Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya...






Assalamualaikum buat rakan-rakan pembaca...
sudah lama Sya tidak menulis titipan untuk blog ini....
bukan tiada benda mahu diceritakan~
namun banyak perkara harus diselesaikan~
beberapa komitmen telah Sya beratkan di bahu ini...
dan perkara ini bakal kekal untuk beberapa lama...
bukan untuk cuti ini sahaja...

hanya satu entri post sahaja Sya berikan untuk Bulan Ramadan...
Mesti anda semua cuba memeriahkan Ramadan seberapa byk ibadah bukan?
keasyikan bersama keluarga adalah bayaran paling indah oleh ALLAH kepada kita semua....

Sya semakin malas menulis agaknya...=)
tidak jugak..
tapi memberi komitmen penulisan dengan cara yang lain...

cuti sudah hendak ke penghujung....
tapi perancangan yang baik masih melum ada...
tapi semestinya sebelum 5 hb..=))
ada yang sibuk bertanyakan jpa,cuti, resipi kuih raya( itu paling ramai orang tanya)
namun mintak maaf kerana Sya agak kurang gam dengan telefon bimbit sepanjang cuti ini...
cukup la Sya melekat dengan telefon bimbit di UIA...
di Rumah...semuanya letak ke tepi...~

seperti biasa...
bila datang bulan ramadan...
telefon akan berbunyi dari kakak2 dan abg...
"adik...nak buat kueh choc chip ke?nak satu balang besar ek..."
hahah~nasib la ada family busy...
nanti bila kita dah bz...
siapa nak buat??hurmmm....

Alhamdulillah...
29 hb Ogos 2011...
semua ahli keluarga Ab Rahman Mustafa sudah lengkap...
riuh dengan hiru pikuk anak-anak..
dan hilai tawa kakak-kakak dan abang...
namun sekarang semuanya sedang senyap...
penat merantau!=))

Raya kali ini membawa kelainan....
jika dulu mak bangun awal pagi menyiapkan nasi dagang...
kini tidak lagi...
setiap anak perempuan akan masak untuk jamuan raya esok...
semuanya sudah diberi tugas...
insya-ALLAH...
malam ni akan bermula...
seronoknya apabila semua berkumpul semula...

juga Sya ingin mengambil kesempatan kepada Kak Aisyah Jemain yang bakal menamatkan zaman bujangnya beberapa hari lagi...
semoga berbahagia kak!^_^..amboi!

terkenang saat Sya baru naik usia 20...
apabila sahabat sendiri menjemput kita ke majlis kahwin mereka sendiri...
melihat tangannya berslman dengan tok kadi...
terasa seperti semalam kami baru sahaja bergurau-gurau tentang kartun jepun lah...
hakikatnya harus diterima...masa ini akan tiba...
saat kita berkata KITA MASIH BELUM BERSEDIA atau SEGALANYA MASIH TERLAMPAU AWAL....
kita tidak sedar...orang sekeliling sudah meninggalkan kita untuk pergi ke dunia baru...
namun setiap manusia punyai aturan hidup dari luh mahfuz...berusaha dan berserah!

melihat gambar-gambar berbulan Madu sahabat yang baru berkahwin julai lepas..
insya-ALLAH shabat-sahabat SYa bahagia...
Sya doakan...

oh!Selamat melayari bahtera perkawinan juga kepada sahabat SBPIKP, ketua rumah Saidina Ali..
Hilmi Husman...pada 17 Sept ini...
maaf x dpt pergi...
sudah di UIA...even kenduri kahwin anak sedara sendiri pun Sya tidak pergi..huhu
Selamat berjuang di alam perkahwinan wahai anak sedara Saifud bin Jamal...
wah!kawen dengan org jitra~baguz2~senang tok abah..=p

kepada rakan-rakan lain...
Sya mengucapkan Selamat Hari Raya...
maaf Zahir dan Batin...
Semoga semua bahagia di samping ibu bapa,ibu bapa mentua,kakak ( dan ipar), abbg (dan ipar), adik (dan ipar),Suami dan juga anak-anak masing-masing...

Insya-ALLAH lain hari kita ketemu lagi...
Ramadan....ilalliqa'...

No comments: