Friday, December 2, 2011

info sihat- ulser perut

pernahkah anda mengalami muntah darah sebelum ini? atau mengalami sakit perut seperti sakit yang membakar?? sakit tu boleh dihilangkan dengan makanan atau mungkin sakut itu boleh menerukan lagi keadaan anda...hurmmm~satu persoalan di situ..=)

apabila anda mengalami muntah darah atau pun sakit perut, janganlah segan silu untuk datang ke klinik untuk berjumpa dengan doktor.

sistem yang bertanggung jawap untuk penghadaman kita kita ialah gastrointestinal tract.
( gastro= perut ; intestinal = usus). ia bermula daripada salur esofagus,perut,usus kecil (yang boleh dibahagikan kepada 3 iaitu : duodenum, jejunum dan ileum), usus besar dan rektum.
salur dinding penghadaman kita mengandungi 4 lapisan:

di antara pembukaan perut dan usus kecil ada satu 'pintu' dimana diakan mengecut dan memngembang untuk menghalang atau membenarkan makanan untuk masuk ke usus kecil

1) lapisan paling dalam = mukosa,merembes enzim pepsin untuk penghadaman dan asid untuk membantuk proses penghadaman (pepsin sangat aktif di tempat berasid)
2)kedua= mengandung otot membaluti mukosa
3)ketiga = muskularis externa (muskularis = penuh dengan otot; externa = berada di luar)
4) keempat= adventitia ataupun serosa. tisu badan untuk membalut.


salur yang selalu menjadi 'mangsa' serangan ulser ini ialah di dinding perut (gastric ulcer) dan juga di dinding duodenum (duodenal ulcer). Dalam 5 pesakit yang datang seorang akan datang dengan gastric ulcer dan 4 orang akan datang dengan duodenal ulcer.

epidemiologi (analisis tentang corak sesuatu penyakit, punca d
an sebab yang membantu pembiakan)

ulser perut ini selalu berulang dan selalu dialami oleh pesakit yang berumur pertengahan dan berumur tidak mustahil untuk dilihat pada pesakit muda.

ulser perut boleh disebabkan oleh jangkitan Helicobacter Pylori.

lelaki lebih mudah mendapat duodenal ulser daripada wanita.

penyebab:
- duodenal ulser lebih kerap berlaku kepada pesakit yang mengalami sirosis hati (liver cirrchosis), penyakit peparu yang kronik (chronic obstructive pulmonary disease), sakit buah pinggang yang kronik, lebihan thyroid di dalam badan (hyperthyroidism).

Pathogenesis (patho = penyakit ; genesis= proses utk berlaku)

penyakit boleh berlaku kerana 2 faktor:
1) sistem untuk melawan oleh mukosa lemah. mukosa akan merembeskan satu cairan mukus untuk melindungi dinding perut daripada asid. selalunya kes ini akan membawa kepada gastric ulcer. ini selalu disebabkan oleh bakteria Helicobacter Pylori dan ubat jenis NSAID (non-steroidal anti inflammatory drug) seperti ubat tahan sakit, aspirin unt
uk nipiskan darah, ataupun ubat untuk tahan sakit sendi.



2) terlebih enzim pepsin dan asid hydrocloride kepada dinding mukosa.

kes ini selalu terjadi kepada pesakit duodenal ulcer. bagaimana ini terjadi tidak dapat dijelaskan tetapi sel yang bertanggungjawap untuk merembes asid meningkat. ini telah menyebabkan sel yang bertanggungjawap untuk merembes pepsin jugak bertindak.

apabila asid dan pepsin bertindak dengan sangan aktif. perut mahu segera untuk mengosongkan ruangnya dan menghantarkan makanan yang telah dihadam di perut tadi ke duodenum (ruangan pertama usus kecil)

duodenum yang akan mengeluarkan alkali untuk meneutralkan asid dari perut tidak dapat memberikan jumlah yang cukup.
H pylori juga menjadi jenayah utama dalam kes ini.=p


helicobacter pylori

tanda2 dan simptom:
selalunya pesakit akan datang dengan pendarahan seperti muntah darah, ataupun membuang sisa ketika membuang air besar yang berwarna hitam (hitam kerana darah yang sudah kehilangan besi). sakit perut yang membakar. sakit perut dapat dihilangkan dengan makanan ialah simptom untuk duodenal ulcer namum simptom sakit perut yang teruk akibat selepas makanan adalah simptom untuk gastric ulser.

____________________________________________
ada faktor lain yang boleh mengundang kepada ulser perut ini:

1)ROKOK - saya x faham sebenarnya mengapa ramai orang suka merokok...
2)stres
3)genetik
4)diet seperti alkohol, dan minuman berkaffein

ulser perut mungkin nampak seperti tidak teruk, tetapi kurang pengetahuan tentang ulser dan juga kurang sikap tidak endah sesetengah orang tentang perubahan kesihatan sendiri membuatkan sakit yg dianggap 'remeh' ini menjadi besar. pendarahan yang sedikit boleh melarat sehingga darah semakin kurang dalam badan. apabila hal ini berlaku, pesakit boleh pengsan atau lebih terus boleh kehilangan nyawa. lebih-lebih lagi ulser perut ini selalu berlaku dalam keadaan bawah sedar. dan selalu tidak menunjukkan apa-apa simptom.

jadi sentiasalah mengambil perhatian tentang diri masing2.kita ada tanggungjawap kepada keluarga dan juga diri sendiri.

ulser perut
helicobacter pylori di dalam tisu perut

reference: mama robin dan davidson

*ini hanya sekadar menghilangkan mengantuk di waktu pagi* saja nak praktis medical term in malay. feel free to comment or ask..any of my friends. x kira bukan medik or medik.

1 comment:

fartieyn_92 said...

salam nak tnya..ni pnykit ape ek..contoh...saya dah makan bberpa jm sblomnyer..lpas tu ttba jer dtg sakit kat ulu hati..mkn sikit @ baring kejap..nnti ok la balik..knp yer?