejak SYa masuk ke sekolah berasrama...
itulah aktiviti mereka~

setiap org berpakat memilih satu hari utk membuat kenduri berbuka~
ada persendirian...
ada persatuan...
dan selalunya kenduri akan ada setiap hari..
berlarutan sehingga ramadan ke 25...
ada kawan di sana??
ramai!!!kawan yg 40 tahun ke atas~huhuhuh

bulan ramadan...bukan sekadar bulan untuk menghapuskan dosa kepada ALLAH
tapi juga sesama manusia~
bulan yg kita dapat merasai keberkatannya~
dengan mengeratkan hubungan silaturrahim dengan jiran tetangga~
bulan kita cube untuk berSOSIAL dengan baik~

blaja kita untuk menerima segala makanan yang ada di depan mata~
tanpa memilih~

tapi bukanlah SYa katakan pegila makan kat surau..
kenal2 dengan org kampung
jangan makan ngan keluarga~huhu
sekali skala pegi apa salahnya~

begitulah salah stau cara utk menjalinkan hubungan dengan org lain~
yang baru dikenali~
byk lagi alternatif lain~asalkan membawa ke arah yang baik~
silakan...

selamat menyambut ramadan,selamat beramal..dan selamat berSOSIAL..=)
_______________________________________