Saturday, September 25, 2010

raya...love...n frenship~

setelah melayan kawan2 berjjogging di taman rekreasi berdekatan dengan uia
diri ini sepatutnya mempunyai mood untuk study..
tapi nampaknya..
perkara berfaedah lain harus dilakukan..
berblogging~
byk perkara yang m syakirah mahu ceritakan...
tapi semakin la mana..semakin byk topik yang kumpul
sampai tidak tahu mana satu harus dimulakan~

raya-
alhamdulillah...raya sudah berakhir
ada duit lebih utk diri ini beli untuk memenuhi kekurangan di bilik~
rak buku!!
m syakirah mencari rak yang boleh dipakai untuk 5 tahun..
alhamdulillah m syakirah dpt rak yang murah tapi sgt besar~
ramai org terkejut dengan kebesaran rak tersebut tapi...
terkejut sebab rak tu muat dalam bilik yg kecik~alhamdulillah!!
cukup rak buku untuk 5 tahun!*semua boleh bayangkan betapa besarnya rak tu*
diri ini terasa kasih sayang rumet dan kawan yang x study malam tu sebab tolong pasangkan rak tu
terima kasih pada mas,maryam dan abby~
open house merata2 pada minggu ini~
diri ini dpt jemputan ke rumah sepupu~
dan sepupu memberikan makanan yang sangat byk~

yg paling kelakar ada rakan nursing yg panik tertinggal bas~
jadi diri ini bantu menghantarkan ke rumah dekan mereka utk open house
malam tu pula menjemput kawan2 ke bilik utk makanan yang byk tu~
bajet makanan tersebut kira utk 4 buah bilik...
namun diri ini terkejut bila makanan itu masih boleh diagihkan kepada lagi 4 bilik...!!
rezeki kawan2 nampaknya..=)...keberkatan
sampai kak engku yg dtg beraya pun masih x dpt habiskan *kak engku bace mesti senyum*
begitu lah..open house dan open roon utk semalam

cinta dan persahabatan~

diri ini tersenyum tatkala membaca blog saudara bunyamin
cinta dan perasaan~
semakin berceloteh sahabat2 diri ini berkata tentang cinta dan perkahwinan
perkara biasa sebenarnya~=)..persediaan juga
diri ini stuju dengan kata2nya~
'manusia memang suka bagi alasan dan tipu diri sendiri. manusia juga terlalu senang serahkan hati kpd makhluk '(bunyamin khair mahmood,2010)

'contoh nya la kan, manusia ni kan ada intrinsic need utk buang air. cuba bayangkan klu tiba2 kita dah tak boleh buang air...haa..kan payah tu. sama lah macam cinta. cinta itu ibarat buang air. sekian dimaklumkan.'
agak kelakar la disamakan buang air dengan cinta kan?huhu~taopi kebenaran masih ada

benar,...
manusia yang tidak bercinta,perasaan curiousnya terhadap cinta sangatlah tinggi~
sehingga mereja terlupa..mereka bercinta kerana ALLAH
bukan kerana kekosongan~
apabila sudah mendpt cinta,jiwa sudah penuh
hasrat sudah tercapai...busan kian menular
neurotrancmitter cinta merembes untuk bind ke receptor perasaan
namun apabila ada syndrome break down~
neurotransmitter mulai berhenti merembes...
perasaan mulai kosong~
mulalai mencari ganti yang byk supaya neurostansmitter boleh merembes
addiction berlaku!!!~~begitulah pathophysiology cinta yang matlamatnya kecil~

ALLAH sudah meberikan amanah pada kita dengan perkahwinan
utk meluaskan zuriat
sebagai ganjaran ALLAH menjadikan perkahwinan itu satu benda yang indah~
melalui CINTA~
kerana itu terjadinya cinta tanpa komitmen iaitu kapel~kerana ada yang mahukan cinta namun tidak tanggungjawapnya
kerana tidak bersedia??jadi mengapa mahu bercinta??
sama macam punyai kereta...
byk perkara harus difikir,jaganya,minyaknya dan bermaacam lg..byk tanggungjawap
tapi masih punyai kereta ada satu perkara yang menyenangkan!~
waktu sekrang wajah,rupa,gaya menjadi satu tarikan pada muda mudi~
hensemnya dia,comelnya dia,
namun satu hari nanti~isu tersebut sudah tidak dipertikaikan namun hati budi pula menjadi soal
baikkah dia?mampukah di utk memahami aku?mampukan dia utk membantu aku dlm urusan?bolehkah dia mengingatkan aku tentang syurga dan neraka?
kerana semakin tua,semakin kita mengingatkan mati..bukan keseronokan~
dan sepatutnya dari skrg kita harus mengingati mati~

jika kita menyayangi seseorang,...
kita takut untuk membiarkan dirnya melakukan dosa kerana kita
kita takut untuk membiarkan diri kita terus dlm ikatan bayang2
kita tidak akan membiarkan dirinya setiasa bergantung kepada kita
kerana memikirkan bagaimana hidupnya tanpa kita jika maut menjelma tanpa khabar berita~
kita tidak akan menjadikan dirinya dan keluarga kita sbg alasan utk perkara yang negatif kita lakukan~
kerana cinta itu terlampau suci utk dikotori~

diri ini sedar,ramai yang sudah terlajak bercinta~
kemudian putus~
namun mencari ganti bukanlah solusi yang baik~
bak kata mr bunyamin ALLAH jadikan kita berpasangan
namun bukan untuk 58-59 kali~
cinta terlampau suci untuk itu~
cinta ibarat ubat~apabila dose menjadi byk~bila2 masa boleh jadi dadah~addiction~
namun masih boleh dirawat~=)

mahu mencari pasangan?carilah!=)
tiada siapa menghalang
ada ibu bapa yang tidak mahu mencarikan calon~
jadi carilah sediri..
kapel??kapel lah tapi bukan dengan mengusung awek ke sana kemari~
nak dating?boleh..gi lah umah bakal mak mentua..
pakwe/awek x de pun x pe..mak ayah diorang mesti tau perangai anak diorang camne kan?=)
kat situ pun kita masih boleh mengenali pasangan kita

anda tidak mahu tanggungjawap perkahwinan...
tapi tak rase tanggungjawap ke bila kapel?apa beza kapel ngan kawen??hurmm~~

diri ini dalam hal cinta biasa sahaja...
hati sgt kosong~betul2 kosong...namun tidak rasa sunyi~
kerana cinta tuhan masih ada~dan akan sentiasa ada~
akan datang seseorang bakal hadir untuk menyayangi
diriini akan menyayangi dirinya juga~wallahualam~

dalam persahabatan~
kadang kita terfikir
bila sahabat menegur kita akan berkata "hmmphh~dia ckp tuh dia bukannye buat"
diri ini terfikir..bilakah adanya seorang yang sempurna untuk menegur?sedangkan rasulullah mewajibkan utk setiap org berdakwah?
*hasil perbincang tatkala habes berjogging*

Saturday, September 18, 2010

raya dan kerja~

bismillah...
kali ini post mungkin pendek
16 sept 2010...
sehari selepas hari lahir angah~
dan hari arwah tok meninggal~16 sept 1995
mak dan rindu bebenor ngan tok kembar...
jadi kami pegilah melawat...
tok kembar sgt bersemangat bercerita~
walaupun sakit~
well,ada adalam darah daging agaknya..=)sembang2 dengan tok kembar~
ingtn tok kembar sgt tip top lah!!~~
leh amik medik nieh..hehe
then abah terus pulang..
anak lelakinya sudah sampai ke kuantan!^_^
angah dah sampai!!2 anak sedara dah menanti~
tapi diri ini pohon izin utk ke uia utk ambil baju2~
dan membawa kek indulgence(kegemaran diri ini) utk menyambut hari lahir angah~
jalan2 ngan kakti n angah di ecm~*blur~*
kemudian kami bersiap2 untuk berbeku~
mak bukan main seronok...ye la..jumpe semua adik2...
bukan senang~
masing2 sudah ada cucu2 sendiri~

esoknya semua pualng ke terengganu..
tinggalah diri ini di sini~
masing risaw meninggalkan m syakirah..
anak bongsu agaknya~
risaw itu ada tapi percaya tetap ada..biasalah!^_^
meluangkan masa dengan kak fara~
tolong project NUSS utk convest~*tolong lah sgt..merapu*
beraya rumah kak fara~berkenalan2
kemudian kenduri kesyukuran sempena abrar mahu ke mesir~
tahniah abrar..semoga jadi imam muda termuda..=p
menolong menyusun atur semula selepas kenduri
mencuci pinggan~mengemas~*jibah terkejut..??=P it happened when we feels that we r the eldest!the respinsibilties was there!!=p*
kemudian dah x ingt pape dah~
seharian keluar~dari memerah otak sampailah mengerah tenaga badan~
penat tapi senyuman masih melebar
jumpa keluarga mmg seronok~

kini m syakirah sudah ada di uia~
semua kawan2 pun sudah ada~
perlu kembali untuk serius semula~
tanggungjawap menanti dalam 5 tahun akan datang~
meluangkan masa dengan maryam sakinah ~
tiba

"eh!shake ni cerita nampak sgt shake sayang ayah shake lebih"
"eh..?ye ke?huhuh~rapat tuh mungkin ngan abah~tp sayang dua2~"
"ohooo..nampaklah sgt~"
"huhuh..bukan senang nak dpt org yang dpt faham kita~n abah adalah org yg paham shake the most~mane shake x sayang~shake sayang org yang faham shake~mak pun paham shake gak~jibah~shake kalo sayang shake sayang sungguh lah~"senyum dah melebar~
diam~masing2 malayan diri masing~

saya sayang org yg faham saya~

gambar candid~
angah baru sampai..n hepi bday~^_^
hot day~
hppy beday angah...kakak tolong potongkan yek?

mak ngan kembar arwah tok (tok kembar)
persamaan dan perbezaan~

senyuman~=)..maksu n tokki chu

mak yang busan tgu makanan~

Wednesday, September 8, 2010

ECM menjadi KLIA,6 pelajar uia lambat naik bus~,raya!

bismillah~
izinkan diri ini menggunakan loghat utara (hanya sedikit) dlm post kali ini...

perjalanan jauh x kurasa...
kerna hati ku melonjak sama..
ingin berjumpa sanak saudara
yang selalu bermain di mata~

semangat btoi nak ghaya kali ni~
diri ini cukup risaw...
takut sampai ke rumah lambat~
jalan semestinya jam..dengan perjalanan yang lebih kurang 10-11 jam...
tapi nak x nak..mmg kena harungi jua~
trip kedua pada pukul 5 bersama lina,faie,kak una,fifah dan kak djah
semuanya masih belum bersiap kecuali m syakirah...
apa lagi ditunggu~camera dikeluarkan~
muka excited seorag demi seorang diambil...
"haa shake!nanti mesti masukkan kat blog dia tuh.."
haik..?x tau pulak ramai yang menjenguk~lain kali bg la komen skali..=)

patutnya kami kena naik van pada pukul 8.30..tp fifah takut pulak jam...
jadi kami tumpang van pukul 5..
gi ecm utk buka puasa~
pada pukul 5,30 van amik kami..
pada awalnya hanya m syakirah,fifah dan kak una ja nak pi ecm..
tiba2 faie,lina n kak dijah pun tukaq plan~
"kita ni kena cepat ni..takut gak semua tmpt kena reserve..jadi kita nak plan ape..??"
semua senyap memandang m syakirah
"ohhh~shake ka kena decide?"
semua org sengih2..."kak shake plan semua jadi" pandai2 la angpa ni semua~
ketawa m syakirah~haii!~~m syakirah cukup malas nak decide sebenaqnya~
cukuplah byk hal2 society kena decide...
alhamdulillah plan menjadi kerana sesudah tuh srau menjadi sendat untuk solat dan tatkala itu kami hanya prepare untuk makan~
*baguz btul ada byk plan dengan cepat*=p

kak dijah sangkakan kawan2nya masih berada di ecm..
rupanya2 semua sudah berada di terminal
bas pukul 8 dan waktu itu pukul 7.35!
kalut juga mahu berjalan...makanan masih belum disentuh~
semua dah blur~m syakirah hanya cadangkan teksi~
jadi kak dijah seoranglah kena pegi terminal...maaflah kak dijah~
setelah selesai barulah m syakirah boleh makan dengan fifah n kak una~
selesai makan trus ke terminal~jalan kaki~

semua dah bagai x larat dengan perut penuh~
m syakirah hanya ketawa~
dan kak una,fifah dan m syakirah naik bas mara meninggalkan lina dan faie~
terkejut kena duduk seblah lelaki..
mujur ade kakak uia boleh tukar seat ngan abg tuh~
lega m syakirah...
berangkatlah kami ke kedah..
x sedar lgsg dlm bus..tup2 dah sampai untuk sahur~
kami solat subuh..tgk2 bas dah hon kepada kami isyarat kami ni LAMBAT..
rupanya 3 org bro uia pun lambat jugak~dak medic semua..heheheh..kusyuk solatlah pakcik bus..jalanlah marah~=)
sampai ke shahab perdana...
abah datang ambil..

terkejut!!!!!!!!chevrolet optra telah bertukar menjadi chevrolet cruzs!!!hai!keta ghaya ka abah?
huhu..jadi temanlah abah ke insaniah sat~
pastu balik~terkejut lg..dua anak buah menanti aku untuk dijaga~
mak dan ayahnya blum sampai lg...
belum puas peluk anak buah...
kereta viva PJU 5335 datang pulang dari dicuci~masih 0 km lg!
buat kueh choc chip...
abah beli tulang daging untuk di masak sup~
kadang2 diri ini rasa bersyukur hanya pulang hanya untuk sehari...
kalo balik lama untuk buka puasa...sah2 m syakirah boleh naik 13 kilo!=)
una dan abg am pulang untuk jumpa anak2~peugeot baru nampak?huhu=)
ganti honda yang accident hari nampaknya~lupakan kemalangan itu~

berita baru!!una pregnant!cucu ke sepuluh bakal keluar!^_^
setiap tahun dpt anak ye una?murah rezki..=)
loqman pun sgt mendengar kata..
boleh jadi abg yang baik utk adik2...*walaupun kuat ngusik adik dia*
lepas buka puasa..solat...takbir bergema dirumah~=)
main bunga api!!!mercun!!abg am beli dari thailand!!best ~~

esoknya~kita kena layan tetami untuk beraya...
bila sudah petang semuanya sudah penat~
"assalamualaikum..kami datang nak raya..kami dah kenyang..nak duet raya ja"
ampes tol la adik2 ni~
"haa!!nak duet raya kena makan dulu..mana leh mai umah org x makan"kata abah
abah layan budak tuh~lawaknya masih sama sejak dulu sampai skrg..=)
"ayaq tawaq!!!x sedap!!"kata sorang budak
"huishhh!!!x sedap nawhh!!munirah!!depa kata ayaq x sedap!!hahahahah"
"huishhh~~x sedap??sapa suh mai ptg2..aih (ais) dah cayaq..ayaq jadi ceghoi(x pekat) la"kata diri ini sambil bawak senduk dan kordial~
belum sempat dikacau air..sorang budak dah dtg rasa air
"hurmm~twaq lg ni..kena tmbh gula"
"amboi..pandai komen~tunggu la nak kacau lu~"
huhuhuhuh..budak2 zaman skrg...mmg pandai berkata2...
moga ilmu dpt membimbing~untuk mengajar mereka berkata dengan betul dan membuat apa yang mereka katakan~

SELAMAT HARI RAYA SEMUA...MAAF ZAHIR DAN BATIN...
_____________________________________
Align Centeraya adik luqman..x pakai baju lg..malulah~~
adli n luqman
asyrafi bajet rajen..huhu~~hishh rajen2 aminnn~~~songkok abg besaq sgt la~=))
aminna~dah berisi dah ni~=)...merajuk ape lah ni ek?
PJU 5335~
ingtlah orang yang tersayang..berhati2 bermain mercun~=)...pakai lilin kawen jibah ni~=))
ya ALLAH..aya!!!brani sungguh pgg gitu!
kueh choc chip~
gambar mak time kecik2..maksu postkan hadiah hari raya untuk mak..=)..tok nampak sgt tegas~huhu
abah~bekerja untuk mencari sesuap nasi~*padahal dtg nak amik kek raya je*=p

troli fulled dengan beg2..

selamat tinggal talhah!!


=)

=)..kebaikan~

bismillah...
=)...diharapkan semua berada di dalam keadaan yang sihat
______________________________________
Shall I compare thee to a summer's day?
Thou art more lovely and more temperate.
Rough winds do shake the darling buds of May,
And summer's lease hath all too short a date.

Sometime too hot the eye of heaven shines,
And often is his gold complexion dimm'd;
And every fair from fair sometime declines,
By chance or nature's changing course untrimm'd;

But thy eternal summer shall not fade
Nor lose possession of that fair thou ow'st;
Nor shall Death brag thou wander'st in his shade,
When in eternal lines to time thou grow'st:

So long as men can breathe or eyes can see,
So long lives this, and this gives life to thee.

jiwang?huhuhu..ini adalah poetry yang dipelajaran tatkala sedang berada di tingkatan.......
tingkatan berapa ya?rasanya pada menengah rendah...
tiba poem ini didengari semula selepas sekian lama...
puisi yang indah~penenrangan william shakespear terhadap seseorang...
hadiah untuk membuatkan si dia kekal 'hidup' melalui puisinya~
sengaja diselitkan puisi ini sebenarnya...
diri ini sedang melihat hujan yang telah menggelapkan keceriaan mentari~
padahal diri ini sedang mengisi masa lapang untuk menunggu pulang ke kampung tercinta...
JITRA~kampungku...
diri ini suka akan hujan~
terasa apabila angin terbang menerpa terasa seperti separuh kesedihan akan hilang~
sejuk..dingin~
tiba diri ini teringatkan CFS
dulu,masa hujan diri ini suka habiskan masa di smawp...
menelaah sambil melihat hujan sgt sgt sgtlah seronok~
rasa ilmu senang masuk...
sini..??huhuhuh
diri ini bersyukur kerana panorama dari bilik sgt indah~

tiba diri ini bermuhasabah sejenak~
kita tahu apa itu baik dan apa itu buruk...
tapi bagaimana mahu menkategorikan seseorang baik dan teruk...
kadang2 kita menangis kerana diperlakukan buruk terhadap seseorang...
tapi kita akan berkata
"tapi dia baik...."
kadang2 terfikir...
bagaimana mahu dikategorikan seseorang itu baik ataupun tidak?
kakak shake sentiasa ckp
"cara kita pikir adik lain tau~walaupun kita perangai serupa..akak kalo org tuh buat perangai buruk kat akak,akak akan ckp dia teruk...walaupun dia buat gitu hanya pada akak...jadi dia teruklah~akak x sbb apa sebab dia buat gitu..kalo dia ada sebab dia x perlu diam...kalo dia baik dia takkan memilih org untuk berbuat baik and kita takkan selalu ada masalah kerana org tu~...adik x perlu sedih ngan orang gini...datang dan pegi sesuka hati je..."
jibah got her point~


seorang sahabat m syakirah berkata
"kalo org tuh baik..kalo dia buat benda buruk pun...kita boleh terima~sebab kebaikkannya dah menutup keburukan yang dia ada"
dia pun punyai point yang tersendiri...
dan m syakirah berstuju dengan kedua2nya..=)
bagaimana dengan anda??
____________________________________________

bus pukul 9...skrg pukul 5...mari bergerak untuk ke ECM..^_^

Friday, September 3, 2010

kueh ohh kueh~

sedang asyik menelaah~
tiba telefon berbunyi bunyi pokpok bujang lapok (ringtone khas utk semua ahli keluarga)
terkejut..
angah telefon~

angah:adik~~kat mana ni?

adik:kat kuantan lah~

angah:bila balik kedah?

adik:8 hb ni..awat angah?*pelik sebab angah x raya kat kedah thn ni*

angah:haa..buat kueh choc chip dak??

adik:hahahahah!!x tau gi..10 tuh dah raya dah kan?

angah: buat kan lah!nanti ang bawak mai balang besaq 2 tau...eh eh eh!angah nak 3...

adik:huishhh~~~mana nak kerah tenaga ni?adik ngan mak ja raya kat umah tahun ni?hahah..x pa2..tgk lu~

angah:heheh..angah mau..nanti 14 hb bawak mai kuantan naa..nak pi lawat tok long kan?angah nak pi gak~buat yang cayaq2 bila letak dlm mulut untuk angah..

adik:ohh..tmbh tepung jagung byk la ni..??heheh..okok

angah:ohh..cayaq tuh pasai tepung jagung ka (bertya kakak ipar kat sebelah dia dengar suara kak ti ckp "iyee laa~~~")

adik:hahahahaha..yaa laa angah oi~

angah:ohhhh..hahahahah~~okok bye~~

lorrr~~call aku semata2 kerana tuh?huhuhu~~~punat no telefon ibu pula ditekan~

adik:assalamualaikum...

mak:waalaikumussalam...

adik:heheh..mak katne tuh?

mak:hehe..mak kat alor staq~(pelat pahang dan kedah bercampur)

adik:ohooo..mesti boring duk umah berdua kan?dating ngan abah la ni?hehe

mak:hahaha..iye lah...window shopping...

adik:makk...td angah tepon...terkejut adik mak~angah kan sebok kat kelantan tuh...tibaboleh call adik~rupanya dia suh adik buat kueh raya 3 balang untuk dia mak~

mak:hah?adik balik 8 hb...sampai 9 hb..raya 10 hb..haa baguih la angah tuh~~
adik:hhehe..x pa ja..mak alang2 kat luar tuh makbeli la bahan..nanti adik leh wat sendiri na~mak x payah la buat...mak tolong bakar je~

mak:haa yee laa...hah!adiik...keta adik warna putih..dpt esok k...warna putih..warna biru lambat la nak dpt lg..so abah tukar warna putih...

adik:hah??putih..?sama gila ngan jibah..huhuhuh...x pe la mak..apa2 aje~*mak dh bg pun dah kira ok..nak bising lak*

mak:okok...apa ntah no plat dia~abah!!~~~

lorr mak bg phone kat abah pulak~~pasai kueh raya x abeh ckp lg~

abah:assalamualaikum adik...haa~~no plat dia PG apa ntah 5335..ok?

adik:(pelat kl bertukar jadi pelat kedah)waalaikumussalam..hoho..x pa jaa..bah..semalam abg sumi dah cita dia bawak mai kuantan nanti keta tuh~

abah:ok kan putih??

adik:hish~abah ni..x pa ja la...ada keta pun dah cukup baik nak ulang alik~=)..abah..bitaw kat mak..x beh lg ckp sal kueh ni...mak beli la barang...nanti adik buatkan~mak jgn wat sendiri
abah:ala..angah tu suh adik wat sebab mak buat x lawa~tapi sedap la makan..hehehehe

adik:sedap ja mak buat~tapi takkan nak suh mak wat sorang kot..nanti la adik pakat ngan along~takut along ada keja gak~x pa..2 tahun lepaih pun cmni gak kan...

abah:ok lah..nanti abah bitaw kat mak~~

adik:hehehe...ok abah..assalamualaikum

msg dihantar kepada jibah
"jibah..anagh tepon..ingt rindu kat adik..rupenye adik suh adik wat kueh raya"

tiba telefon berbunyi lagu pok pok bujang lapok
jibah:hello adik,...angah raya kedah ka??

adik:dak la..raya kelantan lah...tapi angah nak pi kuantan gak 14 hb ni tgk tok kembar

jibah:ohhh..akak balik raya ke-4 ni..heheheheh~~abg sumi nak amik keta adik..

adik:ehh..keta adik warna putih tau...

jibah:putih..?????sama lah kita..adik amik keta akak lah~~

adik:hey~~pandai la pulak ye~nak yg baru je~

jibah:ala...akak kan kakak...hehehe (ayat standard jibah)

adik:ouihhh..dah dah dah~~(ayat tuh buat diri ini x dpt nak malawan kakak sendiri)

jibah:hahaha..angah tepon sebab kueh ke??

adik:haah..pasai kueh je~huhuhu...sedih btoi~

jibah:ohooo~~adik..buat sebalang untuk akak k~sebalang je~hehehehehehe~~~

adik:aiyooooooooooooooooo!!!

p/s:saye rindu family saye~rindu yang indah~walaupun hanya berckp pasal kueh~=)
naseb lah dpt kakak2 n abg yang bz...namun pertemuan yg singkat jadi lebih bermakna~=)