Friday, April 3, 2009

TaG DaRi RaJa sYaHmI

mari ber-Bahasa! versi Tag

adakah saya perlu berbahasa melayu sepenuhnya..??ahh..itu tidak menjadi masalah buat saya...tag saya untuk kali ini mungkin berbeda dengan kawan2 saya yang lain..kerana saya mahu menjawap dlm bentuk pantun...:)

1. Kekasih saya adalah :

hati keras umpama batu,
belum diberikan pada sesiapa,
kasih tentu pada keluarga dan ilmu,
kasih yg kekal pada yang Esa.

2. Saya sedang mendengar :

lagu klassik pilihan hamba,
diikuti dengan bunyi kereta,
suara rakan berkongsi rasa,
pendengaran enak di pagi buta.

3. Mungkin saya patut :

berangan2 pergi ke kuantan,
melepaskan rindu bersama keluarga,
namun hajat terpaksa dilepaskan,
walaupun jiwa sangat terseksa.

4. Saya suka :

mencoretkan cerita saya,
melihat bintang menjadi kegemaran,
menjadi ubat ketika duka,
menjadi pujukkan setiap permasalahatan.

5. Sahabat-sahabat baik saya :

Nurul Hakimah kembar yg ceria,
Nurul Syafikah ahli bilik yg setia,
Bersama hanis berkongsi rasa,
tidak lupa Gya yg lembut orangnya.

6. Saya tak faham :

Mengapa perlu duka segala,
Kasih Allah melimpah merata,
Tidak salah untuk berduka,
untuk muhasabah diri seorang hamba.

7. Saya rindukan :

Keluarga sayang sangat di sayangi,
anak2 buah sangat dirindui,
Namun diri kena tabahkan hati,
Menjauhkan diri,ilmu dicari.

8. Ramai yang berkata:

Hamba budak kurang matangnya,
dengan perangai kebudakan segala,
Namun matang bukan pada luaran saja,
tapi pada tindakan yang dewasa.


9. Makna nama saya di muka depan facebook saya bererti :

Munirah Syakirah nama hamba,
Sinar Kesyukuran diberi makna,
Nama Shake diberi rakan segala,
Anggap Hamba mampu goncangkan dunia.

10. Cinta itu :

sungguh subjektif,
bergantung pada diri sendiri,
sampai rmi menjadi sensitif,
walhal itu kurniaan tuhan yang suci.

11. Disuatu tempat,seseorang sedang :

Duduk membaca tag ini,
sambil tersenyum seorang diri,
Memikiran tag yg unik ini,
Sila la buat kalau sudi.=)

12. Saya akan cuba :

teruskan usaha untuk berfikir,
demi masa depan yg blom pasti,
di samping usaha yg masih fakir,
mandapatkan impian menjadi realiti.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :

Ayat Selamanya x penah ada,
dlm dunia ciptaan Illahi,
ayat itu seswai utk yg berkuasa,
yg Maha mengasihi dan Menyayangi.


14. Saya tidak akan/pernah mahu:

Manjadi orang lain cuba dielakkan,
walaupun diri serba kekurangan,
cuma diri dambakan perubahan,
hanya perbetulkan diri penuh kelemahan.

16. Bila saya terjaga dari tidur di waktu pagi, perkara pertama yang akan saya fikirkan ialah :

Sudahkan kawanku sudah terjaga?
perlukah aku mengejutkan mereka?
sesudah itu apakah racangan seterusnya.?
adakan hari ini telah siap terrencana.?

17. Saya paling meluat bila :

Mengaduh nasib sangatlah malang,
Takkan jumpa semngt yang hilang,
hanya teruskan hari yang Walang,
tanpa cuba untuk Riang.

18. Pesta/Parti adalah :

Pesta Ria sangat menyeronokkan,
bersama2 rakan tersayang,
makan2 yg sedap tidak dilupakan,
Tp masih ingt batas yg terlarang.

19. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :

Arnab yg comel untuk jualan,
sangat putih dan sgt manja,
Hajat mahu menjadi tuan,
Namun harganya secantik haiwannya.=D

20. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :

Kanak2 zaman ria,
Remaja pula penuh manisnya,
Alam dewasa belum tentu bagaimana,
yang Penting kita nikmati semua.

22.Malam ini saya akan :
Bergurau2 bersama teman,
Cuba realitikan Impian rakan,
Buku Chem 2 jadi panduan,
untuk mentelaah jika ada kemampuan...=D

23.Esok pula saya akan:

Siapkan Laporan Kajian Hamba,
untuk dihantar untuk disemak,
masih Merancang untuk tulis apa,
harap markah tidak ditolak.

24. Saya betul2 inginkan :

Kasih sayang sudah memadai,
Kegembiraan keinginan hati,
berkongsi kenangan hati ke hati,
itulah idaman diri sendiri.

25. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini, apakah perkara pertama yang terlintas di fikiran anda ?

Adakah aku adalah aku..??
senangkah Rakan bersama diri..??
Aku hanya buat apa yg mampu,
bersyukur dengan diri sendiri

26. Pusat membeli-belah atau arked permainan:
Pusat Beli Belah pilihan yg tepat,
arked perminan xkn menjd pilihan,
x kira di mna2 tempat,
mambeli belah sekadar untuk keperluan.

27. Makanan Barat atau Jepun :

Dua makanan ada keistimewaan,
mengapa perlu buat pilihan.?
Ayam Potong x boleh dilupakan,
sushi pula menjadi idaman.

28. Bilik yang terang atau gelap :
Sekali lagi hati tertya,
mengapa perlu pilih segala,
kedua2 diperlukan semua,
satu untuk tidur satu untuk kerja.

29. Makanan segera adalah :

Makanan itu perlu dielakkan,
Boleh kurang segala ingatan,
boleh sekadar alas kelaparan,
namun amalam harian dibuat jgn.

30. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang :

Tolong belikan Fail chemistry,
Kepada Kim yg baik hati,
yg cuba membantu diri,
tersadar di UIA seorang diri...:)

hamba tag:

1- bunyamin!!~~
2- hanis hafizah
3- jibah
4- irfan
5 - Akmal Hayat

huhuhuhuhuhu..

kepada Raja syahmi yg berbudi,
terima kasih kerana tag diri ini,
kepada kawan yg sudah dituding ini,
sila la buat hamba menanti........


hahahahhaha...adakah hamba sudah berbahasa..????

3 comments:

.::annemishi::. said...

awatlah ang suka tag ku? tau laa ku sorg yg rajen~~~ hahahaah...

rajen tol laa makcik nih wat pantun..

tgok laa klo ku rajen..ku wat..

M Syakirah said...

hahahahaha...ang x payah ar buat pantun kalo ang x ska...hjuhuhuh...

Akmal Hayat said...

hahaha..

aku anti-tag!!

xmau buat bley??