Thursday, May 28, 2009

Harapan...

mencari harapan...

aku dpt dari kawan aku..x tau dia dpt dari blog mane....saje nak post..walaupun aku akan kureng dlm benda2 gini...

Jika kamu memancing ikan…
setelah ikan itu terlekat di mata kail…
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu
sahaja…

kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu…
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang…
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya…
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja…
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu… dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada…
jangan terlalu mengharap pada takungannya…
dan janganlah menganggap ia begitu teguh…
cukuplah sekadar keperluanmu…
Apabila sekali ia retak… tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…
akhirnya ia dibuang…
sedangkan jika kamu cuba membaikinya…
mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya…
Janganlah kamu terlalu mengaguminya…
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…
anggaplah dia manusia biasa…
Apabila sekali dia melakukan kesilapan… bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya…
Sedangkan jika kamu memaafkannya…
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…
yang kamu pasti baik untuk dirimu…
Mengenyangkan. Berkhasiat…
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain… Terlalu ingin mengejar kelazatan…
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya…
Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu…
Menyayangimu. Mengasihimu…
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain… Terlalu mengejar kesempurnaan…
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal…

bg korang cam mane..???..bagi aku org yg menulis ini meluahkan isi hati dia..mungkin agak marah pada seseorg...huhu..perumpaan berunsur nasihat ni seperti utk sebelah pihak..pihak yg terlampau memilih pasangan hidup..terlampau nak kesempurnaan hubungan sampai x sedar bahawa semua benda di dunia ni x sempurna...sanggup mencari dan bertukar beriibu kali utk mencari kesempurnaan sehingga rmi jiwa yg terluka..wah!!~~~

tp kita kena ingt..ALLAH jadikan manusia ni berbeza kemampuannya...mungkin sebela pihak x mampu tp mungkin pihak sebalh ini pula yg mampu...kita mengharap seseorg utk lakukan itu dan ini..membina stau harapan...tp tak ke kita cuba utk bersedia..??kalau semua org boleh diberi harapan..maka x indah la Drama Allah di pentas dunia ni...so ini sambungan aku

Jika ikan yg ditangkap sudah terlepas...

sakit terkena bisa mata kail..

carilah rampai yg bisa memulihkan...

mungkin rmpai bisa buat ikan lebih kuat...

jika ikan x dilepaskan..

kemana lagi mahu dituju..?disimpan menjadi hiasan..?

mungkin ikan akan sesak nafas di sampai..

jadi biarlah ikan pergi...

mmg sakit jika pergi bersama kenangan...

tp carilah keindahan bila dilepaskan...

kita akan senyum penuh kesyukuran

Jika Penadah air sudah retak...

dek air harapan yg memberi,

jgn sangkakan diri x berguna...

padahal kita memberi air pada tanah..

retakan penadah menjadi hiasan pokok bunga...

bila diri dianggap istimewa..

sehingga x dpt menerima cacat cela..

diri ditinggal bukan kerana salah..

cuma mereka x sedar kecantikan kecacatan kita!

jika nasi ditinggalkan..

utk mencari makanan yg lebih lazat...

biarlah nasi basi dibuang...

akhirnya menjadi makanan ayam...

ayam yg tau menghargai makanan...

jika diri ditingalkan orang...untuk mencari org yg lebih sempurna..

biarlah diri ini dibuang

sekurang2nya walaupun org lain yg menerima tidak seperti diharapkan...

namun di hargai kita sebagai insan!!

12 comments:

sChuMee said...

amboi....
da panda ckp sal bnda2 ni eh
da xlama la tuh...
cte sal bus pn bes jgk tau

M Syakirah said...

haa..??pe sumi ckp ni..??hahaha..adik dpt dari post org laaaa

bdk flat said...

pergh, puitis...

M Syakirah said...

huik..bahagian atas ke bawah..??kalo atas tuh yer arr..yg bawah tuh...hancuskan puisi...

M Syakirah said...

huik..bahagian atas ke bawah..??kalo atas tuh yer arr..yg bawah tuh...hancuskan puisi...

Matluthfi90 said...

jika kamu memancing ikan
masaklah ia lazat berkhasiat
untuk sahabtmu ni makan
agar sihat dan kuat

- tengah lapaq

M Syakirah said...

hahahaha...tudia la mat..ang x mai umah aku bila mai konvoi 13 org...=p..cenna aku nak masak..baru nak tunjuk umah abru cikgu husni...hehehe...

sChuMee said...

haha...
cte bus 2 mcm cte y adik post 2 la...

nnti sumi cr blik cte 2 neh

fhii said...

salam, kamu apa khabar? Saya baik baik saja, bila ya mula persekolahanmu..salamalaikum..

M Syakirah said...

to sumi...

haa..??x paham..ada ka adik citer sal bus ni..??x paham...

to phii...
waaikumussalam..esok saya akan terbang ke kuala lumpur..dan terus register ke sekolah..=)

sChuMee said...

x eh
sumi ckp,cte bus 2 mcm cte2 y adik post 2 la....
nnti sumi cr blik cte bus 2....

JatMi said...

nak minx royalti boley?
hahaha