Wednesday, September 28, 2011

Jangan Berhenti Taaruf...


seusai membaca quran di tikar sejadah...
Sya memandang ke komputer riba di rak buku~
sudah lama Sya tidak berblogging...
tidak topik mahu dicerita?mungkin...
daripada Sya bercerita tentang diri..
lebih baik Sya bercakap tentang perkara yang boleh diambil iktibar oleh semua orang~
_________________________
pada pukul 1.30 petang...semua rakan di surau tingkat dua bersiap2 mahu ke bilik PBL masing2
sambil bergurau-gurau dengan rakan2 sekelas...
tiba2 sya tertarik melihat seorang teman rapat sya yang sedang menyelak majalah SOLUSI...

SYa:ape yg menarik A?
A : haa~tgk nie~suami isteri jangan berhenti taaruf...x sempat nak baca gi~...

tidak sempat mahu bertanya lebih...semua rakan sudah mahu ke tempat masing2...
setelah selesai PBL Sya ke biliknya untuk membaca artikel tersebut...
menarik...
___________________________________

usai membaca sati berita dari berita harian Online bertarikh 6 okt 2010 semalam saya melepaskan keluhan yang cukup berat dan dalam. Masakan tidak,kandungan yang dipaparkan menggambarkan betapa gawatnya institusi perkahwinan dalam kalangan masyarakat Islam dewasa kini.

walaupun latar belakang dan tempatnya bukan di malaysia, namun oleh kerana ia juga merupakan salah sebuah negara umat islam, saya tetap merasa bimbang dan tidak senang.

demikian juga paparan di dada-dada akhbar yang mengetengahkan berita dan kes penceraian terutama dalam kalangan artis,selebriti dan orang kenamaan. Hampir saban hari.

Sungguhpun mereka menyatakan mahligai rumah tangga yang didirikan bermula dari rasa cinta dan suka bahkan banyak juga pasangan yang mengakui amat mencinta pasangan masing-masing malahan sebahagiannya sidah memasuki gerbang seabad hidup bersama sebagai suami isteri, tetapi rumah tangga yang terbina atas dasar cinta ini tetap roboh apabila berlaku sedikit sahaj perubahan seiring usia dan peredaran masa. Mengapa?

Saling mengenalu tiada penghujung.

saya yakin, mana pasangan yang telah menempuh alam perkahwinan beberapa tahun lamanya, pasti mengakui dengan penuhs edar bahawa cinta bukan segalanya dalam rumah tangga.

sungguhpun kalimah cinta sebelum pernikahan banyak menjadi penyebab bertautnya jiwa uda dan dara untuk melayari bahtera rumah tangga melalui pernikahan, namun ia tidak tidak akan dapat bertahan lama andai tiada usaha dilakukan bagi memastikan bunga-bunga cinta yang telah bersemi pada awal perkahwinan itu terus berkembang indah, hidup subur dan mewangi sentiasa.

tempoh idup bersama memungkinkan suami isteri untuk masing2 lebih mengenali. Sejak awal usia perkahwinan dari sehari ke sehari, semakin byk maklumat tentang pasangan yang dapat diketahui; kelebihan dan kekurangannya, sifat dan tingkah laku, juga perubahan watak dan reaksi pasangan terhadap situasi yang berlaku.

Justeru itu, ramai pasangan sudah mendawa mereka sudah masak dengan perangai pasangan masing2...

SIKAP BERANGGAPAN BAHAWA PASANGAN SUDAH MEMAHAMI PERANGAI MASING,MENJADI RACUN YANG BOLEH MENGHAKIS SEDIKIT DEMI SEDIKIT KEHARMONIAN DAN KEUTUHAN RUMAH TANGGA.

hal ini kerana setelah proses mengenali antara satu sama lain sudah sampai ke kemuncak,kesilapan mula terjadi. Sesudah masing-masing melai merasakan mereka saling mengenali,mencerna eri memahami, MEREKA BAGAIKAN BERHENTI UNTUK MENGENALI...

sedangkan pada masa pertengahan merupakan satu tahap yang memerlukan suami dan siteri lebih proaktif mengenali dan memahami pasangan. ini kerana ujian kehidupan dengan tanggungjawap dan peranan yang perlu dilaksanakan semakin besar dan mencabar. Dan inilah salah sati punca yang mencetuskan perbalahan suami isteri setelah sekian lama melayari bahtera bahagia.

PERASAN CINTA DAN RINDU HANYA BERSIFAT "KOSMETIK" DAN SEMENTARA SAHAJA, KERANA IA BELUM TERUJI DAN DIUJI. Rasa cinta pada fasa pertama itu hanya menggebu dengan diwarnai oleh sikap ingin memiliki dan dimiliki terhadap pasangan masing-masing.

Manakala cinta yang menjalar secara perlahan-lahan seiring dengan peoses mengenali pasangan sepanjang pelayaran bahtera perkahwinan, sangat berpotensi untuk lebih kekal dan kian mengental andai ditangani dengan bijaksana,lantaran dia tumbuh daripada ujian dan cabaran yang merencam bentuknya. Daripada perasan benci dan kasih saling berganti tawa dan tangis yang menambah makna dan akhirnya bersebati dengan kasih sayang, menyemai kemesraan, ras a percaya hingga menatijahkan hubungan yang bahagia, saling mengasihi dan menghargai.

manusia berubah....

hakikatnya, sangat sukar menemui seseorang yang kekal dengan diri yang sama sepanjang hayat.pertambahan usia, pengalaman hidup perubahan persekitaran dan pertemuan dengan individu lain baik yang menjadi teman, rakan sekerja, jiran tetangga dan lain mampu untuk mengubah individu yang baru dengan merujuk kepada cara berfikir, keperibadian kehidupan sosial bahkan sehingga gaya penampilan, cara berckp dan seremeh pangilan juga mengalami perubahan.

keadaaan inilah membuatkan suami dan isteri perlu sentiasa up to date terhadap pasangannya. jika lalai dan leka maka sudah pasti sebarang perubahan yang berlaku akan menular menjadi satu masalah yang menggugat rumah tangga, lebih lebih lagi menjurus ke araha negatif dantidak selari dgn tuntutak Ilahi.

Oleh sebab itu, sebekum meletakkan orang ketiga sebagai punca perbalahan, tiada jodoh sebagai alasan, lakukan menasabah diri terlebih dahulu. Andai di tmbal balik sebab dan pincang sebenar yang berlaku, kemungkinan ia bermula daripada kelakaan untuk menganali dan memahami pasangan.

Insafilah selali bahawa setiap manusa sememangnya diciptakan berbeza (termasuk suami isteri) dengan manfaat dan ruang untuk bertaaruf antara mereka. ALLAH berfirman...

"WAHAI MANUSIA,SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENCIPTAKAN KAMI DARI MENJADIKAN KAMU BERBANGSA-BANGSA DAN BERSUKU-SUKU SUPAYA KAMU SALING BERKENALAN....." (AL HUJURAT:49:13)

seiring berlalunya, waktu kehidupan dalam perkahwinan akan beransur menjadi satu rutin yang biasa, dengan suami isteri dengan suami isteri berasa bahawa seharusnya pasangannya sudah tahu apa yang diinginkan oleh diri masing2. seharusnya, suami isteri harus bersifat saling terbuka. Sentiasa berkongsi cerita, menyatakan keingin tanpa berahsia dan mengoptimumkan kelebihan masing- masing dan lebih muhasabah tentang kekurangan diri masing-masing,

___________________________________________
bacaan terakhir ditamatkan...
ohhh..begitu....
menarik bukan??^_^
tapi mmg betul..tiada siapa yang mampu mengenali kita atau mustahil untuk kita mengenali seseorang 100%... kerana manusia sentiasa berubah...

adakah cinta membuatkan kita renggang dengan tuhan?
adakah cinta membuatkan kita dibuai angan2?
adakah cinta membuatkan dua kawan menjadi lawan?
adakah cinta melibatkan tiada pergaduhan?
adakah cinta hanya berkaitan dengan sefahaman?

cinta atau perkahwinan?? atau cinta dan perkahwinan??? atau perkahwinan dan cinta???
hurmmmm~~~~~~~=)...

dah lama x post tetiba ckp sal kahwin pulak kan???sekadar permulaan perkongsian...

2 comments:

y prihatin said...

da mksud trsirat ke?
mcm da bau ns minyak je

M Syakirah said...

just wait~