"amboi!besar sungguh impak nur kasih sampai dlm blog pun nak bercerita"..
tp nampaknya munirah syakirah seakan2 tergila2kan drama ini..huhuh..ya memuji drama ini..bukan mudah munirah syakirah menunjukkan rasa kagum terhadap sesuatu benda..jika diri ini sudah memilih..bermakna ada KUALITI yg org mungkin nampak dan mungkin x nampak..lebih2 lagi tentang drama ataupun filem..cukup susah diri ini melihat seni di layar perak yg sgt berkualiti..dan buat masa ini drama dan filem arahan kabir batisha (btulkah ejaan tu) sgt bagus!diri ini sgt memuji drama tersebut kerana beberapa aspek...
1) angle yang digunakan dah penggunaan cahaya dan tone sgt baik!~~cuba lihat semua baju pelakon2..warna yg digunakan seangkatan je!
3) pelakonnya menyampaikan cerita dgn baik..suara yg jelas sehinggakan apa yg dikatakan diterima dgn baik...tersenyum bila orang kat luar mempertikaikan pelakon yg menggerakkan watak2 ni...watak yg pernah berlakon atau punyai latar blakang sosial yg kurang disukai melakonkan watak yg sgt baik...uhuh..itu tandanya, jika sudah dikenal dengan keadaan lain..susah utuk kita terima dengan keadaan yg lain pula...paham tidak bahasa ni..??saya lebih ska berkias di bahagian ini...
3)jalan cerita yang tak melampau dan diterima akal...segala apa yang dilakukan semuanya mengikut syarak yang ditetapkan..tak kira apa sahaja..mungkin dia x menampakkan life sebenar org di malaysia..tp ini adalah cara2 hidup org ISLAM yg sebenar dimana rakyat malaysia majoritinya umat Islam...nah!satu contoh yang baik utk diterapkan dlm hidup kita seharian...segala keputusan yg dilakukan mmg tepat dan mbgikut syarak
mari kita terjah lebih mendalam...
menjadi anak Imam...
rmi org ckp..anak imam mesti elok..tertib..padahal semua org perlu tahu..imam itu manusia biasa..dan anak yg ada bukan bermakna akan mengikut jejak langkah...diri ini sedar kerana diri ini anak imam...namun begitu byk ketidaksempurnaan dlm diri ini...tp kena diingatkan iman tidak boleh diwarisi..jadi diri ini perlu mencari hidayahnya sendiri...boleh nampak dengan sikap sarah yg lain n sikap adam pun yg lain pada awalnya...
poligami..
maaf..munirah syakirah bersikap natural..walaupun diri ini mengetahui jika diri ini ditempatkan bersama perempuan yg berpoligami..ntah bagaimanalah hati ini...kuatkah..??namun hati yg waras masih mengatakan hidup akan bahagia jika poligami diletakkan ditmpt yg btol...yg menjadi masalahnye adalah soal HATI..ya ALLAH,..hati kena kuat untuk poligami...terbayang wajah katrina..aduh!~bagaimana perasaan katrina ingin menerima hakikat yg adam terlampau cintakan nur..terpaksa menerima kenyataan tu hanya kerana dirinya masih menyintai adam hassan...perit2~perasaan bila kita katakan "miss u" tp perkataan itu tidak terjawap..bila kita memandang lelaki yg kita sayang namun pandangan itu tidak dibalas..pergh!sgt sakit..ahaks!~~
langit vs bumi
sini ada menunjukkan perbezaan yg besar dlm adik beradik jugak suami isteri..tp adakah itu menghalang..??tidak kan..?malah ia membantu..stuju benar diri ini dengan pendapat watak aliya.."mengapa kita perlu lihat perbeza jika kita punyai persamaan..?"n perempuan ni when it comes bout love...they will try to accept it..even it is hard...bak kate jibah (kakak)"kita takkan tau bila kita bersedia sehingga kita mencuba"padahal perbezaan jugak boleh dilihat dari sudut positif (mengapa berfikir hal negatif..??itu hanya menimbulkan masalah..melainkan anda hendak mempredict satu yg bakal terjadi..tp x bermakna AKAN TERJADI)..perangai yg jauh bak langit dan bumi itu perlu disatukan dengan melengkapi antara satu sama lain..=)..
love after marriage
indah kan..??huhuhuh...tp yang membuatkan satu hubungan itu bahagia adalah orgnya..bukanlah jenis cinta tersebut...tp susahkan nak bahagiakan org yg kita sayang..??huhuh..cube hayati di situ...lihat situasi adam dlm episod yg akhir2..dia hendak serahkan nur pada aidil..dia ingt itu jalan terbaik untuk bahagiakan aidil dan amina..btolkah..??akhirnya sakit juga...
perempuan boleh pinang lelaki...
cume melayu terlampau mengikut adat..di sini menunjukkan betapa melayu telah menganggap satu adat itu adalah perkara yang wajib..padahal itu hanyalah adat adalah perkara Harus..bukan sunat..tiba2 teringat kata2 mak "mak x kesah berapa rmi laki angpa nak bawak jumpa mak...tp sapa yg cepat nak chop anak mak,dia la yg dapat..jodoh x mengira manusia..bukan kita yang merancangnya"..takut dengan kata2 itu sebenarnye..tp apakah erti di sini..??ertinya jodoh yang kita x semestinya dapat jika tiada usaha ke arah itu...terimalah seadanye
byk juga kata2 yang boleh diquotekan di sini...tp kebykkan kata2 dialog ini saya teringtkan diri saya sendiri
"jgn buat keputusan demi kebahagian orang lain,nur"adam kepada nur..
"shake,..kadang dalam hidup kita,kita kena berlaku kejam...cuba pikir pasal ang sat"mirah
"dalam situasi ini tiada siapa yang salah..."ibu angkat nur
"dalam hidup x ada yg dikatakan salah..melainkan berkaitan agama..kerana perkara yg dikatakan salah tu akan bawak kita ke arah yg btul.."shake
konklusinya,munirah ingin mengatakan drama ini sgt berkualiti...harap sgt penonton yg melihat melihat kualiti yang sama..diri ini jarang melihat sudut luaran sesuatu benda...diri ini lebih suka melihat kualiti suatu seni atau orang yg disekelilingnya..pengajarannya terlampau byk..dan mengikut syarak..byk nilai2 yang baik yg boleh dijadikan contoh dlm filem ini..ambillah..perbaikilah diri ini...bukan untuk diminati..menjadi lebih baik utk menjadi contoh terbaik...bukan hanya sekadar lakonan...mungkin rmi yg berkata kami tidak mau hipokrit..tp apa sebenar fitrah mereka..??
ape2 pun..munirah syakirah berikan 5 bintang utk drama nur kasih dan berharap sgt drama2 melayu selepas ini dpt memberi kualiti yang sama...kualiti dan nilai yg sgt baik...diri ini yang tidak suka melihat filem atau drama kerana kualiti dan nilainya yang merosot kini membuka hati utk menanti apakah drama2 bakal menandingi drama nur kasih ini...akhir kata...
jadilah lelaki SEBERANI ADAM dan SETULUS AIDIL
jadilah wanita yang BERANI MENGORAK LANGKAH SEPERTI ALIYA,dan SEKUAT HATI NUR AMINA...
kita cuba meengubah diri untuk jadi lebih baik...dan munirah syakirah yakin ramai yang ingin menjadi seperti nur amina selepas ini..diri ini..??huhuhuhuh..cukupkah kualiti diri ini..?
diriku x mampu menjadi nur aminna..kerana diri ini ada jalan ceritanya sendiri..^_^..dri ini hanya insan yg lemah
Hidup ini akan menjadi indah..jika kita corakkan dengan warna2 Islam,Iman dan Ihsan