Thursday, June 23, 2011

Pada Suatu Hari di KLCC...

Pada Suatu Hari,...

di sebuah negara yang bertuan,diketahui siapa rajanya,yang diketahui namanya,ada seorang srikandi yang bernama Puteri Azrin. Beliau sangat sibuk dengan dunianya mahu berperang bertempur dengan negara lain,pertempuran yang aneh,di mana beliau perlu memasukkan bola dalam satu bulatan berjaring untuk menang (basketball lah senang nak ckp),tapi beliau sangat arif dengan selok belok pertempuran itu...

Satu hari dirinya kepingin untuk mengetahui kehidupan rakyat biasa.Jadi dia telah menyamarkan diri sebangai pelajar UIA yang mahu melancong untuk melihat keadaan sekeliling.
Beliau buntu ke mana harus dituju,golongan mana harus didekati. Dirinya termangu agak lama di stesen keretapi,melihat golongan sekeliling pergi dan balik tanpa mengetahui olehnya ke mana hala manusia-manusia ini tuju.


setelah agak lama termenung,beliau mengambil keputusan untuk melihat sekeliling untuk membiarkan kaki melangkah ke setiap lapisan masyarakat yang ada di negara itu. Namun kemana harus dirinya mula?Beliau melangkah ke dalam keretaapi itu,melihat sekeliling. Dirinya melihat beberapa golongan yang suka menghabiskan masa begitu sahaja di dalam keretapi itu tanpa berbuat apa.Jauh sekali untuk mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Semuanya bagai sibuk tanpa bayangan kesibukan di dalam ruang mata mereka.

Tiada senyuman,tiada sapaan,tiada salam.

Apakah faktor yang telah membuatkan tradisi biasa masyarakat mereka dahulu telah dilupakan?mahu dikatakan mereka sedang menelaah, tidak.Jauh sekali sedang berckp dengan telefon. Masing2 dengan dunia mereka sendiri. Beliau berfikir lagi, apakah faktor terjadinya perkara ini?adakah disebabkan dunia yang tiada masa,kerja yang sangat membebankan sehingga sarat di minda?adakah kerana tarikan pada telefon yang lebih membuatkan manusia lebih suka berinteraksi dengan orang jauh daripada orang yang lebih dekat?

*sekadar gambar hiasan*

Beliau cuba untuk mengenali lebih dekat rakyat negaranya bermula dengan menjadi seorang tukang kebun sebuah taman yang mewah.


walaupun gajinya hanya kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Dirinya sangat gembira kerana hasilnya halal dan dari usaha titik peluhnya sendiri.

Setelah itu,dirinya cuba memandang tempat mewah melalui perspektif seorang tukang kebun.


dirinya melihat betapa manusia sekarang lebih mementingkan nilai estetika dan metarial daripada fungsi benda itu sendiri. Di mana beg tangan yang digunakan untuk menyimpan duit,namun banyak duit dikeluarkan untuk membeli beg tangan itu sendiri.Sedangkan beg yang sama di tempat lain yang sama kualitinya dijual dengan harga lebih murah dan fungsinya tetap sama.

dirinya bersandar di dinding tempat mewah itu,melihat keadaan sekeliling sambil berfikir: Mengapakah perlu ada beza harga semata-mata melalui jenama sedangkan mana2 jenama memberikan fungsi yang serupa?Terlampau benarkah sebab beberapa golong yg mengatakan jenama mahal lebih tahan lama,atau ia lebih bergantung kepada bagaimana kita menggunakannya?Sedangkan mahu ke tandas di tempat mereka juga perlu bayar 10 kali ganda daripada tempat kebyakan.Apakah bezanya tandas di mana2?hanya tempat yang mewah sahaja perlu dibersihkan atau semuanya?jika di tempat mewah memang ada yang mahu menjaga. Kemana lesapkan wang untuk menjaga tandas di tempat kebanyakan?mengapa ada jurang tempat?
Dirinya masih berfikir,cuba perhatikan sekeliling.Apa yang harus dirinya lakukan untuk mengelakkan ada jurang supaya yang tinggi tidak lupa untuk tunduk dan yang rendah sentiasa beringat untuk mencapai bintang. Dirinya juga hairan memikirkan melihat beberapa remaja berpakaian seragam tempat belajar mereka berlagak seperti dewasa bersandaran antara satu sama lain di tempat awam sebegitu.Bagaimanakah mereka begitu selamba sekali?


setelah termangu agak lama di tempat itu, beliau mengambil keputusan untuk berusaha untuk menggalakkan rakyat negaranya membeli barang buatan negaranya sendiri. Supaya mereka sentiasa beringat,ibarat warga Haji dan umrah dengan Ihramnya ,tiada beza miskin atau yang kaya. Tiada beza kerana mereka datang pada satu negara,untuk memajukan negara,produk sendiri harus diiktiraf oleh rakyatnya sendiri. Menggalakkan untuk melihat barangan dalam negara JIKA FUNGSI DAN KUALITINYA SAMA. Pada yang sama cuba menggalakkan pengeluar negaranya untuk menghasilkan produk yang kualiti yang lebih baik.


Kebersihan di mana2 tempat harus dijaga sama rata dan harga juga harus sama di serata negeri. Yang boleh ditampung oleh semua lapisan masyarakat.

Dan di tempat2 awam,pelajar berumur 18 tahun kebawah (terutama berpakaian seragam sekolah) tidak dibenarkan keluar di tempat tersebut tanpa pengawasan ibu bapa atau guru sekolah. Penjaga harus ada untuk memerhatikan bahagian itu dan ini dapat menambah peluang pekerjaan.
Puteri Azrin tersenyum lebar memikirkan beberapa impiannya yang masih tercatat di dalam minda. Beliau berharap beliau dapat merealisasikan matlamat itu namun dirinya masih mentah untuk berfikirkan soal negara seorang diri.Dirinya perlukan pendapat yang lebih ramai.

Jadi,dirinya mengambil keputusan untuk pulang

Dirinya berdoa...

"ya ALLAH,setinggi langit mana diriku berada,sentiasakan ilhamkan diriku untuk melihat bawah, tempat asalku,tanah"

p/s:jagalah kebersihan tandas kita...belilah produk buatan malaysia..^_^

___________________________________________

gambar di atas harus diucapkan terima kasih kepada cik Azri Azrin kerana sudi meluangkan masa untuk menjadi bahan ujikaji Sya yang baru mahu belajar dalam seni photography.Banyak gamba yang x jadi...harap maaf

di KLCC

dan terima kasih

sifu, dr rodhiyah shahar..=)..tq!

Monday, June 20, 2011

warga asing...???

alhamdulillah..setelah beberapa lama mendiamkan diri...
Sya kembali ke arena berblogging..
kini Sya masih lagu belum menghirup udara negeri terchenta...
masih berada di dunia sibuk KL...

isu yang muncul pada buletin utama malam td ialah...
dikalangan 13 lelaki di pahang yg dipilih 1 adalah warga asing...
ini menunjukkan peratusan yang meningkat di kalangan warga asing...
itu baru pahang...
bagaimana dengan selangor...kl dan tempat maju lain..??
adakah kadar peratusan tinggi juga...??
hurmm~dari sudut aspek pembangunan mungkin warga asing semakin ramai...
pahang adalah negeri yang baru hendak membanguan dari sudut perindustrian...
jadi tidak terkejut jika ramai warga asing terlampau 'saturated' di pahang...

satu lagi yang mengundang ketawa Sya...
jumlah wanita di pahang kurang berbanding lelaki...
alasan yang diberikan wanita banyak berpindah ke bandar besar
manakala lelaki susah untuk mencari pasangan hidup...
benarkah..??
Sya rasa berita yang kedua ada kaitan dengan berita yang pertama...
migrasi warga asing kebanyakkannya kaum adam...
jadi x mengejutlah jika lelaki pun bertambah...
tiba2 Sya terbaca status rakan di facebook..

"adakah lelaki di pahang susah untuk mendapat pasangan hidup kerana mendapat saingan daripada warga asing...???"

lagi sekali Sya ketawa terbahak2...
tapi jika difikirkan...
ada benarnya...ramai yang boleh memilih warga asing in stead warga sekulit sendiri...
menarik sangatkah warga luar...??
apakah isu menarik itu menjadi isu utama...?
salah wanita kah??
salah lelaki kah??
Sya rasa Kerajaan sudah lebih arif perkara ini bakal berlaku apabila mereka memilih untuk menerima warga asing sebagai rakyat sementara sekarang ini
kahwin campur sudah tidak jadi asing lagi di seleuruh dunia...

Sya tidak rasa isu menarik menjadi sebab utama...
tapi lebih kepada isu tanggungjawap dan jaminan menjadi isu
mungkin warga asing tidak sekaya yg boleh..
namun mereka ke sini atas urusan kerja dan mereka berusaha untuk mencari nafkah...
mungkin kais pagi makan pagi kais petang makan petang...
tapi biarlah kais pagi atau kais petang daripada mengetahui tiada apa yg bakal dpt jika tidak berusaha...
mungkin itu yg membuatkan warga asing lebih diterima dari warga tempatan...
bukan Sya katakan semua begitu...
mungkin ada sesetgh begitu...
sesetengah yang tidak punyai kerja atau kerja tidak tetap...
tidak berfikir mahu ada tanggungjawap bekeluarga lagi...
ulang suara ...L.A.G.I..
membuka ruang yg mengambil kesempatan yang mahu berkahwin...
bukan sahaja bersedia..juga atas tujuan kad hijau!!!
mereka mungkin tidak berkahwin atas dasar cinta...
mcm zaman dahulu..
kahwin atas dasar perdagangan,penyebaran agama,n mungkin jugak atas dasar survival...

jadi skarang...mahu disalahkan wanita yg sdah bersedia bekeluargA?
nak salahkan warga asing ygmencari peluang kerakyatan di samping keluarga??
atau nak disalahkan lelaki tempatan yang tidak bersedia untuk berkahwin???
matang dahulu baru kawen atau kawen dahulu baru matang..??
bagaimana untuk matang...???

jika semua org mahu bekerja di dalam penghawa dingin...
tidak mahu berkerah di tempat panas...
kecuali yang sudi~
jadi mahu disalahkan syarikat yg memberikan gaji yg sedikit...
atau mahu salahkan rkyat yg mahu kerja senang...???
ade ke kerja yg senang tapi x penat???
ada yang sudah berhubungan...
tp tidak mahu kawen sebab x bersedia lg,.
x paham...tidak mahu berkahwen sebab tidak bersedia
tapi mahu punyai hubungan...
tidak ke pelik...??????

mulanya masalah individu tiba menjadi masalah nagara...
mmg itulag kalau tidak dibendung awal2...
adakah ini benar2 masalah..??
saya hanya pencetus untuk anda berfikir...

ok...ini ada beberapa gmbr bersama kawan2...
mostly mahu berhadapan dengan perjuangan di masum...
semoga berjaga team volleyball,basketball dan handball UIAM..=)

bersama budak basket







dengan budak volley


Wednesday, June 1, 2011

lebah vs doktor???

terkejut Sya terima panggilan daripada Iman...
ya ALLAH,Sya tertidur lg...
ini bahana jika tidak keluar bermain di waktu petang...
kerja tidur buat lemak di bilik..
walaupun sebenarnya ada tugas sedang menanti di depan laptop..
nampak Sya byk buang masa skrg ini...
bukannya SYa yang mengolah poster..
tapi poster tu yg tgk Sya terbongkang tidur di depan laptop...
aduh!

sebentar tadi Sya mengikuti majlis baiah kakak2 dan abg2 5th year yang sudah selamat bergelar dr
alhamdulillah...
tahniah pada mereka...
insya-ALLAH Sya akan jadi berada di tempat mereka
selagi kudrat masih ada...
nasihat dr2 dan dean lebih terbuka di mana bukan sahaja kakak2
malah kami 1st year yang agak 'mengada2' menghadirkan diri
juga turut mendpt input daripada dean kami...

tiba2 minda Sya menerawang ke arah 5 tahun akan datang
di manakah Sya tatkala itu?
adakah seperti mereka?
dr Jamal selalu kata...
menjadi dr perkara pertama bukanlah ilmu...
tetapi akhlak...
ilmu kita boleh beri...tapi akhlak..??

perkara yang saya Sya asyik dengar dari angah,una n jibah...
attitude,semangat,patient is our guest,try to be fit to be a dr,be active...

"nak ke nanti bila adik balik...anak adik nak main ngan adik tp adik marah dia..sebab ape?seb ab adik penat sangat sampai adik moody..nak ke gitu??bukan isu nak kurus atau nak nampak hebat dik..tp isu nak kawal mental ni...bukan senang kalo x latih dari awal..nanti bila dpt sikit dah merungut~tension..nak release tension,makan...makan,makan...bila dah berat naik mcm mana nak buat kerja??"

itu yg Sya dpt bila Sya soalkan isu aktif bersukan...

tiba2 bila berada di auditorium KOM sebentar td...
Sya dpt rasakan kegembiraan dari dr2 baru UIA ini sampai kepada Sya sendiri...
seronoknya...
terasa sedih sebab Sya bakal kehilangan beberapa org yg selalu jadi teman bermain basketball
namun terasa mereka sudah bersedia utk memikul beban sebagai seorang dr...
berat...tapi berbaloi jika minat...

Sya cuba akan jaga attitude,
semua ini sangat berbaloi...
modal masa depan...
cuba utk berfikir luar dari kotak bak kata dr fauzi...
cuba lihat medik dari sudut yang berbeza...

bak kata dr jamal
jadi seperti lebah,melihat bunga bukan kerana warnanya..tapi kerana madunya~

bak kata abah...
jadi seperti lebah...bukan sekadar memelihara sarang tapi memelihara satu pokok tempat terduduknya sarang itu...
jadi seperti lebah...tidak akan meninggalkan sarang walau apa jua berlaku..menggunakan sengat anugera tuhan untuk melindungi diri...manusia?akallah...=p\
jadi seperti lebah...tidak akan mengosongkan sarangnya hanya ketika sarangnya sudah dipenuhi dengan masu untuk menjadi kegunaan makhluk yang lain...

baru tersedar td...rupanya sejak Sya di Medcy Sya agak garang ye??
huhuh...jangan samakan SYa di medcy dan Sya di KOM
di sana SYa ketua..SYa perlu tegas...
di sini SYa org bawah...Sya hanya memberi cadangan..=)...
garang sangat ke???

tiba2 teringin untuk melihat sejarah selama setahun...
ini beberapa gambar yg SYa tangkap secara random sepanjang tahun ini...
gambar mmg sejarah yg tidak mempunyai suara..tapi mampu berkata2!!1 gambar seribu makna





kak yan dah grad..kak cep dah kawen.T_T=p

gambar pertama gya tangkap...=)