Thursday, June 23, 2011

Pada Suatu Hari di KLCC...

Pada Suatu Hari,...

di sebuah negara yang bertuan,diketahui siapa rajanya,yang diketahui namanya,ada seorang srikandi yang bernama Puteri Azrin. Beliau sangat sibuk dengan dunianya mahu berperang bertempur dengan negara lain,pertempuran yang aneh,di mana beliau perlu memasukkan bola dalam satu bulatan berjaring untuk menang (basketball lah senang nak ckp),tapi beliau sangat arif dengan selok belok pertempuran itu...

Satu hari dirinya kepingin untuk mengetahui kehidupan rakyat biasa.Jadi dia telah menyamarkan diri sebangai pelajar UIA yang mahu melancong untuk melihat keadaan sekeliling.
Beliau buntu ke mana harus dituju,golongan mana harus didekati. Dirinya termangu agak lama di stesen keretapi,melihat golongan sekeliling pergi dan balik tanpa mengetahui olehnya ke mana hala manusia-manusia ini tuju.


setelah agak lama termenung,beliau mengambil keputusan untuk melihat sekeliling untuk membiarkan kaki melangkah ke setiap lapisan masyarakat yang ada di negara itu. Namun kemana harus dirinya mula?Beliau melangkah ke dalam keretaapi itu,melihat sekeliling. Dirinya melihat beberapa golongan yang suka menghabiskan masa begitu sahaja di dalam keretapi itu tanpa berbuat apa.Jauh sekali untuk mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Semuanya bagai sibuk tanpa bayangan kesibukan di dalam ruang mata mereka.

Tiada senyuman,tiada sapaan,tiada salam.

Apakah faktor yang telah membuatkan tradisi biasa masyarakat mereka dahulu telah dilupakan?mahu dikatakan mereka sedang menelaah, tidak.Jauh sekali sedang berckp dengan telefon. Masing2 dengan dunia mereka sendiri. Beliau berfikir lagi, apakah faktor terjadinya perkara ini?adakah disebabkan dunia yang tiada masa,kerja yang sangat membebankan sehingga sarat di minda?adakah kerana tarikan pada telefon yang lebih membuatkan manusia lebih suka berinteraksi dengan orang jauh daripada orang yang lebih dekat?

*sekadar gambar hiasan*

Beliau cuba untuk mengenali lebih dekat rakyat negaranya bermula dengan menjadi seorang tukang kebun sebuah taman yang mewah.


walaupun gajinya hanya kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Dirinya sangat gembira kerana hasilnya halal dan dari usaha titik peluhnya sendiri.

Setelah itu,dirinya cuba memandang tempat mewah melalui perspektif seorang tukang kebun.


dirinya melihat betapa manusia sekarang lebih mementingkan nilai estetika dan metarial daripada fungsi benda itu sendiri. Di mana beg tangan yang digunakan untuk menyimpan duit,namun banyak duit dikeluarkan untuk membeli beg tangan itu sendiri.Sedangkan beg yang sama di tempat lain yang sama kualitinya dijual dengan harga lebih murah dan fungsinya tetap sama.

dirinya bersandar di dinding tempat mewah itu,melihat keadaan sekeliling sambil berfikir: Mengapakah perlu ada beza harga semata-mata melalui jenama sedangkan mana2 jenama memberikan fungsi yang serupa?Terlampau benarkah sebab beberapa golong yg mengatakan jenama mahal lebih tahan lama,atau ia lebih bergantung kepada bagaimana kita menggunakannya?Sedangkan mahu ke tandas di tempat mereka juga perlu bayar 10 kali ganda daripada tempat kebyakan.Apakah bezanya tandas di mana2?hanya tempat yang mewah sahaja perlu dibersihkan atau semuanya?jika di tempat mewah memang ada yang mahu menjaga. Kemana lesapkan wang untuk menjaga tandas di tempat kebanyakan?mengapa ada jurang tempat?
Dirinya masih berfikir,cuba perhatikan sekeliling.Apa yang harus dirinya lakukan untuk mengelakkan ada jurang supaya yang tinggi tidak lupa untuk tunduk dan yang rendah sentiasa beringat untuk mencapai bintang. Dirinya juga hairan memikirkan melihat beberapa remaja berpakaian seragam tempat belajar mereka berlagak seperti dewasa bersandaran antara satu sama lain di tempat awam sebegitu.Bagaimanakah mereka begitu selamba sekali?


setelah termangu agak lama di tempat itu, beliau mengambil keputusan untuk berusaha untuk menggalakkan rakyat negaranya membeli barang buatan negaranya sendiri. Supaya mereka sentiasa beringat,ibarat warga Haji dan umrah dengan Ihramnya ,tiada beza miskin atau yang kaya. Tiada beza kerana mereka datang pada satu negara,untuk memajukan negara,produk sendiri harus diiktiraf oleh rakyatnya sendiri. Menggalakkan untuk melihat barangan dalam negara JIKA FUNGSI DAN KUALITINYA SAMA. Pada yang sama cuba menggalakkan pengeluar negaranya untuk menghasilkan produk yang kualiti yang lebih baik.


Kebersihan di mana2 tempat harus dijaga sama rata dan harga juga harus sama di serata negeri. Yang boleh ditampung oleh semua lapisan masyarakat.

Dan di tempat2 awam,pelajar berumur 18 tahun kebawah (terutama berpakaian seragam sekolah) tidak dibenarkan keluar di tempat tersebut tanpa pengawasan ibu bapa atau guru sekolah. Penjaga harus ada untuk memerhatikan bahagian itu dan ini dapat menambah peluang pekerjaan.
Puteri Azrin tersenyum lebar memikirkan beberapa impiannya yang masih tercatat di dalam minda. Beliau berharap beliau dapat merealisasikan matlamat itu namun dirinya masih mentah untuk berfikirkan soal negara seorang diri.Dirinya perlukan pendapat yang lebih ramai.

Jadi,dirinya mengambil keputusan untuk pulang

Dirinya berdoa...

"ya ALLAH,setinggi langit mana diriku berada,sentiasakan ilhamkan diriku untuk melihat bawah, tempat asalku,tanah"

p/s:jagalah kebersihan tandas kita...belilah produk buatan malaysia..^_^

___________________________________________

gambar di atas harus diucapkan terima kasih kepada cik Azri Azrin kerana sudi meluangkan masa untuk menjadi bahan ujikaji Sya yang baru mahu belajar dalam seni photography.Banyak gamba yang x jadi...harap maaf

di KLCC

dan terima kasih

sifu, dr rodhiyah shahar..=)..tq!

2 comments:

max'*bubble said...

ahaahhhahahahhahaha. kelakar gile ! ngarottt ! muahahahaha.
tapi terbaek laaa bole lak come out dgn story line~~ hee , fairytale :D

M Syakirah said...

to max bubble:hehehe..thx max..jgn lupe amik pengajaran jugak..huuu~~